Tuesday, January 22, 2008

Rakan Bincang

Dalam bisnes kita perlukan rakan untuk berbincang. Apabila terdapat sesuatu isu yang memerlukan kita membuat keputusan atau mencari penyelesaian, ada kalanya otak sendiri bagaikan tidak nampak solusi yang terbaik. Puas kita berfikir, mengkaji buruk dan baik, melihat daripada berbagai sudut, namun untuk mencapai kata pemutus, kita masih ragu-ragu dan tidak pasti. Seandainya anda pernah melalui dilema ini, ia bukanlah sesuatu yang pelik. Senario ini lumrah bagi sesiapa pun yang mengendalikan bisnes sendiri.

Melalui sesuatu perbincangan akan tercetus berbagai ilham. Berbincang secara terbuka secara tidak langsung dapat membuahkan banyak idea : yang baru, lapuk, bodoh, tidak masuk akal, kelakar dan sudah pasti idea-idea yang bernas. Sesuatu yang pernah kita fikirkan sebelum ini mungkin dapat dilihat daripada perspektif berbeza setelah berbincang dengan seseorang. Perbezaan pendapat diantara kita dan rakan bincang itu boleh merangsang otak untuk membuat pertimbangan yang lebih munasabah.

Rakan saya, N, suka berfikir secara lompat-lompat : 1, 3, 10, 15, 6, 4... Saya pula lebih cenderung berfikir secara linear : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7... Kami pernah menjalankan bisnes bersama pada suatu masa dahulu, kemudian berpecah kongsi untuk meneruskan usaha lain mengikut minat masing-masing. Namun antara saya dan N, kami saling memerlukan. Sehingga kini kami masih selalu bertemu untuk berbincang tentang berbagai perkara, khususnya yang berkaitan bisnes.

Bagi saya, rakan bincang kita tidak semestinya menjadi rakan kongsi. Antara saya dan N, cara kami berfikir dapat membantu mencetus berbagai ilham. Dia yang suka berfikir secara lompat-lompat memang sangat kreatif tetapi selalu tersasar jauh membincangkan isu-isu di luar tajuk. Oleh itu, dia memerlukan orang seperti saya untuk menarik dia kembali supaya fokus kepada isu asal yang sedang dibincangkan.

Saya yang cenderung berfikir secara linear ini selalu tersekat memikirkan sesuatu hal secara terperinci. Secara tidak langsung saya yang agak teliti dan berhati-hati ini agak 'slow' dalam tindakan. Oleh itu saya perlu disergah-sergah oleh N supaya tidak berlama-lama di suatu tahap dan ayuh... cepat fikirkan isu-isu yang lain.

Sebagai orang bisnes, kehadiran rakan bincang memang sesuatu yang wajar. Kita perlukan rakan bincang. Bukan ramai, cukuplah sekadar seorang dua. Mengikut pengalaman saya, kita perlu tahu membezakan diantara rakan bincang dengan rakan kongsi. Ciri-ciri rakan kongsi tidak sama dengan ciri-ciri rakan bincang. Jangan jadikan rakan bincang anda sebagai rakan kongsi secara automatik. Itu satu kesilapan besar yang bakal mengundang masaalah.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Norlela,

    Pepatah orang Inggeris ada menyebut, dua kepala lebih baik daripada satu kepala. Saya juga ada rakan berbincang tentang banyak perkara termasuk dengan kewangan.

    Berbincang untuk perkara kebaikan seumpama kita berada di dalam majlis ilmu.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam En. Sham,
    Ya, saya bersetuju, dua kepala lebih baik daripada satu. Di Melaka, Pusat Khidmat Perniagaan Kecil Sederhana ada menawarkan khidmat "berbincang" untuk para usahawan secara percuma. Pegawainya, En. Hafizam yang bertindak sebagai kaunselor.

    ReplyDelete
  3. Daftar je trus dapat cek sehingga RM4,500/-

    www.jutawanceramic.com/hafiez81

    hanya klik di atas dan daftar anda akan perolehi pendapatan tambahan

    hubungi saya jika ingin maklumat lanjut atau ingin lihat bukti

    ym saya: fiezwan2002

    saya akan Bantu

    sungguh mudah
    tanpa menaja
    tanpa downline

    anda mampu tambah pendapatan bulanan anda

    ReplyDelete