Sunday, January 6, 2008

Self-Audit

Sifu saya, Puan Ainon Mohd. bijak orangnya. Dia dapat 'membaca' apa yang sedang bermain-main di fikiran mentee-menteenya (termasuk saya). Di sini saya memetik 2 nota kuliah beliau yang tersiar di blog UNIKA beberapa hari lalu, antara lain bermaksud...

1. Ramai di antara kita suka membuat self-audit. Apabila keterlaluan ia menjadi penyekat kejayaan. Ramai di antara kita sering meragui kebolehan sendiri. Orang tidak mengata sangat tetapi kita yang terover mengkritik diri sendiri.

2. Kita menulis bagi memandaikan bangsa. Jangan pedulikan orang pandai-pandai lain. Mereka itu sudah pandai-pandai belaka. Buku-buku PTS bukan ditulis bagi bacaan mereka, sebaliknya untuk orang-orang yang belum begitu pandai dalam sesuatu bidang ilmu.

Meski pun sudah menghasilkan dua buah buku, perasaan meragui kebolehan diri sesekali mengetuk pintu hati saya. Contohnya ketika beberapa orang daripada kalangan mereka yang berkelulusan tinggi menyatakan hasrat ingin memiliki buku-buku saya. Mulut ini tanpa sengaja berkata : Apabila membaca buku-buku ini, jangan lupa penulisnya tidak bersekolah tinggi!!!

Entah mengapa saya berkata demikian. Sedangkan saya sendiri tahu bukanlah mudah untuk menghasilkan sesebuah buku. Menulis adalah satu tugasan yang berat dan memerlukan daya fikiran serta disiplin. Bukanlah mudah hendak menghasilkan sesebuah karya seandainya kita tidak benar-benar minat dan serius menulis.

Bagi sesetengah orang, kata-kata saya itu menandakan perasaan seorang yang merendah diri. Ya, itu memang benar. Namun hakikatnya di luar sedar saya kadangkala cenderung membandingkan diri dengan mereka yang berkelulusan sarjana dan Ph.D. Terselit rasa bimbang di sudut hati andainya hasil tulisan saya dinilai secara negatif.

Sebenarnya mereka itu tidak pun memandang rendah, malah menghormati dan merasakan pengalaman saya dalam bisnes selama beberapa tahun memberi autoriti untuk saya menulis dalam bidang yang saya ceburi ini.

2 comments:

  1. Assalammualaikum,
    Saya mahu belajar berdisiplin dalam menulis seperti Kak Lela. Saya mudah 'distracted', otak bercambah. Sila beri tunjuk ajar!

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mun,
    Marilah kita berguru lagi dengan Puan Sifu. Saya pun belum mengamalkan KJ Method sepenuhnya. Itu sebabnya baru siap 2 buku sahaja setakat ini...

    ReplyDelete