Tuesday, November 25, 2008

Understudy & Peer-Learning

Minggu lalu saya menerima sms daripada Tuan Osman Affan. Beliau memberitahu akan mengendalikan program Smartstudy Learning Skills di Politeknik Merlimau, Melaka pada hari Isnin, 24 November, 2008. Beliau menjemput saya datang ke program itu.

Sudah pasti saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Pertama, ia diadakan di Melaka, tidak sampai 30 km pun dari tempat saya. Kedua, Tuan Osman Affan seorang trainer ternama, pasti banyak teknik-teknik persembahan yang boleh saya pelajari daripadanya.

Seperti dijangkakan program seharian semalam berjalan lancar. Para peserta yang hadir hampir 700 orang dan dewan tetap penuh sehingga ke petang. Turut sama membuat understudy di program ini ialah Puan Fatimah Az Zahra dan Cik Mimi yang datang dari KL. Sebelum ini Puan Fatimah Az Zahra dan suaminya, En. Rizal, turut mengikuti program kendalian Tuan Osman Affan di Kuala Terengganu dan merata tempat di Lembah Kelang.

Di kesempatan semalam, saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan para pensyarah Jabatan Perdagangan di Politeknik Merlimau. Melalui Cik Nazila dan Cik Widayah yang menguruskan program semalam, kami dimaklumkan mereka mengetahui program Tuan Osman melalui laman web beliau, http://www.smartstudy.com.my/. Lalu En. Osman dihubungi dan seterusnya program diaturkan. Begitu berkesannya promosi yang dibuat melalui laman web.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya kepada En. Osman Affan, juga kepada urusetia program semalam di atas layanan istimewa yang diberikan. Kami bertiga (Fatimah, Mimi dan saya) diberi sebuah bilik khas untuk berehat di hotel mini di Jabatan Hospitaliti. Harapan saya agar dapat bekerjasama dengan pihak Politeknik Merlimau untuk program keusahawanan di masa depan.

4 comments:

  1. Puan Ainon yang dikasihi,

    Terima kasih di atas sokonganmu yang berterusan. Semoga Allah membalas budi-baik puan, juga budi-baik teman-teman trainer yang lain (yang sangat rendah hati meski pun sudah ternama), sudi berkongsi ilmu dan membukakan ruang buat saya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan,
    Seronok dapat berjumpa Puan tempoh hari. Masa rehat 2 jam rasa terlalu singkat. Banyak ilmu baru yang saya perolehi dari puan. Terima Kasih puan. Semoga kita dapat bertemu lagi InsyaIAllah

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Fatimah,

    Saya pun seronok bertemu puan, dapat belajar perkara baru. Dalam hati terfikir, mengapa saya tidak bertindak seperti puan (mengubah kerjaya) ketika usia saya masih muda dahulu.

    Ya, harap dapat kita akan bertemu lagi di kesempatan lain, insyaAllah.

    ReplyDelete