Thursday, September 6, 2007

Saliza Abdullah

Saliza Abdullah masih mentah dalam dunia perniagaan sewaktu diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif di Berani Guard Sdn. Bhd. Beliau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat keluarganya itu apabila kembali dari Amerika Syarikat pada tahun 2000.

Berani Guard mula beroperasi pada tahun 1992 selepas diambil alih dan diusahakan oleh ibunya, Hajjah Maimoon Mat Akil, bekas pegawai kerajaan. Pasukan ibu dan anak yang masih berganding bahu ini bijak mengatur langkah dan strategi dalam memantau dan memajukan syarikat mereka.

Ibu beliau berpengalaman menguruskan hal ehwal kewangan. Saliza bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan pemasaran serta mengurus 400 orang pengawal keselamatan yang majoritinya kaum lelaki. Kisah beliau selanjutnya dalam buku '50 Usahawan Wanita'.

No comments:

Post a Comment