Sunday, September 7, 2008

Seminar Isu-Isu Perniagaan Keluarga

Semalam, Sabtu, 6 September, 2008, saya dijemput memberi ceramah di Seminar Isu-Isu Perniagaan Keluarga anjuran Kolej Yayasan Melaka. Seminar itu dihadiri oleh semua pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA Hons) Program UUM/KYM.

Menurut En. Mohamad Ikhwan Bin Mohamed Azahar, Pengarah Seminar tersebut, program yang merupakan tugasan mereka bagi subjek 'PME 3035 Seminar Keusahawanan' disertai 180 orang pelajar.





Meski pun seminar diadakan pada sebelah petang (2-5), program ini berlangsung dalam suasana amat ceria. Sesi soal jawab juga mendapat respon sangat baik daripada para pelajar itu.

Hmmm, saya gembira dapat berkongsi ilmu dengan anak-anak muda belia di petang Ramadan yang mulia itu. Tambahan lagi apabila mereka sendiri tampak menyukai subjek keusahawanan. Mungkin juga sikap pensyarah mereka, En. Rosmizan Ali yang cool itu menjadikan program mendapat sambutan baik.

Saya membawa 25 naskah kedua-dua buku saya untuk dijual kepada mereka yang berminat. Tidak sangka pula ramai yang mahu memilikinya dan beratur mendapatkan tanda-tangan saya. Waduh, lengoh juga tangan saya dibuatnya (hihihi, perasan!).

Kepada anda semua, Selamat Berpuasa dan semoga bulan Ramadan yang penuh barakah ini menjadikan kita bertambah rajin melakukan ibadah bagi mendapat keredhaan Allah. s.w.t.

2 comments:

  1. Wah! Dalam foto itu nampaknya Puan amat yakin-diri.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Puan Ainon yang dikasihi,

    Memang benar, Puan. Saya amat yakin-diri ketika berceramah pada hari itu. Sebelumnya saya berdoa mohon Allah beri kemudahan kepada saya. Kemudian saya berlatih bercakap depan cermin. Hasilnya, Alhamdulillah, Puan. Hmmm, saya sempat buat lawak ketika di pentas dan buat para hadirin ketawa berderai-derai! Dan buku-buku saya terjual 35 naskah (ditambah 10 lagi daripada yang saya bawa). Terima kasih kerana kata-kata Puan menjadi pendorong semangat saya.

    ReplyDelete