Saya menerima beberapa emel daripada pembaca bertanyakan jenis bisnes yang saya ceburi ketika ini. Untuk makluman anda, saya dan suami menceburi dua jenis bisnes. Pertama, sebagai Kontraktor Binaan (bahagian ini diurus oleh suami saya). Kedua, sebagai Perunding Latihan & Konsultansi (bahagian ini di bawah kendalian saya). Kami bernaung di bawah satu syarikat iaitu Yuzuki Melaka Sdn. Bhd.
Sebelum mengurus bisnes sendiri, saya bertugas sebagai Pengarah Urusan di Kawat Zubir Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat perkilangan mengeluar dan membekal alatan memagar bagi pasaran tempatan dan eksport. Saya mengambil-alih syarikat tersebut daripada ayah saya pada tahun 1989 dan menerajuinya sehingga tahun 2001. Pada tahun 2002 hingga 2005 saya menjalankan bisnes restoran dan MLM. Kemudian bermula tahun 2006 saya menjadi penulis buku-buku bisnes. Saya mula menceburi bidang training & business coaching pada tahun 2008.
Penglibatan lebih dua dekad dalam bisnes memberi saya banyak pengalaman VSS (very successful stories & very sad stories). Kelebihan inilah (pengalaman pandai bodoh dalam mengurus bisnes) yang saya tawarkan kepada anda. Manfaatkanlah pengalaman saya bagi memajukan bisnes anda.
Doa saya semoga Allah melimpahkan rezeki daripada sumber yang baik-baik, halal dan penuh barakah buat kita semua, insyaAllah.
Tuesday, March 31, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Pelanggan Gred A & Terma Jualan
Semalam saya mengikut Zainal pergi ke sebuah kedai hardware untuk membeli bolts & nuts. Barangan ini digunakan bagi 'mengikat' pagar rangkai dan kawat rentang kepada tiang konkrit.
Harga sepasang bolt & nut ialah RM0.90 dan Zainal memesan sebanyak 2,500 pasang. Cuba anda kira berapa harganya? Ya, jumlahnya ialah RM2,250. Oleh kerana kuantitinya banyak, kami perlu menunggu 2 hari untuk mendapatkan barangan itu.
Pelayan kedai hardware itu meminta deposit RM250 dan baki RM2,000 lagi perlu dijelaskan ketika mengambil barangan tersebut pada hari esok. Sambil menyerahkan bil sementara (temporary bill), pelayan itu mengingatkan bahawa baki bayaran perlu dibuat secara tunai.
Saya bertanya : Awak mahu saya bawa tunai RM2 ribu? Bahaya bawa wang banyak-banyak. Lebih mudah saya beri awak cek.
Jawab pelayan kedai : Saya masuk dalam, tanya bos dulu.
Dia masuk ke pejabat bosnya dan keluar semula dengan berkata : Minta maaf. Kami tidak terima cek. Awak perlu bayar tunai.
Saya berkata lagi : Leceh bawa wang banyak-banyak. Jika RM100 atau RM200 tidak mengapa. Ini RM2 ribu. Lagi pun, sudah 2-3 kali saya membeli dengan awak, bukan? Cek saya baik. Tidak ada masaalah. Awak jangan bimbang.
Jawab pelayan kedai : Ini company saya punya law. Very sorry.
Balik ke pejabat, saya ceritakan insiden ini kepada staf kami, Mansur. Secara spontan beliau menjawab : Bab berniaga orang Cina memang tegas.
Saya bertanya lagi : Apa boleh kita pelajari daripada insiden ini?
Jawab Mansur : Kita perlu berpegang kepada syarat dan terma jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Perkara itu tidak boleh diubah-ubah walau pun pembeli mendesak.
Tambah Mansur lagi : Hanya pelanggan terpilih sahaja diberi keistimewaan khas dan boleh diberi kelonggaran syarat iaitu pelanggan gred A. Yang lain tetap tertakluk kepada syarat-syarat biasa. Kita perlu beritahu kepada pelanggan dengan cara baik supaya dia faham.
Sambil mengangguk saya berkata : Bagus, Mansur. Awak memang bijak! Contohilah pelayan kedai itu.
Harga sepasang bolt & nut ialah RM0.90 dan Zainal memesan sebanyak 2,500 pasang. Cuba anda kira berapa harganya? Ya, jumlahnya ialah RM2,250. Oleh kerana kuantitinya banyak, kami perlu menunggu 2 hari untuk mendapatkan barangan itu.
Pelayan kedai hardware itu meminta deposit RM250 dan baki RM2,000 lagi perlu dijelaskan ketika mengambil barangan tersebut pada hari esok. Sambil menyerahkan bil sementara (temporary bill), pelayan itu mengingatkan bahawa baki bayaran perlu dibuat secara tunai.
Saya bertanya : Awak mahu saya bawa tunai RM2 ribu? Bahaya bawa wang banyak-banyak. Lebih mudah saya beri awak cek.
Jawab pelayan kedai : Saya masuk dalam, tanya bos dulu.
Dia masuk ke pejabat bosnya dan keluar semula dengan berkata : Minta maaf. Kami tidak terima cek. Awak perlu bayar tunai.
Saya berkata lagi : Leceh bawa wang banyak-banyak. Jika RM100 atau RM200 tidak mengapa. Ini RM2 ribu. Lagi pun, sudah 2-3 kali saya membeli dengan awak, bukan? Cek saya baik. Tidak ada masaalah. Awak jangan bimbang.
Jawab pelayan kedai : Ini company saya punya law. Very sorry.
Balik ke pejabat, saya ceritakan insiden ini kepada staf kami, Mansur. Secara spontan beliau menjawab : Bab berniaga orang Cina memang tegas.
Saya bertanya lagi : Apa boleh kita pelajari daripada insiden ini?
Jawab Mansur : Kita perlu berpegang kepada syarat dan terma jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Perkara itu tidak boleh diubah-ubah walau pun pembeli mendesak.
Tambah Mansur lagi : Hanya pelanggan terpilih sahaja diberi keistimewaan khas dan boleh diberi kelonggaran syarat iaitu pelanggan gred A. Yang lain tetap tertakluk kepada syarat-syarat biasa. Kita perlu beritahu kepada pelanggan dengan cara baik supaya dia faham.
Sambil mengangguk saya berkata : Bagus, Mansur. Awak memang bijak! Contohilah pelayan kedai itu.
Tuesday, March 10, 2009
Inspirasi Usahawan Wanita
Buku kedua saya ini sudah terbit pada akhir tahun 2007. Lebih setahun sudah berlalu, namun saya masih menerima maklum-balas daripada para pembaca. Sebagai contoh hari ini, ketika saya berada di lebuhraya PLUS dalam perjalanan dari Melaka ke KL, saya mendapat kiriman sms berbunyi begini :-Maaf jika terlewat mengucap tahniah di atas penghasilan buku yang hebat : 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia. Saya tidak puas membacanya berulang-ulang kali. Bilakah puan akan menghasilkan buku seumpamanya lagi? Bolehkah saya beri cadangan? Puan pilihlah pula golongan usahawan wanita yang kurang kelulusan akademik, datang daripada keluarga susah atau bekas kakitangan kerajaan tetapi muncul sebagai usahawan berjaya. Sebenarnya buku puan umpama mentor bagi saya. Semoga puan diberi rahmat olehNya kerana berjaya membuka minda saya untuk tidak takut menjadi usahawan. Doakan saya berjaya dalam bisnes. Kesan hasil daripada buku puan ini saya menjadi semakin bersemangat. Salam, Mazliza, Kelantan.
Sebagai penulis buku ini, saya sangat bersyukur kerana banyak mendapat maklum-balas positif daripada para pembaca. Saya gembira buku ini menjadi pendorong semangat bagi para usahawan wanita. Saya doakan semoga anda semua berjaya dalam bisnes masing-masing. Gambar di atas dipetik daripada blog Puan Ayu Darlu yang turut menulis entri tentang buku ini.
Friday, March 6, 2009
Business Coaching Workshop
yang ada di hadapan laluan kapalnya? Atau dia perlu berada di bilik enjin untuk menjaga kelancaran enjin kapalnya? Ramai pemilik bisnes bertindak sebagai kepten kapal yang duduk di bilik enjin. Contohnya jika menjalankan bisnes restoran, tauke restoran itu sibuk bekerja di dapur sehingga dia tidak sempat memantau apa yang sedang berlaku di luar dapurnya. Kesibukan mengehadkan masa untuk dia meneliti persoalan-persoalan penting yang menentukan masa depan dan hidup mati bisnesnya, contohnya seperti berikut :-
- Bagaimanakah para pekerja restoran ini melayan pelanggan?
- Adakah pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan?
- Berapa lamakah pelanggan perlu menunggu pesanan mereka ketika masa peak?
- Apakah nic restoran ini?
- Apa yang unik tentang bisnes ini yang tiada di restoran lain?
- Apakah isu-isu yang sedang mengancam bisnes ini?
- Bagaimana hendak meningkatkan keuntungan restoran ini sebanyak 10%?
- Bagaimana cara hendak menambah bilangan pelanggan sebanyak 20%?
- Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani isu yang mengancam bisnes ini?
- Bagaimana keadaan restoran ini 5 tahun akan datang?
- Apakah yang perlu berubah jika bisnes restoran ini hendak dikembangkan?
- Ke mana hala tuju bisnes restoran ini?
Banyak bisnes kecil mudah terjejas apabila ditimpa sesuatu cabaran di luar jangkaan seperti ekonomi meleset, ditipu, pekerja berhenti atau pemilik bisnes itu tiba-tiba jatuh sakit. Atau pun bisnes tidak boleh beroperasi jika taukenya tidak ada sepenuh masa. Ini berlaku kerana bisnes itu tidak ada sistem dan tidak mempunyai asas-asas yang kukuh. Jika pemilik bisnes mahukan bisnesnya berdaya maju, bertahan lama dan boleh beroperasi tanpa kehadirannya sepenuh masa, dia perlu menguasai 6 perkara penting. Program ActionCoach Busines Coaching mengajar 6 perkara penting itu iaitu :-
- Business Mastery
- Financial Mastery
- Marketing Mastery
- System Mastery
- Team Mastery
- Planning Mastery
Saya mengikuti program ini selama 6 sesi di Misdec, Melaka. Kos keseluruhan program ini ialah RM3,000. Jika anda memiliki bisnes yang berdaftar di SSM, anda layak memohon gran SMIDEC bagi membiayai 80% kos program ini. Anda cuma perlu membayar RM600 sahaja. Jika anda bertanya komen saya tentang program ini, saya katakan begini : Ia sangat bagus. Amat berbaloi melabur RM600 dan masa selama 6 hari untuk memantapkan bisnes kita. Selain di Melaka, program ini dijalankan secara bersiri di Selangor, Perak, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan. Untuk mengikuti program ini sila hubungi Coach Asri Jusoh di talian 012-2936464 dan Coach Ungku Azlan Ungku Chulan di talian 019-3879617. Gambar : dari kiri, Coach Asri, Coach Azlan, Fina (cafe-owner), Norlela (bisnes training), Noridah (bisnes kek), Noraini (bisnes training), Haji Abu (bisnes baja), En. Hazizul (Pengurus Misdec) dan En. Asmadi (vendor TNB).
Monday, March 2, 2009
Tentang Tawakkal & Rasuah
Dua orang kontraktor binaan bertemu di sebuah majlis perkahwinan. Sambil menikmati hidangan, mereka bercerita tentang senario bisnes semasa yang banyak melibatkan pemberian rasuah. Encik Malungun berkata : Saya tahu memberi rasuah itu haram, tetapi jika saya tidak mahu beri, susahlah hendak dapat peluang bisnes. Jawab Encik Chalit : Kita perlu yakin rezeki kita di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Encik Malungun mengeleng-geleng kepalanya sambil berkata : Itu saya tahu tetapi dalam bisnes tindakan kita perlu praktikal. Jika tidak ikut trend, kita terlepas peluang. Ini realiti dalam bisnes. Encik Chalit tersenyum sambil mengunyah lauk, kemudian berkata lagi : Kita kena bertawakkal kepada Allah.
Sketsa di atas ini bukanlah rahsia besar. Hampir setiap hari kes-kes rasuah dilaporkan di dada-dada akhbar. Yang menyedihkan ialah ia banyak berlaku di kalangan orang-orang Islam. Yang meminta rasuah itu adalah orang Islam. Yang memberi rasuah pun adalah orang Islam. Ramai orang percaya pemberian rezeki ditentukan oleh Allah. Bagaimana pun mereka tidak begitu yakin untuk bertawakkal kepadaNya dalam bab rezeki ini.
Bertawakkal yang saya maksudkan di sini ialah berusaha dahulu, kemudian disusuli dengan memohon doa kepada Allah. Contohnya apabila membida tender kerja, proses mengisi borang tender, mengisi nilai BQ, meletak harga, penyediaan profil syarikat (dengan pengalaman-pengalaman kerjanya) dan memasukkan pekej borang tender itu ke dalam peti tender (sebelum tarikh tutupnya), semua itu termasuk dalam bab usaha. Kemudian, kita berdoalah banyak-banyak. Sama ada tender itu berjaya atau tidak, kita serahkan sahaja kepada Allah.
Namun bagi sesetengah orang bisnes, usahanya tidak terhenti di situ. Ia disusuli dengan proses melobi dan membuat perhitungan tertentu dengan pihak yang berkuasa membuat keputusan. Bagi sesetengah orang Islam, meminta dan memberi rasuah adalah normal dan adat dalam bisnes. Malang sekali jika amalan rasuah ini terus-menerus tidak dipandang hina dan jijik oleh orang-orang Islam sendiri. Menyentuh bab tawakkal, sila ikuti kisah berikut :-
Seorang lelaki sedang memanjat sebuah gunung, tiba-tiba dia tergelincir dan melurut jatuh ke bawah. Sambil menjerit-jerit meminta pertolongan, dia cuba berpaut kepada sebuah batu. Lelaki itu memeluk batu itu kuat-kuat. Kemudian dia cuba mengintai ke bawah dan ternampak sebuah gaung yang dalam. Lelaki itu merintih-rintih kesedihan : Ya Tuhanku, tolonglah aku! Tolonglah aku! Jika tidak engakau yang menolong aku, pasti aku mati. Tiada daya aku hendak memanjat ke atas. Bahkan tenagaku semakin lemah. Ya Tuhan, tolonglah aku! Jika tidak, aku akan jatuh ke dalam gaung! Matilah aku!
Tiba-tiba terdengar suatu suara berkata-kata : Lepaskan tanganmu itu. Nanti engkau akan jatuh ke bawah tetapi engkau pasti selamat. Lelaki itu terkejut besar lalu bertanya : Siapa engkau? Hoi suara, siapa engkau? Jawab suara itu : Akulah Tuhanmu. Lepaskan tanganmu. Nanti engkau akan jatuh dengan selamat. Jawab lelaki itu : Aku tidak percaya! Aku tidak percaya! Hoi suara, ada sesiapa lagikah di atas sana yang boleh tolong tarik aku ke atas? Soalan lelaki itu tidak mendapat jawapan.
Kisah di atas ini diilhamkan oleh seorang bukan Muslim. Oleh itu ia tidak syariah-compliant. Bagaimana pun iktibar yang boleh diambil ialah kisah ini hendak menunjukkan tahap tawakkal seorang insan kepada Tuhannya. Ramai orang Islam mengaku beriman tetapi tahap tawakkalnya sama sahaja seperti lelaki yang berpaut kepada batu itu dan Encik Malangun seperti dalam 2 kisah di atas.
Maksud Ayat 1000 dinar (Surah Ah Thalaaq, ayat 2-3) : Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)