Lebih 7 tahun lalu iaitu pada
27 April, 2001, saya mendapat rawatan
angio-plasty dan
stenting di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka. Peristiwa diserang sakit jantung dan status kesihatan saya selepas mendapat rawatan itu ada dicoretkan dalam
3 entri di sini.
Alhamdulillah, kini saya sudah sihat seperti sedia kala.
Betulkah saya kini sudah sihat seperti sedia kala… malah lebih sihat daripada dahulu? Hmmm… betul, betul, betul… (bak kata ‘Upin & Ipin’)! Ya, dengan izin Allah, saya sihat wal afiat. Yang pasti saya memakan ubat secara berterusan sehingga sekarang.
Meski pun sihat, dengan memiliki rekod rawatan coronary artery disease (CAD), saya dianggap tidak layak untuk mendapat perlindungan insuran perubatan. Secara amnya, tiada syarikat insuran yang berani melindungi saya meski pun keputusan medical check-up tahunan saya tidak menunjukkan apa-apa masaalah kesihatan yang serius.
Baru-baru ini En. Sunthara Segar, rakan penulis di PTS yang juga seorang konsultan dalam perlindungan insuran, mencadangkan saya supaya memohon perlindungan insuran perubatan Etiqa Takaful. Beliau memperkenalkan saya kepada seorang ejen, En. Lutfi. Menurut En. Lutfi, jika saya benar-benar sihat, mungkin syarikat insuran itu boleh melindungi saya bagi penyakit-penyakit selain CAD.
Pagi tadi saya ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk mendapatkan APS (Attending Physician Statement) daripada Dr. Ong Pang Kok, pakar jantung yang merawat saya. Sudah lebih setahun saya tidak menemui beliau untuk pemeriksaan rutin. Setiap bulan ketika saya datang untuk mengambil ubat, kliniknya penuh dengan pesakit dan saya pun menjadi malas untuk bertemunya.
Sebaik sahaja saya duduk, Dr. Ong bertanya : You have any chest pain?
Saya dengan confident menjawab : No… not at all.
Sambil membaca Pathlab Report saya, Dr. Ong bertanya lagi : Very sure?
Saya mengangguk. Tiba-tiba… dia mula berleter : Your cholesterol level is border line. What happened? Ada makan sotong lagikah?
Saya tersengih sambil memberi alasan : Ada juga, but… not much. Just a little.
Dr. Ong : Mana boleh just a little, Norlela. It takes time to develop your cholesterol to this level. Norlela, you better watch out…
Jawab saya : Ok, Doc. Please write a good report for me. I’ve been ok these seven years, right? I excercise, do morning walks...
Dr. Ong memeriksa tekanan darah saya, kemudian beliau berkata : Border line… Your report will be ready on Monday. Anyway, they’ll want you to be tested on the treadmill later. So, you keep on exercising. Practice naik tangga…
Keluar daripada bilik Dr. Ong, 3 orang jururawat beliau (Eton, Jenny dan Yati) yang memang nakal terus mengusik saya…
Eton : Hmmm, padan muka dia kena marah dengan Dr., hihihi… Dah sakit pun berani makan sotong. Nak makan sotong lagi?
Jenny : Itu le, orang dah cakap… jangan makan sotong. Degil sangat, hihihi…
Yati : Hmmm, bagusss... padan muka dia kena marah dengan Dr. Itu le, tak nak bawak kuih raya untuk kita orang... Kedekut, tahi hidung masin, hihihi...
Saya tergelak-gelak. 3 orang jururawat Dr. Ong itu memang kurang asam. Namun mereka sangat mesra dengan semua pesakit termasuk saya. Gelagat mereka yang macam emak tiri membuat kami yang datang ke klinik tidak kering gusi.
InsyaAllah jika tiada aral merintang, APS saya akan siap pada minggu depan. Mudah-mudahan permohonan saya akan dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan. Ya, moga-moga ada rezeki saya kali ini. Meski pun premium yang perlu saya bayar agak tinggi, ia adalah lebih baik daripada tiada perlindungan insuran langsung.
Risiko bagi menghadapi penyakit kronik kini sangat tinggi dan saya agak risau kerana masih tiada perlindungan insuran perubatan. Doakan saya. Saya teringat kata-kata En. Sunthara : Jika puan berjaya dilindungi, kita akan raikan bersama kejayaan ini.
Ya, jika ia menjadi kenyataan, insyaAllah, saya berjanji akan belanja cendol! Hmmm, terlanjur membicarakan topik ini, sudahkah anda memiliki insuran perubatan? Jika belum ada, janganlah berlengah lagi. Ambillah cepat, lebih-lebih lagi jika anda kini berniaga dan bekerja sendiri...
Nasih En. Sunthara itu betul. Saya dan suami sudah ada perlindungan insurans.
ReplyDelete(Walaupun sebagai pesara kerajaan, suami saya - oleh itu saya juga - layak menikmati perkhidmatan percuma di hospital kerajaan, tetapi kami tetap ambil insurans.)
Salam Puan Norlela,
ReplyDeleteSaya sudah membaca blog berkaitan perjumpaan puan dengan doktor. Nampaknya Puan agak sihat meskipun doktor menyatakan keprihatinanya kepada tahap kolestrol. Sementara menanti prosedur "ding dong" dengan pihak underwriter saya cadangkan Puan melihat secara keseluruhan perancangan kewangan secara Islamik untuk keluarga dan juga perniagaan. Mana yang rasa perlu dikaji boleh rujuk kepada saya ataupun penasihat Puan yang sedia ada contohnya peguam atau perunding cukai pendapatan.
Sebagai panduan saya berikan prinsipnya dahulu .Dari segi syariah oleh kerana ajal maut di tangan Tuhan maka peringkat pertama diutamakan:
1) Menyusun semua aset liabiliti agar akan diperturunkan kepada waris-waris secara adil
2) Memastikan tiada hutang dibawa ke alam baqa (Hadis Nabi - Orang yang mati syahid diampunkan semua dosanya kecuali hutang). Juga tidak mahu menganiayai waris-waris yang dipertanggung-jawabkan dengan beban hutang. Dengan perancangan yang betul selepas meninggal arwah boleh membayar hutangnya pada kadar diskaun contohnya 3 sen untuk setiap RM1 hutang tanpa menggunakan sinking fund.
3) Memastikan tidak ada zakat yang terhutang
Kesemua di atas biasanya memerlukan penyediaan dokumen seperti Wasiat Islam, Hibah dan Buy-Sell Agreement.
Peringkat seterusnya ialah mengoptimumkan aset-aset dan liabiliti yang ada. Contohnya menggunakan portfolio pelaburan Syariah samada yang sederhana atau tinggi pulangannya. Pelaburan pula tidak semestinya dalam saham dalam atau luar negeri tetapi juga hartanah dalam dan luar negeri. Hartanah di luar negeri biasanya mahal tetapi masih boleh melabur menggunakan konsep "strategic land alliance".
Pengoptimum liabiliti bermaksud menguruskan hutang yang ada supaya pembayaran balik lebih cepat, jumlah hutang yang dibayar pun tidaklah berbganda berbanding hutang asal. Contohnya bila membeli bangunan (rumah,pejabat) ramai ahli perniagaan tidak menyedari surat perjanjian bank berat sebelah kepada pihak bank. Bila mengambil hutang baru pula rancangkan supaya surat perjanjian hutang memihak pihak membayar hutang bukannya pemberi hutang.
Peringkat ketiga ialah melakukan perancangan cukai pendapatan yang effisien - apa yang sepatutnya tidak perlu dibayar kepada kerajaan boleh digunakan untuk tujuan lain. Di samping itu pengarah-pengarah syarikat terutamanya berpeluang mengambil kesempatan daripada pengumuman terbaru mesra cukai dari LHDN.
(Boleh mengunjungi blog saya untuk melihat cebisan artikel yang saya tulis untuk Mingguan Wanita berkaitan perkara-perkara di atas.)
Kewangan konvensional Barat sekarang bakal digantikan dengan kewangan Islam. Memang berita sekarang agak suram tetapi pasukan kewangan Islam sudah berada di posisi terbaik untuk mengambil alih ekonomi kapitalis secara diam-diam. Saya meramalkan dalam masa 10 tahun dari sekarang mereka yang mula merancang kewangan secara Islam baik untuk hidup dan mati ,akan mendapat manfaatnya tanpa melalui "financial meltdown" seperti sekarang. Apatah lagi jika semua aktiviti tersebut syariah compliant.
Regards
Sunthara
En. Sunthara,
ReplyDeleteTerima kasih untuk komen Tuan yang amat berguna ini. Saya sungguh kagum dengan cara Tuan membicarakan topik ini, bagaikan Tuan ini seorang Muslim... masyaAllah!
Sebenarnya kalau Puan nak tahu ada ramai cendekiawan bukan Islam (Prof,PhD,Masters) yang mengkaji ugama Islam terutama dari dari segi applikasi kepada isu dan masalah duniawi semasa. Mereka mengamalkan pandangan terbuka walaupun dari segi akidah mungkin bertentangan dengan amalan peribadi. Kepada cikgu-cikgu saya (yang berugama Islam dan bukan Islam) yang memperturunkan ilmu kewangan Islam inilah saya patut terhutang budi.
ReplyDelete- Sunthara (masih belajar lagi)
Kak Norlela,
ReplyDeleteCubalah minum air teh misai kucing amalkannya setiap hari, insyaallah kolestrol akan turun. Ataupun amalkan minum perahan peria katak yang diblender bersama apple hijau, bagus untuk kolestrol dan juga gula dalam darah.
Insurans hanyalah perlindungan kewangan. Badan yang sihat amat berharga, walaupun wang bertimbun tetapi kalau kita hanya terlantar sakit di atas katil, semua itu tiada gunanya.
Sekian, Nor.
Salam Nor. Terima kasih beri tip untuk turunkan kolesterol. Teh misai kucing, peria katak dan apple hijau itu memang saya suka...
ReplyDeleteSaya sangat setuju wang yang banyak tidak bermakna jika kesihatan kita tidak stabil. Di samping menjaga kesihatan, janganlah abaikan perlindungan insuran perubatan. Ambillah iktibar daripada pengalaman saya.