Wednesday, September 15, 2010
Al Fatihah : Sosilawati Lawiya Dalam Kenangan
Saya pernah bertemu Allahyarhamah Sosilawati ketika menginterviunya beberapa tahun lalu. Meski pun sibuk, beliau sudi meluangkan masa beberapa jam bersama saya sambil berkongsi kisah bagaimana beliau meniti liku-liku kehidupan sebagai seorang usahawan kecil, sehingga berjaya menjadi seorang jutawan dalam bisnes kosmetik. Kisah beliau itu ada termuat di dalam buku kedua saya bertajuk 'Kisah 50 Usahawan Wanita Malaysia' yang diterbitkan oleh PTS beberapa tahun lalu.
Ketika sesi interviu berlangsung, beliau menyelak helaian sebuah buku yang saya hadiahkan kepadanya. Buku itu ialah buku pertama saya bertajuk 'Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya'. Wanita cantik itu memberi banyak komen tentang fakta-fakta yang beliau setuju dan tidak setuju. Di sebalik raut wajahnya yang mulus dan menawan, Sosilawati seorang yang sangat tegas dan sesekali suaranya bertukar begitu kuat dan seakan menjerit-jerit sehingga dada saya berdebak-debuk dibuatnya!
Ketika selesai sesi interviu, Sosilawati tiba-tiba memberi saya wang RM150. Saya sangat terkejut dan dalam terpinga-pinga, saya bertanya mengapa dia memberi saya wang itu. Beliau mendesak saya mengambilnya kerana tidak sempat membawa saya makan tengahari. Puas saya menolak tetapi dia tetap memberikan wang itu. Seumur hidup saya setelah menjadi orang dewasa, jarang sekali saya diberi hadiah wang sebegitu kecuali oleh suami saya dan saya jadi tersipu-sipu.
Ketika saya hendak meninggalkan pejabat beliau, saya bertembung (bekas) suaminya, Nash. Beliau mengajak saya naik ke tingkat tiga kerana ada 'surprise party' buat isterinya. Kebetulan hari itu adalah hari jadi Sosilawati. Saya pun 'tumpanglah semangkuk' dalam majlis kecil yang disertai kakitangan syarikat kosmetik itu. Nash membacakan doa dengan begitu khusyuk buat isterinya. Saya ada menyimpan gambar-gambar pasangan suami-isteri itu. InsyaAllah nanti saya pos-kan di sini sebagai kenangan dan tatapan bersama.
Kali terakhir saya bertemu Allahyarhamah Sosilawati ialah ketika menyerahkan senaskah buku saya yang memuatkan kisah beliau. Sosilawati adalah seorang tokoh usahawan wanita yang boleh dijadikan teladan kepada para usahawan wanita. Akhirkata saya mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin. Kepada kaum keluarga beliau, saya doakan semoga dugaan yang besar ini dapat ditempohi dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya takdir Allah itu tiada siapa dapat melawannya.
Wednesday, September 26, 2007
Nancy Liew
Restoran makanan segera yang pertama difrancaiskan di
Tuesday, September 25, 2007
Margaret Chin
Kesan globalisasi, persaingan, perubahan teknologi, salah laku korporat dan pecah amanah adalah antara cabaran yang membawa pelbagai risiko kepada organisasi bisnes. Menyedari besarnya impak risiko itu ke atas sesebuah syarikat, seorang usahawan wanita mendesain satu sistem kawalan menggunakan konsep balanced scorecard. Beliau ialah Puan Margaret Chin, pengarah urusan Roots Consulting Sdn. Bhd.
Kisah beliau selanjutnya dalam buku '50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia'.
Monday, September 10, 2007
Datuk Norida Hamzah
Wanita ini digelar ‘tauke jet’ kerana memiliki jet pejuang MIG29N. Datuk Norida Hamzah adalah pengarah eksekutif Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd.
Dato' Farah Khan
Dato’ Farah Khan adalah ikon fesyen bagi golongan elit dan para penggemar barangan mewah di
Friday, September 7, 2007
Anita Ali
Pada 28 Jun, 2007, program francais Laksa Shack dilancarkan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Tarikh itu saat penuh bersejarah buat pengasasnya, Puan Anita Ali.
Kisah Puan Anita Ali dalam buku '50 Usahawan Wanita'...
Thursday, September 6, 2007
Saliza Abdullah
Saliza Abdullah masih mentah dalam dunia perniagaan sewaktu diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif di Berani Guard Sdn. Bhd. Beliau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat keluarganya itu apabila kembali dari Amerika Syarikat pada tahun 2000.Berani Guard mula beroperasi pada tahun 1992 selepas diambil alih dan diusahakan oleh ibunya, Hajjah Maimoon Mat Akil, bekas pegawai kerajaan. Pasukan ibu dan anak yang masih berganding bahu ini bijak mengatur langkah dan strategi dalam memantau dan memajukan syarikat mereka.
Ibu beliau berpengalaman menguruskan hal ehwal kewangan. Saliza bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan pemasaran serta mengurus 400 orang pengawal keselamatan yang majoritinya kaum lelaki. Kisah beliau selanjutnya dalam buku '50 Usahawan Wanita'.
Tuesday, September 4, 2007
Datuk Khatijah Ahmad
KAF Group adalah kumpulan syarikat kewangan terkemuka di
Datin Mina Cheah Foong
Anda mungkin salah seorang penggemar barangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia.
The Body Shop merupakan rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan penjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976.
Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna. Kisah Datin Mina Cheah Foong di buku '50 Usahawan Wanita'.
Monday, September 3, 2007
Dee Sidhu
Kehilangan anggota tubuh secara kekal lazimnya membawa kesan emosi seperti malu, kecewa, hilang keyakinan dan rendah diri. Memahami dilema ini, Dee Sidhu menubuhkan Amanita pada tahun 2004.
Butik itu ditujukan khas kepada pesakit-pesakit kanser untuk membantu mereka mendapatkan keperluan penampilan baru mereka. Amanita adalah kombinasi dua perkataan - aman dan wanita.
Secara simbolik, ia memberi harapan kepada wanita-wanita pengidap kanser untuk menempuh kehidupan baru yang lebih selesa selepas menjalani rawatan.
Kisah beliau dalam buku ’50 Usahawan Wanita’.
Yeo Kim Luang
Thursday, August 30, 2007
Anita Mohd. Nor
Untuk merujuk semula Usahawan-Usahawan Wanita yang telah diwarwarkan sebelum ini, baca seterusnya...
Monday, August 27, 2007
Datin Dr. Rehana Kassim
RehanStat Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1992 oleh pengasasnya Datin Dr. Rehana Kassim, seorang perangkawan.Syarikat ini menawarkan perkhidmatan profesional dalam penyelidikan pemasaran dengan pengkhususan dalam reka bentuk penyelidikan, analisa data dan laporan hasil kajian.
Friday, August 24, 2007
Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Sebagai ikhtiar untuk sentiasa mendapat kemurahan rezeki dalam bisnes, tauke beras Faiza ini mengamalkan solat sunat tahajjud dan solat sunat dhuha hampir setiap hari. Selesai mengerjakan solat dhuha, beliau mengamalkan doa :-
Kisahnya dalam buku '50 Usahawan Wanita'.
Thursday, August 23, 2007
Helen Read
Tuesday, August 21, 2007
Gaik Wong
Sunday, August 19, 2007
Noor Asiah Dato' Mahmood
Puan Noor Asiah Dato’ Mahmood (juga dikenali sebagai Nonni) adalah adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, isteri pertama Perdana Menteri
Shahreen Kamaluddin
Beliau memiliki dua buah firma dikenali sebagai Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd. dan Shahreen Corporate Communications. Kedua-duanya menjalankan program latihan kepimpinan, strategi kejayaan, pembangunan diri dan komunikasi untuk syarikat korporat, institusi serta individu perseorangan.
Baca kisah Shahreen Kamaluddin selanjutnya dalam buku 'Kisah 50 Usahawan Wanita'.

