Wednesday, May 7, 2008

Famillionaire!


Pagi semalam saya menerima panggilan telefon daripada Editor Pengurusan PTS Pro, Cik Rozita Abdul Razak. Beliau memberitahu akan mengirim 5 naskah buku berkulit kuning kepada saya dengan poslaju.

Famillionaire!
adalah tajuk buku itu. Ia adalah versi Indonesia bagi buku pertama saya yang bertajuk asal Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya.

Buku itu yang sudah dilesenkan oleh pihak PTS diterbitkan semula di Indonesia oleh Syarikat Hikmah (PT Mizan Publika). Penterjemahnya ialah Edy Sembodo. Khabarnya buku itu baru sahaja berada di pasaran sana.

Saya sempat membaca beberapa muka surat buku Famillionaire! Bagi saya Edy Sembodo melakukan terjemahan yang bagus. Seronok pula saya membacanya. Ya, sesetengah ayat berbunyi agak lucu, contohnya : bermental tempe, di bawah satu atap dan ibarat orang mengendarai mobil dengan ban bocor...

Buat Puan Ainon Mohd. yang dikasihi, terima kasih di atas usaha Puan sehingga berjaya melesenkan buku saya ini. Begitu juga kepada tim PTS yang telah mempromosi buku ini disamping buku-buku terbitan PTS yang lain. Budibaik Puan dan tim PTS sentiasa dikenang. Saya rasa tambah bersemangat hendak menyiapkan buku baru!

7 comments:

  1. Tahniah buuu'!

    kokboleh dipinjam-bacakan besok sore?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Pak Sabtu!

    Bisa saja... besok sore saya beri pinjam, insyaAllah...

    Waduh Pak Sabtu, sejak kelmarin, saya dan Pak Jenal asyik ngomong Bahasa Indonesia. Sekejap-sekejap beliau bertanya... "Kamu ini bermental kualitas Amerika Serikat atau tempe?"

    Aduhai!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah... kuning gitu...penarik mata utk memerhati dan menelaah. Maka perlu dibeli buuuu... dari jauh idah kelihatan ya buu... TAHNIAH!

    ReplyDelete
  4. Salam Puan,

    Tahniah!, semoga terus berjaya.



    ~~MiZa~~

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, Pak Azlan. Tahniah kepada tuan juga, semoga berjaya dalam interviu nanti, insyaAllah.

    Juga kepada Miza, terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Aduh, kuning ceria ya ibu. Jika enggak keberatan bisa bawa buat tontonan kami di Mahkota Parade pada 5hb nanti yuk?

    www.motivasimindamu.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Bisa, bisa, Pak... InsyaAllah saya bawa Si Kuning itu ke MP. Dan gambar baru saya pun sudah siap, Pak. Bisa Bapak gunakan juga dalam promosi nanti.

    Hehehe, tak habis2 'speaking' Indon!

    ReplyDelete