Wednesday, November 28, 2007

Surat Lama

Saya terjumpa sekeping surat dicelah fail lama yang tersimpan dalam peti besi di pejabat. Ia bertarikh 1 Oktober, 1980. Bersamanya terkepil sekeping surat lain, bertarikh 2 Oktober, 1980. Surat yang pertama bertulis tangan. Antara lain kandungannya berbunyi...

2 minggu lagi hari raya haji. Ela cadang nak balik. Harap Bak belikan tiket: KL-Melaka, Sabtu 18/10/80 jam 9:00 pagi. Melaka-KL, Isnin 20/10/80 jam 2:00 atau 4:00 petang.

Fulus Ela dah tinggal sikit. Ela malu nak tulis hal ni, tapi dah terpaksa. Masa Bak kirim duit nanti, buat money order ya. Kalau Bak kirim cek, lambat nak dapat duitnya. Kebulurlah Ela nanti.

Dalam bank Ela tinggal $10 lebih, tak boleh nak keluar lagi. Ela malulah tulis pasal ni. Tapi fikir-fikir balik, apa nak malukan. Selama ni pun, memang Ela minta duit Bak, ya tak... Peluk cium untuk Bak dan Mak.


Surat kedua yang bertaip berbunyi begini...

Surat anak Bak diterima sebentar tadi. Bak terlalu sibuk dengan urusan dan banyak menggunakan wang. Selit sepit yang Bak korek, Bak belikan MO bernilai $100 dan bersama-sama ini Bak sertakan.

Ela boleh balik pada hujung-hujung minggu dan Bak boleh hantar Ela sampai ke Seremban. Cara ini Ela tiba di ITM lebih awal daripada Bak sampai ke kampung. Tiket Ela dari KL akan Bak usahakan sekarang juga. Nanti Bak kirimkan. Salam dan peluk cium dari Bak dan Mak dan salam mesra dari adik-adik dan kakakmu.


Saya teringat Bak. Hatiku tiba-tiba merasa teramat rindu kepadanya...

6 comments:

  1. Selit sepit yang Bak korek, err itu apa maksudnya?

    ReplyDelete
  2. Hehehe!!! Korek tabung agaknya. Dulu-dulu orang korek tabung guna sepit rambut (warna hitam). Sepit diselit ke lubang tabung untuk keluarkan duit di dalamnya.

    Sebenarnya, dia nak 'canon' saya, secara tidak langsung memberi ingatan bahawa duit itu bahagian yang disimpan untuk kegunaan masa kesempitan. Jadi saya tidak boleh boncah berbelanja...

    ReplyDelete
  3. Itu saya punya skill masa kecik-kecik. Tabung buluh di bungkus dulu dengan selimut tebal supaya duit syiling di dalam tidak boleh kedengaran ber"kecing-kecing". Lepas itu korek dengan sepit rambut yang hitam panjang tu..

    ReplyDelete
  4. Aja belum lahir lagi ya Ngah? :( Sama, rindu sangat kat Bak..

    ReplyDelete
  5. Donut, itu jam anti berada di syurga!!! Eh eh, dalam perut Maklah... Adindakan lahir pada 8 November, 1980. Itu surat lebih tua... KN ini lagilah sudah tua...

    ReplyDelete
  6. Lamanya surat tu ya Ngah. Bak pun panggil nama Anak eh Ngah? :( So sad.. aku tak kenal Bak lama pun.. uhuhu.. huwaaaa.. :((

    ReplyDelete