Tuesday, April 22, 2008

Seminar Peningkatan Produktiviti Usahawan Wanita

Hari ini saya menghadiri program anjuran MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) dan PENIAGAWATI (Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia). Saya dijemput menyampai ceramah bertajuk Perkongsian Pengalaman & Cabaran Dalam Bisnes Keluarga. Lebih 170 orang usahawan wanita hadir, majoriti mereka dari Melaka.

Sebelum tiba giliran saya, ceramah disampaikan oleh Presiden PENIAGAWATI, Dato' Hazimah Zainuddin bertajuk Isu & Cabaran Usahawan Wanita Dalam Perniagaan.

Ia diikuti ceramah oleh Dato' Azlin Shaharbi, Timbalan Presiden PENIAGAWATI bertajuk Penubuhan Organisasi Perniagaan & Aspek Undang-Undang Yang Releven. Ceramah terakhir disampaikan En. Mohd. Yazid Jenin (MPC) bertajuk Kecemerlangan Melalui Persekitaran Berkualiti.

Kedua-dua buku saya, Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya dan 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia dijual kepada para peserta seminar bersempena program ini. Terima kasih kepada pegawai MPC, Cik Wan Fazlin Nadia Wan Osman yang menguruskan penjualan buku-buku saya.

Dato' Hazimah yang kisahnya turut termuat dalam buku kedua saya amat gembira ketika kami bertemu. Hmmm, kami berpeluk Arab! Sebenarnya ketika hendak menulis kisahnya dulu, saya menginterviu Dato' Hazimah melalui e-mel dengan perantaraan P.A. beliau. Hari ini adalah kali pertama kami bertemu-muka dan pastinya saya juga amat gembira.

Dato' Azlin yang merupakan seorang peguam asyik bertanya tentang PTS. Beliau mahu berhubung dengan Puan Sifu. Meski pun sibuk dengan tugasan, beliau kepingin sangat berbincang tentang penulisan buku bersama Puan Sifu kita yang popular itu. Buku pertama Dato' Azlin diterbitkan Peniagawati.

Saya turut membicarakan khidmat business coaching kepada para peserta seminar. Ramai yang bertanya berbagai isu berhubungkait bisnes keluarga ketika sesi soal-jawab. Saya gembira dapat memperkenalkan diri, syarikat saya (Yuzuki Melaka Sdn. Bhd.), khidmat yang saya tawarkan, buku-buku saya dan juga PTS dalam program hari ini.

Ucapan terima kasih saya khas buat Dr. Rahmat Md. Smail, Pengarah MPC Wilayah Selatan dan En. Zakaria Md. Shariff, Pengurus MPC Wilayah Selatan. Terima kasih Pak Ya! Aduhai, kembang rasa hati apabila Pak Ya menyambut saya di lobi dan menguruskan pengangkutan buku-buku saya ke tingkat 7. Thank you yam leaf!

4 comments:

  1. Hehehe!

    Itulah manfaatnya menulis buku....

    Mana buku baru?

    ReplyDelete
  2. Alamak!!! Sudah 3 kali Puan Sifu bertanya tentang buku baru saya dalam bulan April ini...

    Memang rasa ralat kerana saya tiada buku baru di Pesta Buku tahun ini. Teruja melihat sambutan pembaca untuk Bisnes Mamak (Tuan Zamri) & Kaya Dengan Rumah (Tuan Sham)...

    InsyaAllah Puan Sifuku, dalam tahun ini akan ada sebuah yang siap...

    ReplyDelete
  3. Semoga terus sukses kak lela, menyumbang ke arah kemajuan perniagaan...

    ReplyDelete
  4. Oh sudah tiga kali sudah bocor rahsia heheheheh

    ReplyDelete