![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZHG7C0q9pmCxvTuPI8db20klstBOJqJlQbn6Dji8bLRTVw51IXyQLHMHRX6zNI1gMjd5HPaYXGq3qfz0ZtQ9uMuT8d_PWMeDbOD7tUsqwYFfLssYyeTHnLbLtmFvGsDoIbHnUHRew_9k/s200/alum+convo2+001+%282%29.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZvskUT5NJs6aMzw_2pgiGW8xkgftK5gfvBjm-2oN57-4_8I-RIh2S3rQ1dcJhYuS60MzLVdjxU7hg38GYwvysq2B_IWg-5pwfX_FXAw-6FeiwChNP2QW0NABnJwemC4HZi16gD_M11ao/s200/alum+convo2+002+%283%29.jpg)
Saya menurunkan cermin tingkap sambil bertanya : Ya, ada apa?
Wanita itu menunjukkan beberapa buah buku berwarna hijau : Ini tafsir surah Yasin. Kakak tengoklah. Tafsir ini oleh Dr. Fatma El Zahra, pendakwah Arab yang selalu berceramah dalam TV itu. Dia bercakap pelat sedikit macam P. Ramlee bercakap Arab. Kakak tahu, bukan? Dia itu tembam macam saya ini juga.
Saya mengambil buku yang beliau hulurkan dan bertanya harganya. Melihat saya berminat, wanita itu tersenyum : Buku ini RM10 saja dan boleh dapat 2 CD percuma.
Saya mengambil buku yang beliau hulurkan dan bertanya harganya. Melihat saya berminat, wanita itu tersenyum : Buku ini RM10 saja dan boleh dapat 2 CD percuma.
Sambil bertanya buku-buku lain yang dibawanya, saya merenung wajah wanita berusia 20an itu. Kulit pipinya yang tidak berbedak kelihatan berminyak, basah berpeluh dan dihiasi bekas-bekas jerawat yang kehitam-hitaman. Timbul rasa kasihan di hati saya, namun saya kagum dengan semangatnya yang kental dalam berusaha mencari rezeki.
Sambil membayar harga 2 buah buku, Tafsir Surah Yasin dan Penenang Jiwa (Imam Ghazali), saya bertanya lagi kepadanya : Banyakkah jualan awak hari ini?
Jawab wanita itu : Adalah, Kak. Ini kakak beli 2, adalah lagi komisen saya.
Hati saya bertambah ingin tahu : Purata berapa komisen awak dapat sehari?
Jawabnya : Dalam RM20 lebih. Ada masa dapat lebih. Lagi baik saya berjual macam ini. Dulu saya minta kerja di kedai buku, tapi tidak dapat. Cuma hari ini panas sangat. Saya tidak larat hendak berjalan jauh-jauh. Ok, terima kasih ya.
Sambil menyambut tangannya untuk bersalam, saya nyatakan sesuatu yang membuat mata wanita itu bersinar dan bibirnya tersenyum ceria : Terima kasih pada awak juga. Semoga Allah murahkan rezeki orang yang rajin berusaha seperti awak. Saya ucapkan tahniah sebab bukan semua orang boleh berjualan seperti yang awak buat ini.
Pagi ini saya membaca Tafsir Surah Yasin itu. Buku kecil itu amat bagus isinya. Sebenarnya ia bukan tulisan Dr. Fatma El Zahra tetapi adalah salinan dari kuliah beliau yang dibuat khas bagi rakaman VCD pada Disember, 2005. Buku itu diterbitkan oleh Whole-Mart Business Point Sdn. Bhd. Jika anda terjumpa buku ini di mana-mana, belilah kerana ia amat berbaloi dengan harga sekadar RM10.
Petikan buku itu di muka surat 55...
Suatu masa Rasulullah SAW ketawa sampai nampak gigi taringnya. (Rasulullah tak pernah ketawa sampai nampak gigi taring. Tidak serupa kita ini sampai barang dalam pun nampak). Fatimah Zahra pun bertanya : Tolong beritahu, mengapa kamu ketawa?
Rasulullah kata : Aku ketawa Fatimah - orang munafik di hari kiamat, Tuhan tanya kenapa tak sembahyang? Dia munafik, dia tipu Tuhan sampai kiamat pun dia tipu lagi. "Eh, sembahyang. Malaikat salah tulis. Saya sembahyang".
Allah kata : Iyakah salah tulis? Mari, tutup mulut dia.
Setelah mulut dia ditutup, kaki dia bercakap, tangan dia bercakap. Itulah - Alyauma nakhtimu 'alaa afwaahihim... Anggota badan kita sendiri, adik-kakak, bersaksi atas perbuatan kita di hari kiamat. Cuba fikir - tangan yang kita hari-hari bubuh krim, hari-hari potong kuku, hari-hari pakai cincin, esok akan bercakap kepada Tuhan, apa yang kita usaha, apa yang kita lalai. Bimaa kaanu yaksibuun.
Assalamualaikum wbt.,
ReplyDeletePuan,
Saya ada membeli buku ini cuma belum habis lagi membacanya.
Ketika pertama kali membeleknya, saya tertanya tentang soal hak cipta. Tidak timbulkah isu berkenaan di sini?
'Alaikumsalam Cik Puan Zaharahanum,
ReplyDeleteSaya doakan Cik Puan sihat sejahtera dan ceria selalu.
Saya lihat hakcipta buku itu dipegang oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd.
Di PTS, hakcipta dipegang oleh penulis sendiri.
Assalamualaikum Norlela,
ReplyDeleteYa, Aliya pun sudah membeli buku ini beberapa bulan yang lalu, di kedai makan pula tu, hehehe.. Kata jurujual perempuan tu, dia dapat komisen 25% untuk setiap paket. Apa-apapun saya bersyukur kerana dapat membeli dengan mudah, dan membantu mereka yang menjual itu mendapat rezeki halal.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin