Sudah lama saya berhasrat hendak menonton filem
Ayat-Ayat Cinta yang digarap daripada novel ngetop bertajuk sama karya Habiburrahman El Shirazy. Peluang untuk menontonnya datang malam tadi di TV3. Apa yang ingin saya nyatakan ialah hatiku merasa tidak puas, malah turut bercampur-baur perasaan geram.
Ggggrrr, saya geramMMM...Aduhai, aduhai, aduhai! Hatiku teramat hampa kerana aktor yang melakonkan watak utama, Fahri Bin Abdullah, jauh meleset daripada apa yang saya bayangkan ketika membaca novel AAC. Aduhai, aduhai, aduhai! Saya mahu protes! Ya, saya protes, protes, proTESSS… Mengapa aktor itu yang dipilih melakonkan watak Fahri Bin Abdullah? Mengapa, mengapa, mengapa? Porke? Ancua? Wei shenma? Limaza? Hmmm, saya sungguh hampa…
Novel AAC adalah antara novel yang sangat saya minati. Saya bukan kaki novel tetapi novel AAC sudah 3 kali saya beli. Naskah pertama, setelah habis saya baca, dihadiahkan kepada kakak ipar saya (Kak Yah yang tinggal di Penang) pada Aidil Fitri tahun lalu kerana beliau teringin sangat membacanya. Naskah kedua dihadiahkan buat bonda saya yang meski pun berusia 66 tahun adalah seorang kaki novel. Naskah yang ketiga sudah pasti menjadi koleksi peribadi saya.
Biar pun saya dilabel jiwang-jiwang oleh beberapa orang teman dan Tuan Haji Zainal dek begitu asyik membaca novel AAC dalam masa 2 hari 2 malam, saya tidak peduli. Malah saya terasa amat senang dilabel jiwang-jiwang demi AAC! Ya, saya amat kenal dengan watak utamanya, Fahri Bin Abdullah. Dan saya tidak pernah membayangkan dia seperti aktor dalam filem AAC itu. Ini yang membuat saya sangat geram. Potong setim betul… Huh!
Petikan daripada halaman 6, novel AAC : Sebagai orang yang diamanah untuk menjadi ketua keluarga – meskipun tanpa seorang ibu rumah tangga – aku harus sentiasa memperhatikan keperluan dan kesejahteraan anggota keluarga. Dalam flat ini kami hidup berlima; aku, Saiful, Rudi, Hamdi dan Misbah. Kebetulan aku yang paling tua, dan paling lama di Mesir. Mengikut akademik pula, aku juga yang paling tinggi. Aku tinggal menunggu pengumuman untuk menulis tesis master di Al Azhar.
Saya membayangkan Fahri Bin Abdullah itu berperwatakan seorang lelaki yang matang dan meski pun dia mengaji tinggi di Al-Azhar, orangnya agak rock dan selalu ada kopiah di kepalanya. Rujuk halaman 6, novel AAC : Wa iyyakum! Balasku sambil memakai kaca mata hitam dan memakai topi menutupi kopiah putih yang menempel di kepalaku.
Dalam filem AAC, Fahri Bin Abdullah dilakonkan oleh aktor yang kurus dan berwajah muda-belia. Malah, teman-teman serumahnya tampak lebih tua berbanding dia. Bagi saya, aktor yang melakonkan watak Fahri Bin Abdullah dalam filem itu tidak cocok dan ini sangat merosakkan mood saya untuk melihat Fahri Bin Abdullah dalam watak yang hidup.
Malah bukan itu sahaja yang mengecewakan saya. Dalam novel AAC, Fahri Bin Abdullah digambarkan sebagai seorang suami yang sangat romantis terhadap isterinya, Aisha. Dia digambarkan sebagai suami yang amat baik lagi amat Islamik. Sikap terpuji yang dimilikinya menjadi idaman para isteri di dunia ini terhadap pasangan hidup mereka. Aduhai, saya sendiri pun jatuh hati dengan watak Fahri Bin Abdullah di dalam novel AAC itu.
Namun dalam filem, dia kelihatan lain, bukan seperti seorang suami mithali yang pengasih tetapi lebih mirip seorang suami yang mengalami depresi dek kemewahan isterinya. Mukanya selalu monyok, contohnya ketika dibelikan komputer riba oleh Aisha. Fahri Bin Abdullah di dalam novel menolak kemewahan yang dilimpahkan Aisha dengan kata-kata lembut dan penuh keinsafan. Bukan seperti dalam filem di mana dia memarahi Aisha. Aduhai, geramnya saya… Mengapa watak Fahri Bin Abdullah menjadi sedemikian?
Ini bukan kali pertama saya merasa hampa ketika menonton filem yang digarap daripada novel ngetop. Satu ketika dulu saya mengalami situasi yang sama ketika menonton filem Gone With The Wind. Kepuasannya tidak sama seperti membaca novel sebenar Gone With The Wind karya Margaret Mitchell dan novel sekuelnya Scarlett karya Alexandra Ripley. Namun heronya, Clarke Gables yang melakonkan watak Rhett Butler tidak mengecewakan saya.
Hmmm, ini hanya luahan hatiku. Mohon maaf kerana saya agak emosional, hihihi! Saya berharap jika novel-novel ngetop lain seperti Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi karya Andrea Hirata difilemkan pada suatu hari nanti, biarkan pelakon watak-watak utamanya dipilih dengan teliti. Seperti watak Fahri Bin Abdullah, saya juga amat mengenali watak Si Ikal itu…
Nota kaki : Hari ini mengukir satu sejarah kerana bersempena hari kelahiran TYT Melaka, SRK dikurniakan gelaran Datuk. Aduhai, aduhai, aduhai! Hati saya tertanya-tanya adakah SRK tahu di mana letaknya Masjid Kampong Keling di bandaraya bersejarahku ini… Hmmm, Salam Bollywood!
Assakammualaikum
ReplyDeleteSaya juga tidak tertarik dengan movie semalam. Saya cuma buka 15 minit pertama dan ia tidak dapat menarik saya duduk menonton sampai habis.
Biasanya begitulah Kak Lela. Sebab itu saya selalu ada low expectations terhadap movie yang diadaptasi dari novel.
SRK dapat Datuk? Motif?
Fahri... watak yang tinggi ilmu agamanya tetapi tiada ketegasan dalam membuat keputusan. Itu pandangan saya!
ReplyDelete>> Mem Besar siap belikan DVD Ayat-ayat Cinta dan kami tengok berdua, bila anak-anak dah tidur!
>> Tersentuh juga hati saya, walaupun teringin utk beristeri lebih, tetapi tidak sanggup untuk menyakitkan dan membuatkan hati isteri tersentuh!
>> Susah ooooo utk beristeri 2 apabila hati dan perasaan bersatu! Hehehhe
TYT Melaka sudah lama tak jadi berita, jadi dengan memberi bintang kepada SRK, masuk jadi beritalah TYT Puan itu!
ReplyDeleteAlaikumsalam.
ReplyDeleteMun,
Movie AAC memang lari jauh daripada expectation saya. Hmmm, mungkin budget membuatnya tidak besar. Saya mengharapkan paparan latar-belakang kota Kaherah sebenar, dengan Sungai Nilnya serta muzik Egyptian yang bersesuaian. Dalam novel, gambaran yang ditulis tentang semua itu, lebih-lebih lagi suasana di Iskandariah tempat mereka berbulan-madu benar-benar mengembalikan nostaljia saya ketika ke sana lama dulu. Aduh, memang saya tidak puas hati, Mun. Bahkan, wajah Maria saya bayangkan seperti Salma Hayek, hohoho!
Tuan Azlanlin,
Usahlah berangan-angan hendak tambah isteri. Puan Rozita itu cukup istimewa, bukan? Jangan cari pasal, hohoho!
Puan Sifuku,
Saya terima banyak sms hari ini, semua teman-teman saya itu bertanyakan tentang apa motif SRK diberi gelaran Datuk. Otak tidak kreatif saya ini menjadi semakin tumpul mencari jawapannya, aduhai!
Pemberian pingat kepada SRK, dengan harapan akhbar India meuar-uarkan dalam berita utama rasanya. Kemudian berduyun-duyun orang sana mahu tahu apa itu Melaka. Harap-harap menjadilah umpan itu.
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru, En. Anuar & isteri!
ReplyDeleteOrang-orang di India memang sudah tahu tentang Melaka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Kerana merekalah Melaka mempunyai Tg. Keling dan Masjid Kg. Keling. Ini bukti sahih dalam sejarah Melaka...
Salam Aidilfitri Puan,
ReplyDeleteLaskar Pelangi sudah ditayangkan di Indonesia.Di sini reviewnya:
http://tutinonka.wordpress.com/2008/10/11/nonton-laskar-pelangi/#more-1251
SRK dapat Datuk?Saya tergamam.Namun saya sudah tulis entri protes dalam blog saya.
Assalamualaikum drbubbles. Terima kasih beri maklumat tentang Laskar Pelangi. Saya tak tahu pun ia sudah ditayangkan (daku ketinggalan zaman).
ReplyDeleteAda blogger buat lawak - SRK lahir di Kg. Tedong dan dulu pernah bersekolah di Sekolah Dang Anum. Bakat berlakonnya dikesan ketika berlakon drama di sekolah, kemudian diberi biasiswa untuk belajar di Mumbai. Hohoho, saya ketawa sampai keluar mata. Kik, kik, kik...!
Waduh...saya sudah baca review filem LP tu. Tak sabar mahu nonton. Kapan ya LP datang ke Malaysia?
ReplyDeletesaya sokong..
ReplyDeletejauh tersimpang dari jalan cerita novel..
beter baca novel je..
janganlah jadikan filem AAC sebagai contoh teladan..
ish3...
tak islamik betul filem tuh..
dalam penjara pun sepatutnya orang alim kan mak ngah??
takpela.. nanti bila saya jadi produser, saya buat telenovela, baru seronok sikit nak tgk. filem terlalu pendek.. hehe...