Semalam Ahad, November 18, adalah pengalaman pertama saya bercakap dalam program Bicara Penulis anjuran bersama PTS dan MPH. Itulah pertama kali kaki saya berdiri di atas pentas dalam sebuah pusat beli-belah dan bercakap di hadapan orang ramai. Perasaan saya... hohoho... nanti akan saya ceritakan kepada anda!!!
Walau apa pun saya amat bersyukur kerana berjaya melakukannya : saya tidak terpengsan atau tersakit perut tetiba atau terkelu (kerana darah gemuruh) semasa berada di atas pentas! Ia satu pencapaian besar bagi saya yang sudah beberapa malam tidak dapat tidur lena kerana risaukan program itu.
Zainal memberi saya gred C+ untuk persembahan saya. Beberapa perkara dikomennya. Saya terima hakikat bahawa banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Namun saya bersyukur, C+ itu bermakna saya tidak gagal.
Saya amat berterima kasih kepada tim PTS (En. Roslan, Cik Rozita, En. Zain dan lain-lain). Juga rakan-rakan penulis seperti En. Zamri Mohamed dan En. Shamsuddin Kadir atas sokongan moral mereka. Mereka hadir program saya dari awal hingga akhir. En. Zamri Mohamed menulis entri tentang intisari bicara saya di blog beliau.
Tidak ketinggalan kehadiran mengejut keluarga saya : Ayza (Donut), Mak, Mehmet dan Etuy. Saya sangat menghargai sokongan mereka. Terima kasih kerana bersusah-payah datang dari Melaka untuk menyokong saya. Oh ya, PTS ada membuat video untuk sesi saya. Gambar-gambar ketika program bicara penulis itu boleh dilihat di sini.
Subuh ini usai mencuci gigi dan melihat di cermin, tetiba saya ter-menyanyi lagu Fernando dendangan Abba. Senikatanya berbunyi begini : If I have to do the same again, I would, my friend, Fernando!!!

Brutalnya Cikgu Zainal! Beri C+ sahaja! Lagi brutal daripada Cikgu Mun ni...
ReplyDeletePuan,
ReplyDeleteTahniah. C+ daripada suami tak boleh percaya sangat. Nampak daripada YouTube tu macam OK sangat. Saya pun tak pernah bercakap di shopping complex.
Tahniah.
Muhd Kamil Ibrahim
Assalamualaikum Mun dan Prof,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi saya semangat. Rasanya jika Zainal jadi lecturer di MMU & UiTM, ramai pelajar yang fail!!! Ah, kacau!!!