Saya ke PBAKL Selasa lalu bersama teman baik, Noridah Ujang. Kami bertolak dari Melaka jam 9:00 pagi, menumpang Zainal yang kebetulan ada urusan di KL. Booth pertama yang ingin dilawati sudah pasti booth PTS, namun kami terlajak ke booth Karnadya dan sempat bertemu bosnya, Puan Aina Emir.
Ketika sampai di booth PTS, Tuan Esa Abd. Samad sedang membicarakan bukunya, Belajar Santai... Impak Maksima! Dia dikerumuni ramai remaja berbaju sekolah. Turut berada di sana, Tuan Zamri Mohamad yang sibuk melayan pengunjung. Di celah-celah orang ramai, saya ternampak Puan Ainon Mohd. Tatkala kami berpeluk Arab, terasa hilang rinduku kepada wanita istimewa yang dikasihi ramai ini.
Ya, gembira betul hati dapat bertemu sifu saya, terlebih lagi apabila beliau meleterkan saya. Katanya : Pesta Buku ibarat hari raya buat penulis. Di manalah seronoknya jika kita hanya pakai baju lama pada hari raya? Kena pakai baju lama sebab tidak ada baju baru... Adus, Puan Sifu perli sayalah tuuu... dan ditanyakan lagi soalan cepu emas : Mana buku???
Puan Ainon menceritakan perkembangan terbaru di PTS, antaranya tentang siri Young Aishah karya Saridah Hamid sudah dilesenkan kepada penerbit Indonesia, siri Young Khalid (novel untuk remaja awal lelaki) akan diterbitkan tidak lama lagi dan jualan siri Buat Duit sedang menggebu-gebu...
Kami kemudian beralih ke booth Al Hidayah. Di sana saya memborong beberapa buku rujukan bagi menulis siri 31 Cerita (bed-time stories). Saya sedang menulis siri ini yang merupakan siri cerita motivasi untuk kanak-kanak. Ia berdasarkan pengajaran daripada kisah-kisah para nabi, biografi Nabi Muhammad dan para sahabat beliau.
Siri 31 Cerita memerlukan buku-buku rujukan yang sahih sumber maklumatnya. Buku-buku itu tidak mudah diperolehi di kedai-kedai buku biasa selain harga yang agak tinggi. Dengan diskaun khas bersempena Pesta Buku, memang berbaloi saya membimbit dua beg kuning sampai lenguh-lenguh tangan.
Di booth DBP, saya mencari novel yang baru terbit bertajuk Berlabuh Di Hujung Senja. Penulisnya, En. Halil Ali, adalah bekas teman sepejabat dan sebilik Zainal di tahun 1980an ketika mereka berkhidmat di Johor Port dahulu. Ini adalah novel sulung beliau. Di blognya, En. Halil menulis sajak dan saya suka gaya penulisannya. Tahniah En. Halil!
Sementara menunggu Zainal datang menjemput kami, saya duduk bersembang dengan En. Roslan Isa, Pegawai Promosi PTS yang juga bekas editor buku saya. Menurut beliau, meski pun ekonomi meleset sekarang ini, siri Usahawan Cilik, siri 31 Cerita dan siri Buat Duit terus laku dan tinggi jualannya. Buku-buku seperti ini akan terus diterbitkan PTS sepanjang tahun 2009.

Kesempatan bersantai di pesta ini selama empat jam (sambil membaca buku-buku baru di ruang rehat dan duduk berbual-bual menjalin hubungan baik dengan staf-staf dan bos PTS) satu pelaburan masa yang berbaloi. Paling disyukuri suami saya tetap manis melayan saya ketika menjemput kami pulang. Alhamdulillah.
Salam Puan.. tak berkesempatan nak ke Pesta Buku kat PWTC hari tu.. tapi memang betul.. siri Buat Duit antara yang paling laku.. itu menunjukkan rakyat Malaysia sekarang hidup tak cukup sekadar makan gaji.. antara sebab.. gaya hidup tak ikut pendapatan.. buat hutang semakin mudah.. last sekali.. kira2 gaji.. keluar dari bank.. kemudian pulangkan balik ke bank semula.. huhuhu
ReplyDeleteSalam En. Faizal,
ReplyDeleteBuku siri buat duit itu disasarkan kepada :-
1. pekerja yang memerlukan part-time job.
2. suri rumah sepenuh masa.
Selepas pandai buat duit, perlu pandai uruskan duit pula. Kenalah beli buku Tuan Shamsuddin Kadir & En. Sunthara Segar... (promosi, promosi, promosi lagi...)
salam..apa kabar..selalu terlepas this event..uwaaa..apa kabar? moga sihat ya
ReplyDeleteSalam Tuan Arsaili. Terima kasih sudi singgah. Saya sihat, alhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga ibu tuan juga sihat. Jika ibu tuan berminat dengan perubatan herba (berbalik kepada sumber alam), sila lawati laman web : www.karyasari.com