Topik panas waktu ini sudah pasti isu kenaikan harga petrol. Keluhan terdengar di mana-mana. Alum yang baru seminggu lebih tamat pengajian juga mengeluh. Katanya :
Anak belum dapat kerja, petrol sudah naik harga. Nanti masa interviu jika ditanya tentang gaji, bolehkah Anak minta dipertimbangkan gaji + kenaikan harga petrol? Bagi golongan peniaga seperti kami, kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berterusan sejak awal tahun ini sudah pasti memeningkan kepala. Harga barang dan perkhidmatan meningkat lagi minggu ini. Contohnya kos bahan mentah, perkhidmatan lori sewa dan servis courier.
Sehari selepas Pak Lah mengumumkan kenaikan harga petrol, sewa sebuah trailer untuk menghantar kawat duri ke Terengganu naik daripada RM1,200 ke RM1,500 bagi satu trip. Kemudian caj servis courier naik 25% dan harga bahan mentah (galvanized wires) naik lagi berkuatkuasa 7 Jun, 2008.
Harga bahan mentah (besi angle dan dawai besi) sudah naik berkali-kali sejak awal tahun ini. Maka harga segulung kawat duri seberat 10 kg terpaksa kami naikkan daripada RM52 pada bulan Mei menjadi RM56 segulung pada bulan Jun ini. Harga kawat duri High Tensile pula terpaksa dinaikkan daripada RM200 kepada RM240 segulung.
Waktu ini tindakan paling selamat diambil ialah menetapkan tempoh sahlaku harga (price validity period) ketika menyebut harga sesuatu produk. Tempoh sahlaku harga yang agak selamat ialah 2 minggu sahaja memandangkan harga bahan mentah yang kerap meningkat. Suatu masa dahulu tempoh sahlaku harga adalah diantara 60-90 hari. Kini siapa yang berani berbuat begitu!
Pihak pelanggan mengeluh dan marah tetapi apakan daya, kami tidak mampu lagi menyerap kos yang naik bertalu-talu. Siapa yang mahu menanggung kesan kenaikan harga itu jika bukan pihak pembeli? Kesannya memang bertali-tali : pembekal pas kepada kami, kami terpaksa pas kepada pelanggan kami dan mereka pula pas kepada pelanggan mereka.
Lebih memeningkan kepala ialah semakin banyak barangan besi dicuri sejak kebelakangan ini. Tiang-tiang pagar besi yang sudah tegak pun dicabut dan dilarikan orang. Hari ini tiang-tiang besi itu ditanam, esok-lusa semuanya hilang! Inilah gara-gara harga besi buruk yang mahal di pasaran. Bagaimana menyelesaikan isu ini? Hmmm, saya rasa elok diguna tiang konkrit saja.
Assalamualaikum dan salam perkenalan.
ReplyDeleteSeorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan dan berminat pula dalam bidang penulisan. Tahniah.
Dalam situasi begini, mengadakan aktiviti menjimatkan kos tidak dapat dielakkan.
ReplyDeleteMutu kandungan entri-entri puan bertambah tinggi mutunya kerana ia berkait rapat dengan dunia bisnes.
ReplyDelete'Alaikum salam Tuan Latip.
ReplyDeleteTahniah juga kepada tuan yang sangat produktif menghasilkan buku. Saya menjadikan Tuan sebagai mentor. Mudah-mudahan saya juga akan berjaya dalam penulisan buku seperti Tuan, insyAllah.
Assalamualaikum Popular Opinion,
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkunjung ke sini. Saya juga melayari blog Tuan dan mendapat banyak maklumat. Kita saling belajar daripada satu sama lain.
Assalamualaikum Puan Sifu yang dikasihi,
ReplyDeleteKata-kata aprisiasi Puan seperti ini memberi tenaga positif buat saya. Terima kasih buat Puan Sifuku.
Assalamualaikum Pun Nz,
ReplyDeleteEntri terakhir amat menarik buat saya. Ianya sama situasi yang bisnes katering saya sedang hadapi ekoran kenaikan harga petrol. Saya pun kalau perlukan lori untuk majlis perkahwinan, juga menyewa. Setakat hari ini saya belum pasti harga sewa lori sejak harga minyak naik. Aduhai Pak Lah!
tahun 2008 pn da mengeluh mcm rasakan nikmat kesengsaraan 2015 plk kikiki...
ReplyDelete