Sebelum pergi lebih lanjut kepada topik asal (dibincangkan di entri lepas) iaitu berhubung NPL (Non-Performing Loan), saya ingin menyentuh dahulu proses awal ketika kemudahan pinjaman ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam.
- Butiran kemudahan pinjaman diluluskan - termasuk kadar faedah, tempoh pinjaman, cara pembayaran balik, dll.
- Jenis cagaran - gadaian biasanya berupa hartanah & penilaiannya dibuat jurunilai bertauliah.
- Jenis jaminan oleh penjamin - melibatkan semua atau majoriti ahli lembaga pengarah.
- Pengeluaran kemudahan pinjaman - dibuat apabila dokumen perjanjian pinjaman dan urusan guaman sudah disempurnakan.
Dalam
Pihak peminjam biasanya berada dalam mood yang seronok ketika dipanggil menandatangan dokumen Perjanjian Pinjaman. Ahli-ahli lembaga pengarah yang menjadi penjamin pula dengan senang hati menurunkan tandatangan mereka di depan peguam.
Sebahagian daripada mereka mungkin tidak jelas tetapi tidak bertanya lebih lanjut kepada peguam apa maksud terma tertentu, contohnya jointly guarantee. Apakah yang dimaksudkan dengan jointly guarantee? Apakah alternatif lain yang ada jika seorang ahli lembaga pengarah tidak bersetuju menjamin secara jointly guarantee?
Jika kita tidak bertanya, pihak peguam tidak akan memberitahu apa implikasi yang bakal dihadapi oleh seorang penjamin seandainya kemudahan yang dijamin itu bertukar menjadi NPL di kemudian hari. Tugas mereka ialah melindungi kepentingan pihak bank, bukan pihak peminjam.
Peminjam sebenarnya tidak perlu bersetuju dengan apa saja yang dinyatakan dalam dokumen Perjanjian Pinjaman. Contohnya, pihak yang menjamin boleh memilih alternatif lain seperti menjamin secara group guarantee. Di entri akan datang, insyaAllah, saya akan menerangkan perbezaan diantara group guarantee dengan jointly guarantee.
(bersambung di entri akan datang)
No comments:
Post a Comment