Monday, February 18, 2008

Ada-ada saja

Seorang cikgu bercerita pengalamannya menunaikan haji baru-baru ini. Di Makkah, beliau tinggal sebilik dengan beberapa orang termasuk seorang eksekutif bujang berusia 30 tahun. Setiap pagi lelaki muda itu liat sungguh untuk bangun solat subuh. Apabila dikejutkan untuk ke masjid, dia akan berkata : Nanti saya bangun. Cikgu pergilah dulu.

Hampir setiap hari orang muda itu bersolat subuh di dalam bilik sahaja. Seperti biasa pada suatu pagi, dalam perjalanan balik dari masjid, Si Cikgu dan teman-teman sebiliknya yang lain singgah minum di kedai. Ketika mereka sampai semula di bilik, eksekutif muda itu baru terjaga. Sambil terpisat-pisat menggosok mata, beliau bertanya : Cikgu, subuh ada lagikah?

Cikgu itu tersenyum kambing. Dengan selamba dia menjawab : Ada, besok pagi, insyaAllah!


2 comments:

  1. Teringat pula lawatan ke ladang Mas Cotek di Batu Pahat dulu. "Daunnya ini boleh di makan? Akarnya boleh? Batangnya?.." Seorang hamba Allah menjawab, "Semua boleh. Pasunya saja yang tak boleh..." Macam serupa je dengan cikgu tu...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Cikgu tu beri jawapan bernas betul..

    ReplyDelete