Friday, February 22, 2008

Comek Lilac

Comek ialah anak sotong. Warnanya jernih seakan-akan ungu muda. Budak kecil (di dalam gambar) yang di kanan sekali itu dipanggil Si Comek oleh ibu dan bapanya.

Menurut mereka, wajah anak kecil itu mirip seekor anak sotong. Mmmm… apabila diamat-amati memang dia ada iras-iras anak sotong sebab mukanya selalu saja mencemik…

Gambar ini diambil pada tahun 1961 di Kampung Bugis, Singapura. Di sebelah Si Comek ialah kakaknya. Kanak-kanak yang berdua lagi itu adalah kawan-kawan mereka, Mamat dan Yayah. Ketika gambar ini diambil, Si Comek berusia 1 tahun.

Esok, 23 Febuari, 2008, insyaAllah, Si Comek akan menyambut hari jadinya yang ke 48. Rasanya sudah tiba masanya dia digelar Si Kurita, sotong gergasi! Masakan masih layak dia dipanggil Si Comek. Aduhai, dia sudah tidak cocok lagi dengan nama secomel itu… Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, sudah semakin antik Si Comek itu.

Itulah wajahku 47 tahun yang lalu. Saya paparkan gambar ini buat merenung diri bahawa pada suatu hari dahulu diriku juga hanya seorang anak kecil yang sangat lemah. Tanpa belas kasihan ibu dan bapaku yang membesarkan dengan penuh kasih-sayang, masakan dapat saya menikmati hidup dan menjadi seorang insan seperti hari ini.

Tarikh 23 Febuari diingati bukan sahaja kerana ia hari jadi saya. Tarikh itu juga terpahat di nisan adik saya, Mazby, yang kembali ke rahmatullah pada tahun 1984. Sudah 24 tahun dia pergi meninggalkan kami. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah.

8 comments:

  1. Kak Ngah ke tu? Comeyyynya dia.. so sweet! Ada iras Alum masa dia bebek - mandi dlm sinki.. iyy cutenya pakai gown.. ihihihi..

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari jadi yang ke 18.....eh, tersilap taip pula yang ke 48. Satu usia yang penuh dengan pengalaman-pengalaman berharga. Semoga puan tidak jemu terus berkongsi dengan kami semua. Semoga Allah sentiasa mengurniakan puan dengan kesihatan dan kesejahteraan yang melimpah ruah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih En. Md Hazali. Adoi, sudah 48... nasib baik bukan 84... itu barulah tua renta ya, hehe! Kalau letak lilin 48 batang atas kek, gerenti kek hangus!

    ReplyDelete
  4. Yeppi Beshday!

    Semoga pengalaman selama 47 tahun yang lampau mampu memacu Norlela ke arah beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat di samping keluarga terchenta....

    >> ada sekeping poskad maya khas buat norlela di blog saya...kena ambil cepat sebelum dirembat!

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Puan Norlela, semoga Allah meningkatkan tahap keimanan dan dikurniakan dengan pelbagai rahmat sepanjang masa. Dipermudahkan dengan segala urusan. Amin

    ReplyDelete
  6. En. Azlan,

    Terima kasih ya. Tn buat saya senyum gembira...

    En. Shamsuddin,

    Terima kasih atas ingatan dan doa tuan. Semoga Allah makbulkan. Amin.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari Lahir Puan, semoga dipanjangkan umur dan rezeki yang berpanjangan serta dapat terus menyumbang amal bakti.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih En. Zamri. Saya juga mendoakan tuan, semoga Allah murahkan rezeki dan berjaya dalam bisnes usahatani.

    ReplyDelete