Dinding di bilik ibu saya telah diconteng oleh seseorang. Suspeknya dikenalpasti berdasarkan clue yang ditinggalkan. Namun apabila disoal-siasat, suspek berusia 4 tahun 8 bulan itu tidak mahu mengaku. Lalu ibu suspek itu (Donut) pun mencapai gagang telefon dan berpura-pura menelefon ke balai polis Ayer Keroh untuk membuat lapuran polis. Ikuti dialog berikut :-
Donut : Tuan Inspektor Polis, bilik Mak saya kena conteng, Tuan. Hmmm, oh, Tuan mahu tahu siapa nama tukang conteng itukah? Oh, nama dia ada ditulis di dinding itu, Tuan. Hmmm, oh, dia tulis, 'Name : Etuy', Tuan. Hmmm, Tuan mahu tahu dia conteng dengan apa? Oh, itu pun dia ada tulis di dinding itu, Tuan. Dia tulis 'Artline 500', Tuan. Tuan mahu tangkap diakah, Tuan? Oh, ok, Tuan. Bila mahu tangkap dia, Tuan? Hmmm, oh, ok, sekejap lagi ya, Tuan. Ok, bye, Tuan!
Etuy yang memerhatikan ibunya (dengan muka berkerut-kerut) terus berteriak : Mama, STOP!!! Etuy tak luv Mama!!!
Assalammualaikum
ReplyDeleteIni ialah bahan sejarah keluarga Ayza sebenarnya. Ia akan jadi sesuatu yang 'sweet' nanti apabila Etuy sudah besar. Dalam kes anak saya, Juwaidi semasa berumur 3/4 tahun melakar dengan benda tajam huruf 'A' di boot kereta sebelah menyebelah logo. Sampai sekarang boleh nampak lagi huruf2 tersebut. Sabor jer ler..
'Alaikumsalam Mun,
ReplyDeleteYa, Mun, semuanya (tingkah-laku anak-anak kita sewaktu kecil) bakal jadi kenangan apabila mereka sudah dewasa.
Seperkara lagi tentang Si Etuy ini, dia seorang kanak-kanak yang 'polite' dan itu yang menambat hati saya. Kecualilah jika dia di'provoke' bertalu-talu (contoh, Donut panggilkan polis, hohoho!), itu yang dia jadi marah.
Salam Puan Norlela,
ReplyDelete"Not low 9 min,on low 49 mins dan low 58"
Berdasarkan analisa tulisan mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi engineer atau saintis yang bekerja di kilang atau makmal..hehehe...
nZ,
ReplyDeleteamboiiii.... cutenya Etuy, rasa nak pintal hidungnya! Hebatnya produk pertemuan Turki-Melayu
Firasat tulisan: Etuy tu nanti konsultan 'manufacturing process'
Drbubbles & Tuan Sabtu,
ReplyDeletePetang semalam saya bertemu Etuy. Dia terus bertanya, "Kenapa dalam "kominter", Mak Ngah tulis Etuy conteng bilik nenek? Kenapa Mak Ngah tulis Mama repot polis? Kenapa Mak Ngah tulis, Mama Stop?
Hehehe! Menurut Donut, Etuy yang suka menghadap PC itu ternampak gambarnya dan mural di dalam komputer. Dia hairan dan tanya : Ini Etuy, kan? Ini conteng kat bilik nenek, kan?
Aduh, kacau...
A'kum,
ReplyDeleteKelakar-kelakar. Teknik sama yang saya gunakan untuk mendiamkan dua anak kecil yang bergaduh dalam kereta.
Sampai ke destinasi diam sediam-diamnya.
Abahfateh