Mendengar dengan teliti adalah skil yang saya masih belum mahir. Saya sedang belajar memupuk kemahiran ini. Untuk memahami isu-isu yang dihadapi usahawan kecil, saya perlu sabar mendengar dan tidak cepat menyampuk atau mengutarakan pendapat sendiri. Bukan semua isu dapat diberi jawapan secara spontan. Sesetengah isu tampak remeh tetapi saya tidak tahu menjawabnya.
Ketika bertemu Puan Jun, seorang usahawan butik di sesi rundingcara Prosper baru-baru ini, beliau berkata : Saya rajin pergi kursus usahawan. Malah saya aktif dalam Usahanita. Tapi ada beberapa isu yang saya hadapi masih tidak tahu di mana mahu minta pertolongan. Contohnya sekarang kerajaan galakkan kita berniaga dengan rakan-rakan bisnes di dunia Melayu dunia Islam (DMDI). Saya memang mahu dapatkan bekalan kain dan pakaian dari Indonesia tetapi tidak tahu bagaimana hendak menguruskan soal kastam dan cukai apabila membawa masuk barang-barang itu dari sana.
Tambah beliau lagi : Saya pergi sendiri ke China untuk membeli pelbagai renda, kain-kain dan lain-lain keperluan. Di sana, isu bahasa pula timbul. Peniaga di sana ramai yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Saya sendiri tidak mahir BI, oleh itu kenalah gunakan khidmat orang tengah. Awak bayangkan apabila rundingan harga dibuat melalui orang tengah. Tentu saya tidak mendapat harga terbaik. Inilah antara isu yang saya harap kerajaan dapat bantu dan tunjukkan cara mengatasinya.
Kelmarin saya pergi minum petang di Kluang Station yang bertempat di Tesco Melaka. Selesai minum saya melihat-lihat beberapa tapak pameran menjual pakaian di ruang tengah pusat beli-belah itu. Di sana saya terpandang Puan Jun dan seorang stafnya sedang melayan beberapa orang pelanggan.
Menurut Puan Jun, tapak niaga seluas 10' x 10' yang beliau sewa itu harganya RM6 ribu sebulan. Dia menyewa 4 tapak termasuk di Melaka Sentral, Mahkota Parade dan Hang Tuah Mall. Melihat kesungguhannya, saya kagum dengan usahawan wanita itu.
Isu-isu yang dihadapi usahawan kecil bukan semuanya berkaitan dengan modal, peluang niaga dan hal-ehwal pengurusan yang boleh di atasi dengan menghadiri kursus, latihan dan program motivasi. Ada banyak isu lain mereka mahu tanyakan dan perlukan panduan tetapi kepada siapa hendak bertanya? Bak kata Puan Jun : Jika dapat atasi isu-isu ini, insyaAllah, bisnes saya akan berkembang lebih lancar.

Assalamualaikum Puan,
ReplyDeleteSaya berminat untuk menceburi bidang keusahawan terutamanya dlm bidang kecantikan. Boleh puan bantu sy? sekiranya terdapat kursus atau apa jua forum yg membolehkan pengetahuan. Mohon puan maklumkan saya melalui emel sofiapiya@yahoo.com.my. tk :)

ReplyDeletesaya merupakan pelajar di salah sebuah Universiti di area melaka,
saya berharap sangat pihak puan dapat memberi kerjasama untuk saya dan rakan kumpulan saya menjalankan kajian tentang perniagaan puan bagi menyediakan projek untuk tugasan kami.....
Puan boleh maklumkan saya melalui emel noorsuhailarosley@yahoo.com
kerjasama daripada pihak puan amatlah kami hargai..
TQ :-)