Thursday, November 27, 2008

Yuzuki Melaka Sdn. Bhd.

Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. milik saya dan Zainal. Di bawah bumbung yang sama tetapi kami menjalankan 2 aktiviti bisnes berbeza. Sila lihat gambarajah. Ada yang bertanya : Mengapa namanya Yuzuki? Tuan dan Puan ada bau-bau bacang dengan Suzuki? Kami ketawa berderai. Aduhai, nama itu tiada kaitan apa pun dengan Jepun. Sebenarnya ia sebuah akronim.

Dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri, Puan Ainon menyatakan panduan pertama mencipta nama syarikat yang baik ialah nama itu dapat menerangkan aktiviti bisnes yang dijalankan. Contohnya, Kedai Kek Maimun. Nampaknya nama Yuzuki tidak memiliki ciri utama ini. Namun ia memiliki ciri yang lain iaitu mudah diingat.

Dengan penglibatan lebih 20 tahun dalam industri pagar, Zainal tidak langsung keberatan dipanggil the fencing expert. Itulah kepakaran yang menjadi punca rezeki. Projek terkini yang sedang dikendalikan ialah di Kompleks Penjara Baru Sg. Udang, Melaka dan Kampus Baru UniKL di Seri Alam, Johor.

Kerjaya saya sebagai trainer dan business coach bermula ekoran penglibatan saya dalam penulisan buku-buku bisnes. Tanpa diduga, saya semakin menyukai kerjaya baru ini. Bagi seorang yang sudah lama terlibat dalam bisnes perkilangan, mengubah haluan kepada bisnes latihan adalah cabaran besar. Namun ia boleh ditangani apabila saya memilih untuk menerobos sempadan diri.

Semalam kami ke Seri Alam, Johor dan berkesempatan bertemu Alum di tempat kerjanya. Dia kini bertugas sebagai Site Engineer di Johor. Alum merancang mahu pulang ke Melaka hujung minggu ini tetapi dibatalkan kerana saya ada program di KL dan Shah Alam pada hari Sabtu dan Ahad. Pertemuan singkat semalam melenyapkan perasaan rindu kepada anak bujang saya ini.

Sambil Terrano kami meninggalkan tapak kerja Alum, saya berkata : Kulitnya agak gelap tetapi saya nampak anak kita itu semakin handsome... Dan dengan selamba Zainal menjawab : Ke mana lagi hendak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi... Aduhai, perasan pula dia!

4 comments:

  1. abg alum tu dah macam shah rukh khan :D

    ReplyDelete
  2. Syahirah yang manis,

    Ye ke anak Mak Lang itu macam rupa hero Hindustani SRK? Wah, hohoho, ini sudah boleh tumpang glamer!

    Bolehlah suruh Abang Alum jadi pengganti untuk ambil bintang 'Datuk' jika SRK tak jadi datang lagi ke Melaka...

    ReplyDelete
  3. salam...abg alum tue dh ade awek lom??klu xada awek yg ni leh jd aweknye..hehehe...

    ReplyDelete
  4. As salam,

    Puan,

    Saya Adiratna daripada Adiratna Wealth Resources. Secara ringkasnya di bawah bumbung syarikat ini, kami menjadi perunding kepada satu dua agensi kerajaan dalam menganjurkan program untuk agensi mereka.

    Terbaru, saya terima permintaan dari satu agensi kerajaan di NS untuk anjurkan satu program bagi meningkatkan motivasi, kepimpinan dan komunikasi (berdasarkan tafsiran saya) dan diadakan secara bersiri dengan satu siri disertai sekitar 40 peserta. Demografi yang saya terima adalah 80% peserta muda berbanding bakinya adalah veteran. Dan (andaian saya juga) kumpulan pengurusan ini adalah terdiri dari golongan yang muda ini. Dia mohon kemukakan opsyen penganjuran satu hari penuh dan satu hari setengah / dua hari.

    Jadi, hasrat saya adalah saya ingin anjurkan program ini dengan satu key feature yang mana sesi ini dikendalikan oleh well-known atau certified penceramah/coach. Puan adalah satu calon cadangan di dalam fikiran saya berdasarkan faktor well-known dan certified tadi serta lokasi puan (andaian saya juga, Melaka).

    Oleh itu, saya ingin bertanya samada pihak puan sudi terima kendalian sesi-sesi pendek ini ( 3 jam minimum, separuh hari, atau sepenuh hari ) dan bagaimana pula kosnya.

    Jika puan sudi dan maklumat lanjut, puan boleh hubungi Pn Wan 019 2112178 atau saya sendiri Adirat 019 2692178.

    Terima kasih.

    ReplyDelete