Thursday, September 25, 2008

Cerita Buku : Royalti & Ulang Cetak

Minggu lalu saya menerima 2 pucuk bingkisan daripada PTS. Bingkisan pertama berisi kad Hari Raya yang membariskan semua staf dan tim PTS. Aduhai, berseri-seri semuanya.

Bingkisan yang kedua berisi penyata kira-kira royalti bagi tahun berakhir 31 Disember, 2007 dan... ia juga beserta sekeping cek. Hmmm, saya sungguh gembira mendapat rezeki royalti ini menjelang Aidil Fitri. Tambahan lagi ini kali pertama saya mendapat royalti untuk kedua-dua buku saya yang terbit tahun lalu.

Saya panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. Buat Puan Ainon Mohd. dan syarikat penerbitannya, PTS, saya juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih. Sebagai penulis baru, saya sangat menghargai ketelusan PTS dalam menunjukkan jumlah jualan buku-buku saya dan cara royalti dikira.

Beberapa hari lalu pula saya mendapat e-mel daripada En. Nazrul Shamsuddin, Pengurus PTSPro. Beliau menyampaikan berita gembira buat saya. Menurutnya, buku saya bertajuk 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi dibekalkan ke perpustakaan desa seluruh Malaysia. Jumlahnya ialah sebanyak 1,089 naskah. Menurut En. Nazrul lagi, PTS dalam proses hendak mengulang cetak buku saya itu.

Bagi anda semua yang sudah memiliki buku-buku saya, mudah-mudahan anda mendapat beberapa manafaat. Hmmm, jika anda sudi, berkunjunglah ke rumah saya pada cuti Aidil Fitri ini. InsyaAllah duit royalti saya ini cukup untuk kita pekena cendol!

7 comments:

  1. Asslamualaikum,

    Sekalipun saya berlum berkesempatan bertemu Puan, dan tentunya begitu lama terpisah dengan sahabat saya, Zainal, namun, sungguh tersentuh hati saya baru kini saya menyedari, orang yang seharusnya saya rapati bermula dulu, rupanya seorang yang cukup hebat! InsyaAllah saya akan Moga-moga diberi ruang oleh Tuhan agar dapat bertemu puan sekeluarga. Alam hormat kepada Hj. Zainal. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan puan, saya tumpang gembira atas kejayaan buku puan. Semoga suatu hari saya juga berupaya menjadi seperti puan. Akhir kata Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Puan,

    Tahniah.

    Terima kasih kerana sudi menghantar kad raya. Saya dah lama tak beli kada raya [kedekutlah tu...].

    Mohon keampunan kalau ada salah silap. Semoga persahabatan kita sekeluarga diperpanjangNya.

    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    En. Halil Ali, Tuan Aurakaya dan Prof. MKI... terima kasih sudi berkunjung di sini. Salam Aidil Fitri buat tuan-tuan semua.

    ReplyDelete
  5. Setiap kali penulis menerima royalti, pemegang saham PTS pun dapat dividen!

    ReplyDelete
  6. Saya ucapkan tahniah kepada Puan Norlela atas pilihan buku "50 Kisah Usahawan Wanita" oleh Perpustakaan Negara. Dapatlah pembaca desa sekarang meniru model usahawanita yang berjaya,macam Puan Ainon juga.

    ReplyDelete
  7. heheheheh
    hehehehhe
    heh

    Ketawa ada makna

    ReplyDelete