Saturday, May 24, 2008

Problem Talk vs Solution Talk

Problem Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Kenapa bos awak macam itu?

B : Entahlah. Dia itu pandai cakap saja. Dia bukan faham apa yang berlaku di pejabat.

A : Apa yang berlaku di pejabat?

B : Saya peninglah. Kerja banyak sangat. Semua saya perlu uruskan.

A : Awak sudah beritahu bos awak hal ini?

B : Belum lagi. Saya risau dia tidak percaya yang kerja saya memang banyak.

A : Jadi, apa awak mahu buat?

B : Entahlah. Awak belum kenal bos saya. Dia teruk. Saya sedih dia buat saya macam ini.

Ciri-Ciri Problem Talk : Memfokus kepada masaalah, mencari punca ke akar umbi, mencari siapa yang bersalah, situasi bertambah buntu, terasa payah hendak menyelesaikan isu.

Solution Talk

A : Apa yang merunsingkan awak?

B : Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Apa yang awak mahu sebenarnya?

B : Saya mahu seorang pembantu. Kerja di pejabat banyak. Saya tidak larat buat seorang.

A : Bagaimana awak mahu yakinkan bos awak yang awak layak mendapat seorang pembantu?

B : Saya kena beritahu dia beban kerja saya banyak tetapi saya takut dia tidak percaya.

A : Saya akan gunakan ukuran skala 1 hingga 10. Katakan pada skala 1, beban kerja awak tidak banyak dan pada skala 10, sangat banyak. Macam mana beban kerja awak sekarang?

B : Hmmm, saya rasa sekarang beban kerja saya pada skala 6.

A : 6 saja? Bukankah tadi awak kata beban kerja awak banyak?

B : Ya, saya baru sedar kerja saya tidaklah banyak sangat sebenarnya!

A : Apa perlu awak buat sekarang?

B : Saya akan uruskan masa saya dengan lebih cekap.

Ciri-Ciri Solution Talk : Memfokus kepada jalan keluar, matlamat yang diingini ditetapkan, skala diguna bagi melihat isu dengan perspektif lebih jelas, bertanya soalan yang menimbulkan kesedaran, nampak jalan penyelesaian.

3 comments:

  1. Benar Puan Norlela, 'problem talk' memang merimaskan. Sebaliknya 'solution talk' melapangkan fikiran.

    Thanks for coming to my blog.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ayda,

    Saya ke blog Cik Puan tetapi tidak dapat masuk.

    Aren't you going to invite me...?

    ReplyDelete
  3. Menarik jika menggunakan teknik komunikasi yang sebegitu kerana ia menjurus kepada jalan penyelesaian masalah...bukan mencari siapa salah...kan?

    saya mohon kebenaran utk cut n paste ke blog saya... AMAT MENARIK!

    ReplyDelete