Saturday, September 1, 2007

Norlela Zubir Biz.Inc

Selamat Datang ke blog Norlela Zubir Biz.Inc.

Untuk makluman anda, buat masa ini saya menulis dalam niche buku-buku bisnes dan pengurusan dengan penumpuan kepada bisnes kecil (small business), cabaran-cabarannya dan isu-isu yang berkaitan keusahawanan.

Buku pertama saya, Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya, sudah terbit awal tahun ini. Buku kedua saya, Kisah 50 Usahawan Wanita Malaysia pula bakal terbit pada pertengahan bulan September, 2007, insyaAllah. Kini saya sedang menulis buku ketiga bertajuk Bagaimana Menghargai Pekerja Anda. Ia dijangka siap pada akhir tahun ini.

Saya juga menulis kisah-kisah kehidupan. Sebahagian daripadanya dipaparkan di blog ini di bawah label Kisah Bak, Kisah Muda-Muda, Kisah Kawan-Kawan, Kongsi Cerita dan Bukan Agendaku. Kisah-kisah itu dipetik daripada manuskrip novel saya yang sehingga kini tidak pernah terbit kerana tiada penerbit berminat dengannya.

Bagi anda yang sudi melayari blog saya, diucapkan ribuan terima kasih. Berilah pendapat dan komen anda atau apa-apa saja yang boleh dikongsi bersama terutama yang berkaitan isu bisnes kecil, keusahawanan dan cabaran-cabaran dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment