Sunday, April 20, 2008

Are You Solution Focused?

Sambil menaip entri ini, saya menyanyi-nyanyi kecil lirik lagu P. Ramlee berbunyi begini : Barang yang lepas, usah dikenang... Kalau dikenang, merana badan...

Hmmm, anda mungkin sudah dapat meneka apa yang berlaku kepada saya ketika coaching practicum semalam. Adus, kesilapan berlaku tanpa sengaja. Ia bermula dengan bagus, kemudian saya terlupa teknik dan terikut rentak coachee lalu berpusing-pusing kehilangan arah sekejap. Pastinya masa terbuang beberapa minit dan markah saya ditolak. Saya tidaklah teruk sangat. Namun seharusnya saya melakukan dengan lebih baik.

Seharian semalam kami di kelas menjadi pengkritik. Giliran saya menjadi coach di penghujung, oleh itu sebahagian besar rakan saya sudah selesai giliran masing-masing. Mereka pun memfokus sebagai pengkritik. Berderai-derai kami ketawa ketika menonton video dan melihat gaya seorang demi seorang menjadi coach.

Ketika memberi maklum-balas, suasananya seperti Ogy Ahmad Daud dan Adlin Aman Ramli mengkritik pelajar-pelajar AF. Mereka bertanya saya : Norlela, do you take the coachee's monkey? Saya jawab: No... Dan mereka tergelak-gelak lagi : Yes, you did when you said bla... bla... bla...! Adus, saya tidak perasan pun melakukan kesilapan itu!

Ya, bukan senang melakukan coaching di depan kamera. Macam-macam yang mahu di jaga. Ketika menurunkan saya di UMCCed pada awal pagi Zainal berpesan : Ingat, jangan berkerut. Itu sesi coaching, bukan pergi perang!!!

Saya tergelak-gelak. Ya, memang kebiasaan saya suka berkerut apabila terlalu ralit bercakap tentang sesuatu isu. Lalu saya pun asyik mengingatkan diri supaya senyum selalu. Dek sibuk menjaga kerut dan senyum, saya terlupa pula teknik, hehehe!

Orang kata, kita belajar melalui kesilapan. Sesungguhnya sesi semalam adalah proses belajar yang berkesan. Saya cuba menggunakan pendekatan solution focus tetapi masih melakukan pendekatan problem-solving.

Apabila mengaplikasi diagnostic approach saya sebenarnya berperanan sebagai konsultan dan melakukan consulting bukan coaching. Biasanya dalam proses coaching, coachee mahukan coach memberinya solusi dan jalan keluar. Cara itu lebih mudah baginya. Dia tidak perlu pecahkan kepala berfikir.

Solusi yang datang daripada pihak coach mungkin sangat baik dan bagus tetapi belum tentu ia praktikal dilaksanakan dalam situasi yang dihadapi coachee. Proses coaching mengiktiraf bahawa coachee lebih tahu apa yang sesuai untuknya. Dengan lain perkataan, the monkey must be transfered back to the coachee!

Lumrahnya, solusi sudah ada di dalam minda coachee. Dia hanya memerlukan sounding board. Itu saja. Proses coaching membantu coachee melihat solusi yang sudah ada itu dengan jelas. Coach tidak perlu mencarikan solusi. Sebaliknya tumpu sahaja kepada agenda coachee dan bertanya soalan-soalan power yang lebih solution-focused.

Hmmm, saya perlu melakukan lebih banyak coaching practicum. Jika anda berminat menjadi coachee saya, boleh hubungi saya melalui e-mel dan nyatakan isu anda. Saya akan pertimbangkan dan jika sesuai, saya aturkan masa untuk sesi coaching bersama anda. Buat sementara ini, khidmat saya masih percuma. Ambillah peluang ini dan hubungi saya.

Selepas sesi semalam kami perlu meneruskan khidmat coaching bersama coachee yang sama selama 5 jam lagi. Jadual akan diatur bersama coachee saya. Mungkin 5 jam coaching itu dilakukan dalam 4 atau 5 sesi. Di akhir proses itu kami perlu menyediakan lapuran lengkap dan membuat presentation kepada UMCCed sebagai tugasan akhir sebelum menamatkan program pada bulan Ogos nanti, InsyaAllah.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. InsyaAllah, saya akan meneruskan ke tahap seterusnya iaitu mendapat akreditasi ACC (Associate Certified Coaches) yang dikeluarkan ICF, badan yang mengiktiraf Coach Profesional.

5 comments:

  1. Salam Puan Norlela,

    Seronok saya mendengar kisah orang belajar.

    Semalam saya baru habis kelas Bahasa Sepanyol peringkat asas di Aula Cervantes,HELP Institute di Damansara.

    Saya datang awal 2 jam sebelum kelas bermula untuk mengulangkaji pelajaran lalu.

    15 minit sebelum kelas bermula saya rasa macam nak balik dan 'serah kalah' sahaja kerana terasa betapa susahnya belajar bahasa asing.

    Saya pujuk-pujuk hati dan tunggu rakan lain dan guru bahasa datang.

    Alhamdulillah, sebaik sahaja kelas bermula sehingga akhir 'smooth sailing' sahaja pelajaran semalam. Semangat yang hampir hilang itu lenyap.

    Semakin berkobar-kobar saya untuk meneruskan pengajian bahasa sepanyol ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum drbubbles,

    Saya kagum tuan meluang masa untuk belajar bahasa Sepanyol walau pun ia bukan mudah.

    Memajukan diri engan komitmen menambah ilmu sepanjang hayat satu usaha yang sangat baik.

    Seperti tuan, saya gembira dapat melakukannya. Tahniah kepada anda!

    ReplyDelete
  3. nZ,
    ...he he heeeee!

    nak mohon jadi coachee boleh (hanya jawapan "tak leh" sahaja yang tak boleh guna!....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Wah, Coach Sab2 mahu jadi coachee saya! Ini satu cabaran, hehehe!

    Tuan hantarlah emel dan nyatakan isu tuan itu. Saya akan lihat dan pertimbangkan. Jika sesuai, saya terima, wokey...

    ReplyDelete
  5. Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.

    ReplyDelete