Khamis minggu lalu, kami ke Ipoh. Destinasi pertama ke kilang SWI di Jelapang, urusan membeli bahan mentah (HT wire). Akhir-akhir ini bekalan HT wire susah hendak dapat. Harga pula naik melambung, kini mencecah RM6 ribu se metrik tan.
Kami bukan pelanggan baru tetapi apabila permintaan cable wires meningkat di luar negara, SWI asyik berdolak-dalik. Mereka berjanji mahu hantar tetapi lori yang dinanti tidak sampai-sampai dan terpaksalah kami datang berjumpa mereka. Kami bertanya : Mana kawat? (Gaya bertanya seperti Puan Sifu bertanya : Mana buku?).
Malam itu sub-kon kami, Tuan Nana datang dari Kulim mengambil cek yang kami bawa untuknya. Perjumpaan dengannya di lobi hotel cuma sejam lebih tetapi sempat berbincang soal kerja. Alhamdulillah tiada masaalah besar. Tuan Nana membawa seorang wanita muda yang manis malam itu. Saya tidak bertanya siapa gerangannya. Dalam hatiku berkata : Tuan Nana ini playboy rupanya!
Zainal mengenyit mata kepada saya. Katanya : Macam tahi cicak! Kami tergelak. Aduhai, apa tidaknya. Tuan Nana berkulit hitam manis, pasangannya pula putih melepak! Esoknya, Zainal hadir mesyuarat bersama PLUS dan Propel di Plaza Tol Kemunting, Taiping. Semua kontraktor maintenance lebuhraya N4 hadir sendiri kerana tidak boleh menghantar sub-kon sebagai wakil.

Semalam kami ke Ipoh lagi, kali ini destinasinya di MAB Ipoh. Kami keluar rumah jam 5:00 pagi. Sebelum ke Plaza Tol Ayer Keroh, Zainal singgah membeli air di kedai 24 jam di BBI. Saya melihat seorang lelaki berkulit hitam (mungkin warga Afrika) membuka tong sampah, dia mencari kotak-kotak terbuang dan tin kosong. Barang-barang yang dikutip di masukkan ke bonet kereta kancilnya. Hatiku berkata : Ah, dia mencari rezeki.
Kami singgah di Seremban untuk solat subuh, kemudian meneruskan perjalanan ke Ipoh. Ya, kami juga mencari rezeki sambil menyusur lebuhraya di awal pagi...
Kami singgah di Seremban untuk solat subuh, kemudian meneruskan perjalanan ke Ipoh. Ya, kami juga mencari rezeki sambil menyusur lebuhraya di awal pagi...
Ya...bila le kita akan ketemu sama Bu Norlela...please sms me yur phone number to 0197779327
ReplyDeletePuan Norlela,
ReplyDeleteWang dan kuasa mempunyai kuasa menukar persepsi fizikal.
Lelaki tanpa wang dipandang lebih hitam.
Lelaki berwang dipandang lebih putih.
Puan Ainon,
ReplyDeleteHohoho! Saya pun nampak Tuan Nana lebih putih ketika dia tersenyum sambil melihat cek RM120,000++...