Thursday, December 4, 2008

Ground Rules

Cik S menceritakan kisah dia dipermainkan rakan kongsi. Dua tahun lalu Cik S menghadiri kursus menternak kambing boer. Meski pun tiada pengalaman, beliau sangat berminat menceburi bidang itu. Dalam kumpulan beliau (ketika berkursus) ada seorang peserta (namanya Encik Joe) juga berminat memulakan projek menternak kambing boer.

Encik Joe mempelawa Cik S menyertai projek ternakan kambing itu di ladangnya di Batu Pahat. Cik S bersetuju lalu membayar harga 2 ekor kambing boer dan kos makanan selama satu tempoh ditetapkan. Beberapa bulan berlalu, Cik S menelefon Encik Joe bertanya tentang kambing-kambingnya dan dimaklum semua berjalan dengan baik.

Selepas setahun, Cik S diberitahu 2 ekor kambingnya sudah beranak dan anak-anak kambing itu jantan. Beberapa bulan kemudian apabila Cik S menelefon lagi, beliau dimaklumkan salah seekor kambingnya mati terjatuh dalam perigi. Encik Joe meminta Cik S mengirim wang tambahan bagi kos makanan kambing-kambingnya.

Baru-baru ini Cik S mengambil keputusan mengambil balik kambing-kambing beliau (3 ekor semuanya) untuk diternak sendiri. Bagaimana pun En. Joe mengenakan beberapa syarat. Antaranya, Cik S perlu mendapat permit dan membuat ujian darah kambing-kambing itu sebelum boleh di bawa keluar dari Batu Pahat. Cik S kurang jelas mengapa syarat-syarat itu dikenakan.

Sampai ke hari ini Cik S masih belum dapat mengambil kambing-kambingnya. Beliau merasa dirinya tertipu. Kata Cik S : Semasa kami sama-sama berkursus, saya dapati Encik Joe itu tidak berkira orangnya. Saya merasa yakin dan melabur wang dalam projek ternakannya. Sekarang ini saya fikir lebih baik duit itu dilabur dalam ASB, sudah tentu dapat dividen.

Moral of the story : Set ground rules clearly

1. Sebelum berkongsi niaga, selidiki dan kenali dahulu bakal rakan kongsi itu.

2. Fahami dan timbangkan syarat-syarat perkongsian sebelum bersetuju melabur wang.

3. Buat perjanjian perkongsian dalam bentuk hitam-putih, bukan secara lisan.

9 comments:

  1. Salam Aidil-Adha buat Puan Lela sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil-Adha buat Puan Masayu dan keluarga...

    ReplyDelete
  3. Majoriti mereka yang ditipu adalah perempuan!

    Mengapa?

    Sebab menipu perempuan adalah amat selamat. Lazimnya perempuan tidak melakukan apa-apa terhadap si penipu.

    ReplyDelete
  4. Kak Lela, saya pun terkena tipu baru2 ni tapi saya buat laporan polis. Pn Ainon, saya taknak biarkn sipenipu bebas dan menipu orang lain pula. Jadi saya lalui kesusahan membawa orang tersebut ke muka pengadilan :-)

    ReplyDelete
  5. ini lebih kurang macam kes emak jugak ni. ala-ala ditipu. oleh sedara sendiri pulak tu. haisyy. bukan rezeki emak lah agaknya ek maklang?

    ReplyDelete
  6. Puan Ainon,
    Nampaknya Puan Eeza berbeza...

    Eeza,
    Syabas!!!

    Syahirah,
    Beritahu Mak, lepas ini buat perjanjian bertulis ya...

    ReplyDelete
  7. Salam puan,

    Antaranya, Cik S perlu mendapat permit dan membuat ujian darah kambing-kambing itu sebelum boleh di bawa keluar dari Batu Pahat. Cik S kurang jelas mengapa syarat-syarat itu dikenakan.

    Saya penternak kecil je. Tapi permit dan ujian darah tu antara syarat jpv. Kalau x boleh kene rampas kambing2 tu tengah jalan. Hehehe... Tapi saya ngan bapak sy redah je, bawak masuk je dalam kete. Asalkan ada resit cukup ar.

    ReplyDelete
  8. Salam puan,

    Antaranya, Cik S perlu mendapat permit dan membuat ujian darah kambing-kambing itu sebelum boleh di bawa keluar dari Batu Pahat. Cik S kurang jelas mengapa syarat-syarat itu dikenakan.

    Saya penternak kecil je. Tapi permit dan ujian darah tu antara syarat jpv. Kalau x boleh kene rampas kambing2 tu tengah jalan. Hehehe... Tapi saya ngan bapak sy redah je, bawak masuk je dalam kete. Asalkan ada resit cukup ar.

    ReplyDelete