Sebelum ini saya kurang berminat dengan herba-herba tradisi orang Melayu seperti tongkat ali, kacip fatimah dan mas cotek. Antara penyebabnya ialah herba-herba itu selalu dikaitkan dengan faktor seksual.
Iklan-iklan di TV dan radio misalnya, secara tersirat terlalu memfokus khasiat herba-herba tersebut ke arah itu. Terus-terang saya merasa geli dan malu mahu mengaitkan diri dengan herba-herba 'gatal' itu.
Iklan-iklan di TV dan radio misalnya, secara tersirat terlalu memfokus khasiat herba-herba tersebut ke arah itu. Terus-terang saya merasa geli dan malu mahu mengaitkan diri dengan herba-herba 'gatal' itu.
Baru-baru ini ketika menghadiri bengkel herba anjuran PKNS, saya didedahkan kepada perspektif berbeza. Saya mulai faham bahawa herba-herba tradisi kita mengandungi banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan dan rawatan berbagai penyakit kronik.
Mas cotek contohnya amat sesuai untuk mengubati kanser payu dara, kolesterol tinggi, gout, paru-paru berair, darah tinggi, buasir, migrain dan kencing manis. Kajian makmal oleh FRIM dan Jabatan Pertanian membuktikan herba ini mengandungi chemical content berupa anti oksida yang kuat selain membantu penyerapan nutrien dan melancarkan peredaran darah. Saya benar-benar kagum.
Selama ini saya kenal benar dengan khasiat teh hijau, ginseng dan cordyceps. Sayangnya saya tidak pernah ambil tahu tentang herba-herba tradisi yang tumbuh di negara sendiri, sedangkan khasiat yang terkandung di dalam herba-herba tradisi kita tidak kurang hebatnya. Malah melalui kajian bio-teknologi, herba-herba itu berpotensi besar dipasarkan ke seluruh dunia.
Hari ini saya dan Zainal menghadiri majlis taklimat penanaman mas cotek di Kg. Sg. Nibong, Batu Pahat Johor. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur Putrajaya.
Syarikat Moro Seri Utama Enterprise menjadi tuan rumah bagi program hari ini. En. Ismail Dahlan, pengurus syarikat itu adalah usahawan yang sangat berjaya dalam menghasilkan produk-produk mas cotek. Antara keluaran syarikat beliau ialah serbuk mas cotek dalam bentuk uncang (seperti teh uncang).
Dalam program hari ini yang dihadiri 60 orang peserta dari seluruh Malaysia, kami diberi taklimat berhubung jenis-jenis pokok mas cotek, teknologi penanaman dan pembajaannya serta cara penuaian dan pengeringan.
Pokok mas cotek sesuai ditanam di tanah gambut, tanah liat dan tanah bukit. Untuk memberi kefahaman kepada para peserta, kami di bawa melawat beberapa ladang. Antaranya di Sg. Nibong (tanah gambut), Kg. Beroleh (tanah liat) dan Empangan Semerung (tanah bukit).
Matlamat program ini adalah untuk mendapatkan bekalan mas cotek melalui perjanjian ladang kontrak. Para peserta yang berminat akan diberi kursus teknikal untuk menjadi penanam mas cotek dan seterusnya membekalkan daun, ranting, buah dan akar mas cotek itu kepada Syarikat Moro Seri Utama Enterprise.
Keluasan ladang secara kelompok (di seluruh negara) melalui penanam-penanam kontrak yang disasarkan oleh Syarikat Moro ialah 500 hektar. Ini bagi menampung keperluan bahan mentah syarikatnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Permintaan ke atas produk mas cotek kini dan di masa depan dijangka semakin melonjak tinggi di pasaran tempatan dan global.
Asm Pn Norlela..
ReplyDeleteKalau saya nak tanam Mas Cotek ni sebelah rumah dalam pasu, boleh tak..Saya menyewa rumah 'corner lot' kat Seremban.
Zamri Kulim
Alaikumsalam En. Zamri,
ReplyDeleteSebenarnya boleh. Malah jika saudara boleh wujudkan satu kumpulan dalam taman perumahan saudara yang minat menjadi penanam, lebih baik kerana dapat menghasilkan mas cotek secara kelompok.
Namun begitu untuk ladang kontrak, kita perlu menanam mengikut jenis yang ditentukan Syarikat Moro kerana hasil akan dijual terus kepadanya.
Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman secara kecil-kecilan dulu. Kita belajar teknik yang betul. Selepas sudah serasi, boleh menyewa tanah-tanah terbiar yang lebih luas untuk usahakan penanaman herba ini.
Tanah saya ialah dusun buah seluas 1/4 ekar saja. Menurut En. Ismail Dahlan, ia boleh muat 2000 batang pokok iaitu ditanam dalam poli beg.
saya pelajar degree yang diberi tugasan oleh penyelia saya untuk mengkaji potensi herba dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Saya telah memilih herba mas cotek dan memerlukan banyak sampel daun mas cotek betina (lebih kurang 2-3kg) bagi menjalankan experiment saya ini. dimana ladang yang menjual mas cotek dalam kuantiti yang banyak?
ReplyDeleteassalamualaikum ,, saya seorang hamba allah yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan .. bagaimana saya ingin memperolehi mas cotek yang banyak... iewan777@yahoo.com
ReplyDeletePn. Norlela Zubir
ReplyDeleteA'kum wbt...
Saya berminat utk menceburi tanaman Mas Cotek secara komersial.
Tempat : Sedim, Kedah Darulaman
Keluasan tanah : +-2 ekar
Apakah keperluan/persediaan yang diperlukan utk menceburi tanaman ini.
Dimanakah dapat saya perolehi anak benih ?
Buat masa ini, saya hanya belajar secara persendirian cara-cara penjagaan/pembiakan dan masih memerlukan teknik-teknik yang lebih berkesan.
Sekian wasalam.
salam...
ReplyDeletepuan,,bole puan berutahu saya harga pasaran bahan mentah mas cotek sekilo..??
saya sdg menyiapkan kerja kursus saya..
harap puan sudi membantu...
sakuraever_youngwolf@yahoo.com