Wednesday, July 30, 2008

NPL Part 3

Sekiranya anda dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam sebuah syarikat Sdn. Bhd., besar kemungkinan anda perlu menjadi penjamin apabila syarikat itu membuat sesuatu pinjaman kemudahan di bank.

Ini sudah sewajarnya jika anda sendiri memiliki saham dalam syarikat itu. Sebagai penjamin atau guarantor, tanggung-jawab anda ialah memastikan semua hutang di bank dijelaskan oleh pihak syarikat, jika tidak, pihak bank boleh mengambil tindakan ke atas aset-aset peribadi anda.

Biasanya pihak bank menghendaki semua ahli lembaga pengarah dalam syarikat menjamin secara jointly guarantee. Jointly gurantee bermakna seseorang ahli lembaga pengarah itu terikat selama-lamanya dengan jaminan yang dibuat selagi semua hutang bank belum diselesaikan oleh pihak syarikat.

Dengan lain perkataan, jika hutang-hutang syarikat kepada bank sudah bertukar menjadi NPL, andalah yang akan dicari oleh pihak bank untuk membayarnya bagi pihak syarikat. Sekali pun jika anda tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, anda masih terikat dan perlu bertanggungjawab penuh sebagai penjamin.

Katakan anda tidak memiliki apa-apa saham pun dalam syarikat itu tetapi telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan perlu menjadi penjamin kepada syarikat. Apa yang boleh anda lakukan ialah menjamin secara group guarantee.

Melalui cara ini (group guarantee), jika anda tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan, anda boleh memohon kepada pihak bank untuk keluar iaitu tidak lagi menjadi penjamin dan tempat anda boleh digantikan dengan ahli lembaga pengarah yang baru.

Biasanya pihak bank mahukan semua ahli lembaga pengarah syarikat menjamin secara jointly guarantee. Mereka tidak akan menerangkan tentang group guarantee sebagai alternatif. Andalah yang perlu mengesyorkan perkara itu kepada pihak bank untuk melindungi hak anda. Lebih-lebih lagi jika anda tidak memiliki apa-apa saham dalam syarikat atau peratus saham anda agak kecil.

4 comments:

  1. Salam Sis,

    Thnx for d info, heheh.. appreciate it but jst wondering wat sort of coaching u provide...biz coaching??

    SAY NO TO NWO!!

    ReplyDelete
  2. Conspiracy Teorist,

    I do personal and business coaching. Should you want to try my service, don't hesitate, just give me a call or send an email about your issue. Then, I'll look into it and we can fix a time to have the first coaching session.

    ReplyDelete
  3. salam.
    bukan Sdn Bhd liabiliti terhad ke? mean kalau syarikat gagal sekalipun, bank tak boleh gunakan aset peribadi lembaga pengarah untuk membayar balik hutang syarikat..

    maaf saya budak baru belajar

    ReplyDelete
  4. Salam En. Suhaimi,

    Jika pengarah syarikat menjadi penjamin atau guarantor ke atas hutang-hutang syarikat, dia tidak akan terlepas jika sesuatu yang buruk berlaku seperti hutang tak berbayar. Oleh sebab itu, bacalah dokumen/perjanjian loan atau hutang dengan berhati-hati sebelum bersetuju menjadi penjamin dan menurunkan tanda-tangan. Seperti saya nyatakan di atas, fahami perbezaan antara 'group guarantee' dan 'jointly guarantee'.

    ReplyDelete