Tuesday, January 6, 2009

Persediaan Mental Menghadapi Ekonomi Meleset






Banyak akhbar pada waktu ini melapurkan berita tentang keadaan ekonomi semasa dan apa yang bakal berlaku ekoran krisis ekonomi dunia. Senario ekonomi pada tahun ini dijangka terus meleset. Sesetengah orang tidak terjejas dengan berita-berita begini tetapi bagi saya, hati jadi berdebar-debar. Pengalaman melalui kejatuhan ekonomi era 1997-1998 masih segar dalam ingatan saya. Apabila bisnes terjejas ekoran kejatuhan ekonomi, proses pemulihannya mengambil masa sangat lama.

Berbeza dengan krisis ekonomi 10 tahun lalu, kesan kejatuhan kali ini berlaku secara kurang mendadak. Namun saya percaya kesan kejatuhan itu akan sampai dan kita perlu bersedia mulai sekarang terutama daripada segi mental. Dalam buku pertama saya, Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya, ada saya selitkan satu kisah bertajuk Apabila Ekonomi Merudum (muka surat 106 hingga 113). Ketika ekonomi merudum dahulu, saya membeli dan membaca buku-buku yang di atas.

2 comments:

  1. Baca buku ini seperti makan ubat. Ketika demam ekonomi, panadolnya buku-buku bagaimana survival ekonomi.

    Ketika ekonomi sihat, makanan rujinya buku buat duit banyak-banyak

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    ReplyDelete
  2. Betul, Tuan Zamri. Buku-buku ada kesan terapeutiknya, juga memandaikan kita.

    ReplyDelete