Monday, May 5, 2008

Kebun Mas Cotek

Ini sebahagian daripada 'ladang' mas cotek yang sedang diusahakan Hj. Zainal. 300 batang anak benih yang dibeli tempoh hari mengambil tempat kurang 20% daripada tapak kebun kami yang luasnya suku ekar. Masih ada ruang untuk ditanam 2,000 batang lagi.

Jabatan Pertanian Putrajaya akan mengadakan lawatan ke Melaka pada 7 Mei, 2008, bagi meninjau perkembangan para peserta kursus yang mengikuti program penanaman mas cotek di Mardi Telong, Bachok Febuari lalu. InsyaAllah kebun ini salah satu destinasinya.

4 comments:

  1. Salam ziarah tuan rumah,
    Hmm, sangat menarik. Benih mas cotet dapat dari mana? Macamana pasaran tumbuhan herba ini?

    ReplyDelete
  2. nZ,

    ...semuga Kg Krubong akan turut dikurniakan emas 99...he he he

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nur@addeen,

    Untuk maklumat yang anda ingin tahu, sila baca di sini...
    http://bisneskeluarga.blogspot.com/search/label/mas%20cotek

    Tuan Sabtu,

    Assalamualaikum Bos! Kaki sudah ok?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nur Suhadah, pelajar daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya sedang menjalankan soal selidik bagi Projek Tahun Akhir yang bertajuk:

    Kesedaran dan Persepsi Petani Terhadap Teknologi Moden untuk Menentukan Jantina Tanaman Diesius 🌳

    Sekiranya anda seorang petani tanaman diesius (tanaman yang ada pokok jantan dan betina) seperti pisang kaki, betik, kurma, asam gelugur, mas cotek dan lain-lain, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan ini dengan menjawab borang soal selidik melalui pautan di bawah.

    📌 Borang soal selidik
    https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSct-glqMcnELJ0l91E6dvQp8IZuotAKvb3BzkC-DsQTQy3Y-A/viewform?usp=sf_link

    Sekiranya terdapat sebarang masalah atau persoalan mengenai borang soal selidik, anda boleh menghubungi:

    013-7622794 (Suhadah)

    Terima kasih di atas kesudian anda menjawab soal selidik ini 😊

    ReplyDelete