Selesai solat maghrib, Zainal membaca wirid diikuti dengan doa. Saya yang menjadi makmum mengaminkan. Habis berdoa Zainal hulurkan tangan. Saya cium tangannya. Kemudian seperti biasa kami bangun berdiri sambil memeluk satu sama lain. Saya masih bertelekong dan dia dengan kopiah putih di kepala.
“Siapa agaknya dia ni???” gerutu hati saya.
Seketika kemudian saya membuat keputusan untuk menelefon si pengirim mesej misteri itu. Lebih baik saya bertanya sendiri siapa dia. Apa hubungannya dengan suami saya? Dengan hati berdebar saya mendail nombor, 017-xxxxxxx.
Beberapa saat berlalu, masih tiada suara. Saya putuskan talian. Sedang saya mencongak-congak apa hendak buat seterusnya, tiba-tiba telefon itu berbunyi pula. Nombor 017-xxxxxxx itu tertera di skrin. Saya serahkan telefon itu kepada Zainal.
“Abang jawablah. Tanya sendiri. Tanya siapa dia?”
Zainal
“Waalaikum salam,” jawab Zainal.
Saya memerhatikan tanpa berkelip. Tiba-tiba Zainal memberitahu talian sudah terputus.
“Putus?” kening saya berkerut.
“Tak ada line agaknya,” jawab Zainal lembut.
“Tak ada line ke atau Abang yang putuskan line?” saya terus buat tuduhan.
Zainal geleng kepala.
“Siapa yang jawab tadi?”
“Suara perempuan beri salam tapi Abang tak sempat tanya, tiba-tiba dah putus. Sudahlah tu, jangan pedulikan sangat,” sekali lagi Zainal mematikan handsetnya.
Saya yang masih tidak puas hati terus masuk ke bilik mengambil handset saya sendiri. Memori saya masih ingat nombor si pengirim mesej itu dan saya mahu selidik sendiri siapa dia sebenarnya.
“Awak siapa? Tadi ada hantar mesej ‘Ayang di Ayer Keroh’,” saya menulis mesej di telefon bimbit sendiri dan terus menghantarnya ke 017-xxxxxxx. Sejurus kemudian saya terima jawapan.
“Maaf. Tak kenal.”
Selang beberapa minit mesej saya berjawab.
“Maaf, tq.”
Hati saya mula berkata-kata, mungkin SMS yang dihantar kepada Zainal itu tersesat. Pengirimnya mungkin tersalah nombor. Untuk puaskan hati, saya membalas lagi.
“Isteri saya mengamuk. Punca SMS awak,” saya menyamar, kononnya Zainallah yang menulis semua itu.
Mesej saya berbalas, “Maaf. Tak buat lagi. Stop.”
Setelah menerima jawapan ketiga itu, hati saya semakin kuat megatakan SMS itu tersilap hantar. Mungkin pengirimnya tersalah nombor, fikir saya lagi.
“Kan Abang dah kata tadi. Tak baik tuduh Abang macam-macam tau, berdosa,” Zainal mula mendekati saya. “Tengok ni, bintat-bintat badan Abang. Kena elbow drop lagi. Mak datuk, garang betul bini Abang ni,” Zainal mengenyit mata pada saya.
Timbul rasa kesal di hati ini. Kasihan suami saya. Saya usap-usap tangannya yang berbintat itu.
“Sorry ya Bang. Tapi cubalah Abang fikir, siapa tak marah kalau suami sendiri main kayu tiga?” saya mempertahankan diri.
Setelah keadaan beransur reda, saya ke dapur menyajikan hidangan makan malam. Sambil makan, Zainal main kenyit-kenyit mata lagi. Dia mahu pujuk saya, tapi belum pun kami habis makan, handset saya berbunyi lagi. Ada SMS baru masuk di mailbox. Saya segera membacanya.
“Assalamualaikum. Maaf puan. Suami puan orang yang bertanggungjawab. Saya dah lama kenal dia. Jangan syak wasangka dan buat tuduhan melulu. Maaf sekali lagi.”
Mesej baru itu benar-benar mengejutkan saya!!!
“Apa??? Kawan lama? Dia memang kenal Abang rupanya,” saya terus pergi ke sinki mencuci tangan. “Jadi bukanlah SMS tersalah hantar. Memang SMS itu untuk Abang. SIAPA AYANG NI BANGGGGG???”
“Ya Allah, Abang tak tahu,” Zainal pula bangun mencuci tangan.
Suasana serta-merta jadi tegang. Makan malam kami terhenti di situ. Selera hendak makan sudah hilang.
“Kalau jujur kenalkan diri. Saya tak kenal AYANG,” saya menjawab mesej itu.
Geramnya!!! Siapa perempuan itu? Saya tersandar di sofa dengan muka membekop. Zainal menggeleng kepala. Melihat saya diam membatu, dia mengemas meja makan.
Sejurus kemudian SMS saya berbalas. “Saya jujur. Dah 30 tahun kenal dia.”
Saya bacakan mesej itu kuat-kuat supaya didengar Zainal.
“Abang dah kata, jangan layan orang tu. Abang tak kenal dia. Percayalah cakap Abang.”
Percaya cakap Abang??? Dasar lelaki, alim-alim kucing. Saya sangka diri ini bertuah bersuamikan Zainal yang boleh dianggap lelaki budiman. Tidak saya duga rupa-rupanya dia pakai topeng. Penipu!!! Hati saya menyumpah.
“Tadi awak kata ‘tak ajak datang’. Sekarang saya nak jemput awak. Silalah ke rumah. Tak baik awak nak berjumpa suami saya di luar. Itu pun kalau awak jujur,” saya membalas mesej perempuan itu.
Entah kenapa saya menjawab dengan bahasa begitu walaupun darah sedang mendidih. Sepatutnya saya kata dia ‘perempuan gatal’. Malam-malam cari suami orang. Kalau dia sudah kenal Zainal selama 30 tahun, umur dia sendiri berapa? Mesti sudah dekat 50 juga. Sudah tua pun, masakan dia tidak tahu berfikir.
Apa perasaan dia membahasakan diri ‘AYANG’ dengan suami orang? Kalau ya pun sudah kenal lama, masakan dia tidak terfikir yang perkataan ‘AYANG’ itu boleh mengundang masalah kepada yang membaca mesej. Dia hantar SMS pada waktu malam. Dia tidak tahukah yang di rumah isteri boleh membaca mesej suami? Suami boleh membaca mesej isteri? Kalau dia seorang isteri, tidak mungkin dia sanggup menulis mesej seperti itu. Kalau dia sudah bersuami tentulah dia peka.
Pekataan ‘bertanggungjawab’ yang diguna ‘Si Ayang’ untuk buktikan dia kenal sangat dengan Zainal itu cukup menyakitkan hati saya. Siapa dia hendak beritahu saya yang suami saya bertanggungjawab atau tidak? Adakah dia kenal suami saya luar dalam??? Yang tahu dan betul-betul kenal Zainal ialah saya, isterinya. Perempuan bodoh!!! Hati saya menggerutu.
Kalau perempuan itu ada di depan mata pasti sudah saya tumbuk hidung dia. Atau pun saya tarik-tarik rambutnya. Atau saya pijak-pijak perut dia. Kerana dia, saya curigakan suami sendiri.
Bukan saya tidak kesal mencubit peha Zainal sampai berbintat. Saya siku rusuknya sekuat-kuat hati. Semuanya gara-gara perasaan geram. Saya sudah kata jangan pegang saya. Don’t you dare touch me!!! Tapi dia degil juga. Huh, rasakan penangan saya.
Mesej terakhir yang saya hantar itu tidak berjawab. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.42 malam. Zainal
Bukannya hati saya tidak kesal. Saya tidak sepatutnya melayan suami seperti itu. Tapi kenapa dia tipu saya? Kenapa dia kata tidak kenal perempuan yang hantar mesej itu? Kenapa dia matikan handset? Kenapa???
Selesai solat, Zainal mengajak saya masuk ke bilik tapi saya terus matikan diri. Saya jeling dia cukup-cukup. Bila dia
“Pergilah tidur. Jangan lupa mimpikan ‘Ayang’ Abang tu,” saya menyindir.
Kepala saya mula berdenyut. Saya geramkan perempuan itu. Dan suami saya juga. Namun jauh di sudut hati, perasaan saya teramat sedih melihat wajah suami yang muram. Tidak sepatutnya saya berkasar dengannya. Dia terlalu baik. Kami saling sayang-menyayangi.
Tidak pernah sekali pun sepanjang perkahwinan kami dia menjentik saya. Malah dia melayan saya macam puteri raja. Sejak saya muda sampailah sudah ke usia begini. Lebih-lebih lagi kini kami tinggal berdua saja. Sejak berkahwin, antara kami tidak ada rahsia. Kami saling mempercayai.
Kami sudah berjanji, sejarah silam masing-masing tidak akan diungkit-ungkit. Tapi kenapa tiba-tiba hubungan kami jadi retak? Semuanya angkara mesej kiriman perempuan tidak berguna itu.
Selepas solat isyak saya tertidur di sofa. Sewaktu hampir subuh, Zainal mengejutkan saya bangun untuk solat. Pagi itu, perasaan marah saya masih belum reda. Selesai solat saya duduk di depan PC, menaip. Zainal bersiap untuk ke tempat kerja. Semasa hendak keluar dari rumah dia merapati saya, singgah satu ciuman di pipi. Saya tidak membalas ciuman itu. Malah tidak menghantarnya ke muka pintu seperti selalu. Hanya sepotong doa untuknya saya ucapkan dalam hati.
“Ya Allah, selamatkan suamiku dalam perjalanannya pergi dan balik. Lindungi dia daripada apa jua malapetaka.”
Berjam-jam kemudian fikiran saya melayang entah ke mana. Sambil menaip di PC, hati saya teringat peristiwa semalam. Lalu saya mencapai handset dan menulis mesej begini…
“Assalamualaikum. Saya tak kenal siapa awak. Tapi dengar sini. Saya tak suka awak berhubung dengan suami saya. Tolong jangan ganggu rumahtangga kami. Faham tak?”
Tapi entah kenapa ketika hendak mengirim mesej itu, tiba-tiba saya menukar fikiran. Mesej itu saya delete. Kemudian saya pergi ambil wudhu dan dirikan solat sunat dhuha 2 rakaat. Setelah memberi salam, saya duduk lagi di atas sejadah, menunggu masuk waktu zohor.
Selesai solat zohor, saya berdoa bersungguh-sungguh. Mohon Allah berikan petunjuk. Mohon diampuniNya dosa-dosa saya kerana memanggil nama orang dengan perkataan yang bukan-bukan. Perbuatan seperti itu bertentangan dengan nilai-nilai hidup saya. Apa yang patut saya lakukan untuk selesaikan isu yang mengganggu perasaan ini? Wajarkah saya telefon wanita itu dan bersemuka dengannya. Wajarkah???
Saya mencapai handset dan mendail nombor 017-xxxxxxx. Tiada guna menunggu lebih lama. Lebih baik saya cepat selesaikannya. Jika ia dibiarkan terus menjadi misteri, pasti boleh menjejaskan hubungan kami suami-isteri. Silap haribulan rumahtangga kami boleh bergoncang.
Saya membulatkan hati untuk bertenang dan mengawal perasaan. Walau apa pun kenyataan yang akan saya dengar, saya MESTI bersabar dan tidak menggelabah. Berikut turutan perbualan antara saya dan wanita yang mengirim mesej kepada Zainal itu…
Saya : Hello, Assalamualaikum.
Dia : Waalaikum salam.
Saya : Boleh saya tahu siapa di
Dia : Awak tu siapa?
Saya : Saya Norlela. Saya nak tahu, awak siapa? Semalam awak ada hantar beberapa
SMS kepada saya.
Dia : Saya tak hantar. Awak yang hantar dan saya jawab.
Saya : Oklah. Jadi awak siapa?
Dia : Saya Zaili. Kenapa?
Dia : Ya, dia kawan lama saya. Yang awak nak marah, kenapa? Awak hantar SMS
pada saya mengata macam-macam.
secretive. Dia open-minded. Saya dah lama kenal dia. Dah 30 tahun.
Dia : Bagi saya itu tak salah. Sebab antara kami memang sudah mesra. Tadi suami awak telefon saya. Percayalah, antara kami tak ada apa-apa. Sesaja saya nak bertanya khabar.
Assalamualaikum.
Saya : Ya. Abang beritahu saya, siapa Ayang tu?
Zainal : Abang tak tahu.
Saya : Bohong! Saya baru telefon dia. I know you called her this morning. SHE TOLD
ME YOU CALLED HER! Penipu!
sangat, Abang dah lupa.
mati je senang Abang nak cari dia?”
Lela,
ReplyDeleteSaya ada pengalaman serupa tapi terbalik sikit. Saya dapat call drp seorg perempuan. Dia tanya saya, saya ada tak bersms dgn suami dia. Dia jumpa sms suami dia kepada saya. Saya kata tak ada, saya tak kenal suami dia, saya sudah berkahwin dan ada anak 4. Anak perempuan saya masih sekolah menengah, mana pandai hantar sms pada suami orang. Saya minta maaf pada dia, tp jelas dia tidak puas hati. Lama saya berfikir..Tiba2 saya teringat, pernah dapat sms dari anak lelaki berbunyi begini dr no hp tidak dikenali, "Abang balik lewat sikit. Jangan call nombor ni." Anak lelaki saya tu memang bahasakan dirinya abang pada saya. Rupanya dia pinjam hp ayah kawan dia. Bayangkan Lela, apabila isteri jumpa sms begini dlm hp suaminya. Berantakan! Anak lelaki saya gelak besar bila saya cerita kpd dia...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMun,
ReplyDeleteMujur wanita itu tidak ajak 'main pedang'!
Agaknya dia dengar saya sangat ikhlas menafikan. Saya suruh anak lelaki saya beritahu kepada ayah kawannya itu tentang perkara ini supaya mereka tidak berperang. Tak tahulah samada dia ada cakap atau tidak.
ReplyDelete