Monday, October 1, 2007

Ramadan Yang Ceria

Masjid MITC di Ayer Keroh adalah lokasi tetap saya dan Zainal berterawih seandainya tidak balik ke kampung mertua (Krubong) atau outstation. Setiap malam jam 8:00, kami bertolak ke masjid.

Biasanya Zainal singgah sekejap di U-Centre untuk membeli sebotol air untuk saya. Bulan puasa ini saya cepat haus. Berselang waktu solat (Isyak, terawih & witir) pun sempat minum sebotol walhal ketika berbuka sudah minum (macam naga!!!).

Sampai di masjid, mata saya akan mencari-cari sepasang kasut di rak (aras 2). Di situ biasanya terletak sepasang kasut comel warna maroon. Ia kepunyaan ibu saya. Apabila ternampak kasut itu, tahulah saya dia ada menunggu saya di saf nombor 2 atau 3. Mak datang ke masjid bersama adik ipar saya, Mehmet Gursoy. Ayza tidak ke masjid kerana menjaga anak mereka, Etuy.

Kekadang saya bawakan sedikit buah tangan untuk Mak. Minggu lalu saya bawakan dia karipap 3 keping (diisi dalam zipper sandwich bag). Esoknya apabila kami bertemu lagi Mak bercerita Ayza komplen : ada ke 3 keping aje... mana cukup??? Saya ketawa terkekek.

Karipap itu saya buat 6 keping saja sebenarnya!!! Untuk saya, 2 dan Zainal, 1. Lebih mudah beli saja di kedai tapi rasanya, bak kata Mun : tak masyukkk... Zainal tidak suka karipap, dia ahli dalam bab manisan : pengat pisang, pengat keledek, bubur kacang.

Beberapa hari lalu saya bawakan Mak cucur udang 6 keping. Esoknya Mak bercerita lagi, Ayza komplen : Ini tidak adil!!! Aduhai, pecah perut saya ketawa. Semalam saya berbuka di rumah mertua. Saya membawa sebuah bakul berisi juadah berbuka ke sana. Sampai di rumah mertua, saya memberi salam. Mak Temah gembira menyambut kami.

"Makcik nak beli makanan? Saya ada jual macam-macam ni... ada sambal udang, tahu sumbat, bubur lambuk... semangkuk 20 sen je," saya mengusik ibu mertua yang ketawa terkekek.

Kepada anda semua, Selamat Berbuka Puasa petang nanti. Semuga anda sihat dan senyum selalu...

4 comments:

  1. OoH 6 keping rupanya cucur udang tu ya? Che Noh cakap 3 keping aje, itu sebab Mak makankan je.. baik sgt rasanya.. OOOo 6 KEPiNG rupanya??! Hiyaaaa! Ini LAGi TiDAK ADiL!! :D

    ReplyDelete
  2. Pose ayu gitu ...

    ReplyDelete
  3. Mun, semalam saya nampak satu poster kecil di pintu peti ais. Poster dengan gambar 'pose ayu' itu ada nota bertulis tangan : Wanita dikehendaki polis. Beliau selalu membawa bakul kuning. Sila hubungi rakan cop at 019-6661466. Itu no. h/p anak Mak Temah yang duduk serumah dengan saya. Cilakak !!!

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Aduh, klakarnya. Cuba lela tambah 'wanita ini dipercayai menyembunyikan pelarian warga asing di rumahnya. Pelarian di anggap sgt merbahaya!'

    ReplyDelete