Saya suka membeli ikan pada waktu petang. Yang saya maksudkan adalah ikan segar yang baru ditangkap nelayan. Di Melaka terdapat beberapa buah tempat menjual ikan segar pada waktu petang, contohnya di Pantai Klebang, Tanjong Keling dan Ujong Pasir.
Di Ujong Pasir, terdapat 2 orang penjual ikan yang berniaga bersebelahan. Kedua-duanya berketurunan Portugis atau di gelar ‘Gerago’ oleh orang-orang tempatan. Seorang bernama Peter dan seorang lagi namanya Yusof. Gerai mereka berdua dibuka setiap hari sedangkan gerai-gerai yang lain tidak menentu.
Awalnya dahulu saya lebih cenderung membeli di gerai Yusof berbanding Peter. Niat saya untuk memberi sokongan moral kepada saudara seagama. Setiap kali pelanggan datang memilih ikan-ikannya, Yusof suka berkata begini : Hah, ikan bawal putih ini mahal, RM60 sekilo. Mahu yang murah, ambil ikan kembung, RM8 sekilo. Kita jual ikan ada gred. Ada rupa, ada harga. Mahu yang baik, harga kena mahal. Hahaha!!!
Seandainya pelanggan ramai, Yusof sangat ceria. Lebih-lebih lagi apabila yang datang itu orang-orang Cina berkereta besar. Yusof akan bersorak-sorak dengan suara lantang mengalukan kedatangan mereka. Adakalanya saya perlu menunggu agak lama untuk ikan-ikan saya ditimbang kerana Yusof terlalu leka melayan pelanggan-pelanggan berkereta besar itu.
Peter lain halnya, mudah tersenyum dan menyapa. Budi-bahasanya baik. Yang saya suka tentang Peter ialah dia rajin melayan. Andainya ikan yang dipamerkan tidak berkenan di hati kita, dia akan mengeluarkan ikan-ikan lain atau udang daripada tong simpanannya. Biasanya ikan-ikan yang disimpan itu sudah ditempah oleh peniaga-peniaga ikan bakar tetapi kerana hanya mahukan seekor-dua, Peter tidak keberatan menjualnya kepada kami.
Selain itu, Peter menyediakan khidmat 2 orang tukang siang ikan yang akan bertanya stail bagaimana yang kita kehendaki : sama ada ikan mahu dikelar selebar 3 jari, dipotong belakang stail butterfly atau dibuang sisek, insang dan perut sahaja. Adakalanya Peter memberi idea menu yang sesuai untuk memasak ikan-ikannya.
Yang paling menambat hati ialah ikan-ikan yang sudah disiang itu akan dipek dalam beg plastic sebanyak 2 lapis. Tangkai beg plastic itu pula siap dipintal-pintalkan, sebelum dicangkukkan ke tangan kita dengan penuh sopan. Hah, memang saya suka sangat dengan layanan Peter itu!
Tanpa disedari semakin lama semakin kerap kami membeli di gerai Peter. Baru-baru ini ketika sedang memilih ikan, kedengaran satu suara berkata begini daripada gerai di sebelah : Orang Islam sepatutnya membeli di kedai orang Islam supaya ekonomi orang Islam meningkat. Barulah dapat berkat. Tapi... ada orang lebih suka majukan bisnes orang kafir.
Kata-kata berbau sindiran itu diulang beberapa kali. Saya dan Zainal (yang kenal benar dengan tuan empunya suara itu) saling berpandangan. Peter turut memandang kami sambil tersenyum. Saya dan Zainal membalas senyuman Peter, kemudian kami terus memilih ikan kurau, ikan bawal putih, ikan parang, ikan tenggiri dan udang great grandfather tanpa menghirau mahu pun menoleh ke gerai sebelah.
Iktibar Buat Peniaga :-
1. Jangan buat andaian buruk tentang kemampuan dan kuasa membeli pelanggan kita.
2. Beri layanan istimewa kepada setiap pelanggan. Jangan bersikap double-standard.
3. Selalulah bersangka baik dengan pelanggan. Jika hari ini mereka tidak membeli barangan kita, mungkin esok-lusa mereka melanggan semula.
4. Terima hakikat bahawa pelanggan berhak membuat pilihan sendiri.
5. Muhasabah diri mengapa pelanggan beralih arah kepada pesaing kita.

Puan saya cadangkan Puan tulis isu ini di Utusan Malaysia. Jika dapat diusahakan dalam sepuluh artikel dan disirikan minggu dengan tajuk Bisnes Kita. Mungkin dicadangkan kepada editornya.
ReplyDeleteJika ada rezeki, insya allah pasti keluar...
Assalamualaikum Zamri,
ReplyDeleteSatu cadangan yang baik. InsyaAllah saya usahakan. Nanti saya hubungi tuan ya. Terima kasih sudi membantu. Salam hormat.
Puan Norlela,
ReplyDeleteSaya amat berterima kasih, jika Puan sudi untuk menjadikan Yusof itu sebagai apprentice Puan.
Maksud saya Puan gunakan kepakaran Puan itu bagi mendorongnya untuk berubah sikap. Kejayaan Puan menukarkan sikapnya dari yang tidak baik kepada yang hebat dapat dijadikan kisah-kisah dalam buku terbaru Puan.
Belum ada penulis buku bisnes yang menulis buku yang menceritakan bagaimana beliau yakni penulis menunjukkan keupayaannya menukarkan peniaga yang 'tidak pandai' kepada yang pandai.
Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada Puan.
Saya ingin lihat Puan menyelesaikan dilema peniaga Islam.
En. Shamsuddin,
ReplyDeleteMulia sungguh hati tuan. Sebenarnya selepas menulis entri ini saya terbaca entri tuan (tentang kedai nasi ayam baru itu). Dan saya pun terfikir, apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah sikap Yusof itu.
InsyaAllah, nanti saya cuba cari jalan. Kelmarin semasa saya beli ikan di gerai Peter, Yusof menjeling2 juga tetapi saya buat diam saja. Kasihan juga kepadanya tapi rasanya elok saya berbaik sangka.
Terima kasih atas saranan tuan. Nanti saya cubakan sesuatu. Apabila ada maklumbalas, saya beritahu tuan ya. Salam.
Puan kepuasaan sebenar hidup apabila kita dapat mengubah orang yang 'tidak pandai' menjadi pandai.
ReplyDeleteItu juga yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdullah.
Saya melihat Puan ada bakat yang teramat menyerlah dan berpotensi tinggi menjadi wanita yang ke 51 paling hebat di Malaysia.
Puan sudah menyenaraikan 50 wanita paling hebat, tertinggal seorang lagi, iaitu Puan.
Saya tidak sabar hendak membaca entri tentang Yusof yang berjaya memenangi hati pelanggan selepas mendapat suntikan Puan.