Friday, March 6, 2009

Business Coaching Workshop

Jika sebuah bisnes diibaratkan sebuah kapal dan pemilik bisnes itu diibaratkan kepten kapal tersebut, di manakah kepten itu perlu berada ketika kapal sedang belayar? Adakah dia perlu berada di atas bridge sambil meneropong ke lautan luas bagi memantau apa
yang ada di hadapan laluan kapalnya? Atau dia perlu berada di bilik enjin untuk menjaga kelancaran enjin kapalnya?

Ramai pemilik bisnes bertindak sebagai kepten kapal yang duduk di bilik enjin. Contohnya jika menjalankan bisnes restoran, tauke restoran itu sibuk bekerja di dapur sehingga dia tidak sempat memantau apa yang sedang berlaku di luar dapurnya. Kesibukan mengehadkan masa untuk dia meneliti persoalan-persoalan penting yang menentukan masa depan dan hidup mati bisnesnya, contohnya seperti berikut :-
  • Bagaimanakah para pekerja restoran ini melayan pelanggan?
  • Adakah pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan?
  • Berapa lamakah pelanggan perlu menunggu pesanan mereka ketika masa peak?
  • Apakah nic restoran ini?
  • Apa yang unik tentang bisnes ini yang tiada di restoran lain?
  • Apakah isu-isu yang sedang mengancam bisnes ini?
  • Bagaimana hendak meningkatkan keuntungan restoran ini sebanyak 10%?
  • Bagaimana cara hendak menambah bilangan pelanggan sebanyak 20%?
  • Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani isu yang mengancam bisnes ini?
  • Bagaimana keadaan restoran ini 5 tahun akan datang?
  • Apakah yang perlu berubah jika bisnes restoran ini hendak dikembangkan?
  • Ke mana hala tuju bisnes restoran ini?
Banyak bisnes kecil mudah terjejas apabila ditimpa sesuatu cabaran di luar jangkaan seperti ekonomi meleset, ditipu, pekerja berhenti atau pemilik bisnes itu tiba-tiba jatuh sakit. Atau pun bisnes tidak boleh beroperasi jika taukenya tidak ada sepenuh masa. Ini berlaku kerana bisnes itu tidak ada sistem dan tidak mempunyai asas-asas yang kukuh. Jika pemilik bisnes mahukan bisnesnya berdaya maju, bertahan lama dan boleh beroperasi tanpa kehadirannya sepenuh masa, dia perlu menguasai 6 perkara penting. Program ActionCoach Busines Coaching mengajar 6 perkara penting itu iaitu :-
  • Business Mastery
  • Financial Mastery
  • Marketing Mastery
  • System Mastery
  • Team Mastery
  • Planning Mastery
Saya mengikuti program ini selama 6 sesi di Misdec, Melaka. Kos keseluruhan program ini ialah RM3,000. Jika anda memiliki bisnes yang berdaftar di SSM, anda layak memohon gran SMIDEC bagi membiayai 80% kos program ini. Anda cuma perlu membayar RM600 sahaja. Jika anda bertanya komen saya tentang program ini, saya katakan begini : Ia sangat bagus. Amat berbaloi melabur RM600 dan masa selama 6 hari untuk memantapkan bisnes kita. Selain di Melaka, program ini dijalankan secara bersiri di Selangor, Perak, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan. Untuk mengikuti program ini sila hubungi Coach Asri Jusoh di talian 012-2936464 dan Coach Ungku Azlan Ungku Chulan di talian 019-3879617. Gambar : dari kiri, Coach Asri, Coach Azlan, Fina (cafe-owner), Norlela (bisnes training), Noridah (bisnes kek), Noraini (bisnes training), Haji Abu (bisnes baja), En. Hazizul (Pengurus Misdec) dan En. Asmadi (vendor TNB).

4 comments:

  1. Salam Puan,

    Bila tengok gambar tadi terperasan plak muka sorang mamat ni.. rupanya Ungku Azlan.. Peh! Dah jadi coach ek skarang.. hope dah berubah dari terikut2 cara penyampaian ESQ165.. saya pernah terlibat dalam program yang beliau kendalikan.. Keistimewaan dia ialah buat lawak selamba dan tenang bila diprovokasi.. Thanks 4 the number.. saya dah hilang no dia..

    ReplyDelete
  2. En. Faizal,

    Dunia ini semakin kecil!

    ReplyDelete
  3. Puan,cepat-cepat tumpahkan ilmu enam hari dalam bentuk buku,

    Business Coaching untuk Bisnes Kecil

    ReplyDelete
  4. Tuan Zamri, terima kasih memberi galakan dan saranan tajuk ini. Saya sudah menyediakan sinopsisnya.

    ReplyDelete