Tuesday, February 19, 2008

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.

Sekiranya anda ingin menjalankan bisnes, anda perlu menubuhkan sebuah syarikat. Biasanya di peringkat awal anda akan menubuhkan sebuah syarikat bertaraf enterprais. Anda mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada menubuhkan :-

1. Syarikat milikan tunggal, atau pun

2. Syarikat perkongsian.

Selain itu, anda juga boleh terus memulakan sebuah syarikat Sdn. Bhd. Syarikat enterprais dan syarikat Sdn. Bhd. mempunyai beberapa ciri berbeza. Kos menubuhkan syarikat enterprais jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos memperbadankan sebuah syarikat Sdn. Bhd. Prosedur menubuhkan syarikat enterprais juga lebih mudah. Mengapakah begitu?

Sebab pertama ialah syarikat enterprais biasanya bermodal kecil sementara syarikat Sdn. Bhd. modalnya lebih besar. Oleh kerana itu, syarikat Sdn. Bhd. adalah entiti bisnes yang lebih kukuh dan selamat berbanding syarikat enterprais. Ciri ‘kukuh dan selamat’ di sini bermaksud syarikat Sdn. Bhd. diurus tadbir mengikut kawalan undang-undang iaitu tertakluk kepada Akta Syarikat, 1965.

Urusan menubuhkan sebuah syarikat Sdn. Bhd. biasanya dilakukan oleh sebuah syarikat setiausaha (secretarial company). Anda boleh mendapatkan khidmat syarikat ini dengan melantik mereka sebagai setiausaha syarikat. Semua syarikat Sdn. Bhd. perlu mempunyai setiausaha syarikat. Bagi menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. anda perlu mengambil langkah-langkah berikut :-

  1. Pilih 3 nama yang sesuai dan susun mengikut prioriti (nama yang paling disukai letak di atas sekali).

Apabila permohonan anda diproses, Pendaftar Syarikat akan menyemak sama ada nama-nama yang anda pilih itu sudah wujud dan digunakan oleh syarikat lain. Jika ya, mereka akan memilih nama lain berdasarkan pilihan kedua dan ketiga anda.

  1. Fotostat kad pengenalan bagi 2 orang yang akan menjadi pemilik saham sekaligus juga bertindak sebagai pengarah syarikat anda.

Semua syarikat Sdn. Bhd. yang hendak ditubuhkan bermula dengan modal berbayar RM2 dengan 2 orang pemilik saham.

  1. Nyatakan aktiviti utama yang akan dijalankan oleh bisnes anda.
  1. Sediakan bayaran antara RM2,300 hingga RM2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Amaun bayaran ini adalah berdasarkan jumlah ‘Modal Dibenarkan’ (authorized capital) sebanyak RM100,000 iaitu jumlah minima ketika penubuhan syarikat Sdn. Bhd.

Bersambung…

6 comments:

  1. Bahan-bahan dari blog puan mempunyai pengikut tersendiri di tempat kerja saya. Bahan-bahan itu menjadi bacaan tetap kepada 142 orang, termasuk saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Popular Opinion,

    Terima kasih kerana sudi memberi informasi ini. Ia menggembirakan hati saya! Semoga tuan dan para pembaca yang lain mendapat sedikit sebanyak faedah dengan bahan-bahan yang dikongsikan di sini. Berilah komen-komen tuan ya. Salam hormat.

    ReplyDelete
  3. Salam. Bagus la ada artikel macam ini. saya memang tengah mencari artikel perbezaan enteprise n sdn bhd. cadang nak buka enteprise dulu. kemudian bila bisnes dah stabil, baru buka sdn bhd. Ok ke puan? ada yang cakap, better buat sdn bhd terus. pening saya dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Husaini,

    Bagi saya elok mulakan syarikat enterprais dahulu. Bayaran pendaftarannya baru RM60. Apabila tamat tempoh setahun, perbaharui semula. Nanti apabila bisnes sudah besar, tubuhkan pula syarikat Sdn. Bhd. Wah, Husaini ini bakal usahawan berjaya, insyaAllah..., saya doakan!

    Syarikat Sdn. Bhd. perlu banyak belanja. Servis setiausaha syarikat lebih kurang RM100/bulan = RM1,200 setahun. Bisnes berjalan atau tidak, mesti lantik setiausaha syarikat untuk uruskan Annual Return dll.

    Selain itu akaun syarikat Sdn. Bhd. perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah. Bisnes yang dormant pun kena sediakan akaun, di audit dan di buat Annual Return kepada SSM. Maksud saya, kos hendak selenggara syarikat Sdn. Bhd. paling kurang pun RM2,000 setahun.

    Hendak bubarkan syarikat enterprais, pergi saja ke SSM, isi borang dan bayar RM10. Mudah saja caranya. Tapi hendak bubar syarikat Sdn. Bhd. banyak syaratnya. Antaranya perlu diiklankan dalam surat khabar sekurang-kurangnya 3 kali memaklumkan pembubaran dan kena bayar +/- RM6,000 kepada SSM.

    Itu sebabnya syarikat Sdn. Bhd. lebih diyakini oleh pihak bank dan pemberi tawaran tender dan berbagai pihak. Akaunnya yang beraudit juga satu kelebihan apabila dinilai oleh pihak yang berurusan dengan syarikat Sdn. Bhd. itu.

    ReplyDelete
  5. Akum, saya nak tahu betul ke untuk buka syarikat sdn bhd kena ada capital rm100000?

    ReplyDelete
  6. salam..
    saya pun shock bila dngr capital modal kena ada 100k.betul ke 2??bukan ka kena ada current akaun je kew,20-30k?

    ReplyDelete