Selamat Tahun Baru 2009. Buat anda yang sudi mengunjungi blog ini saya doakan semoga anda berada dalam sihat sejahtera dan diberi ketenangan jiwa serta dikurniakan Allah dengan rezeki halal yang melimpah-ruah, insyaAllah.
Dalam entri pertama tahun ini saya ingin bercerita kisah orang bisnes yang banyak wang, namun sangat berjimat-cermat dalam berbelanja. Yang pertama kisah kawan saya, R, seorang Pengarah Urusan di sebuah syarikat percetakan. Cerita ini sudah lama berlaku iaitu ketika R masih menjadi Penolong Pengurus dan belum mengambil-alih syarikat ayahnya.
Pada suatu hari, R pergi makan di restoran bersama ayahnya. Mereka makan nasi campur sahaja. R mengambil ayam goreng dan beberapa lauk lain tetapi tindakannya ditegur ayahnya. Kata R : Bapa saya suruh taruh balik ayam seketul. Dia suruh saya berjimat-cermat. Ayah saya kata jangan makan lauk banyak-banyak, nanti perut saya penuh cacing.
Saya ketawa terkekek-kekek. Antara percaya dengan tidak saya bertanya : Betulkah cerita ini? Masakan sampai begitu bapa awak berjimat? R memandang saya dengan dahi berkerut : Ya, saya tidak bohong. Ini kisah benar. Orang tua itu suruh letak balik ayam goreng yang saya ambil. Saya fikir dia bergurau, rupa-rupanya tidak. Saya pun letaklah ayam itu balik.
Kisah kedua diceritakan kawan saya, M, seorang tauke daging. Selain bisnes daging, keluarga M memiliki beberapa buah pasar mini dan bisnes-bisnes lain yang berjaya. Pendek kata ayah M seorang tauke besar. Kata M : Ayah saya jika pergi makan di kedai, dia akan order teh O dan mee goreng. Dia akan minta limau 2 biji. Satu untuk perah dalam mee dan satu lagi untuk perah dalam teh O.
Kita mungkin menyangka orang bisnes yang banyak duit akan membelanjakan wang mereka sesuka hati. Hakikatnya tidak begitu. Warren Buffet, orang kedua terkaya di dunia, pun sangat berjimat-cermat. Menurut cerita, beliau masih mendiami rumah lamanya di Omaha yang dibeli lebih 50 tahun dahulu ketika baru berkahwin. Rumah itu hanya ada 3 bilik tetapi bagi beliau, ia mecukupi dan memenuhi semua keperluan hidupnya.
Warren Buffet dikatakan tidak suka bergaul dengan golongan atasan. Masa lapangnya banyak dihabiskan di rumah, menonton TV sambil makan pop-corn. Beliau tidak suka menggunakan jet peribadinya walaupun memiliki syarikat jet terbesar di dunia. Berhemat iaitu sikap berhati-hati berbelanja dan bersederhana memenuhi keperluan hidup dituntut dalam Islam. Ahmad, Ath-Thabrani dan Al-Bazzar melapurkan Nabi Muhammad berkata : Tidak akan lemah orang yang berhemat.
Menarik cerita Puan Norlela. Semalam saya baru mengemas rumah untuk edisi musim persekolahan. Maklumlah rumah kecil manakala anak pula ramai, maka terpaksalah susun seberapa sesuai dan sepraktikal mungkin untuk membolehkan anak-anak membuat 'homework' masing-masing dalam rumah yang kecil berpenghuni ramai. Kisah Warren Buffet memujuk hati saya untuk bersyukur dengan apa yang ada.
ReplyDeleteTerima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya semalam.
Selamat tahun baru, semoga rezeki bertambah murah.
salam kak lela,
ReplyDeleteterpanggil meninggalkan jejak. orang kaya gitu sekali jimatnya yer...saya yg sedang2 saja ini kalau dapat makan, lupa dunia!!
saya suka dgn citer2 kak lela. begitu menginsafkan!
terima kasih! teruskan ya.........
Puan Ayu Darlu & Cikgu Jane,
ReplyDeleteSemoga di tahun 2009 ini kita semua lebih produktif dan menyerlah dalam pelbagai aspek kehidupan. InsyaAllah.
Saya pun macam Warren Buffet juga. Saya tinggal dalam rumah 3 bilik sahaja.
ReplyDeletePuan Sifu mengamalkan zuhud. Bukanlah mudah mengekang nafsu bermewah-mewah dan hidup dalam serba kesederhanaan ketika seseorang itu bertaraf jutawan.
ReplyDelete