Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku 2009


Pesta Buku 2009 sudah bermula semalam di PWTC dan akan berlangsung sehingga 26 April. InsyaAllah saya akan ke sana pada hari Selasa, 21 April. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (penerbit buku saya) membuka gerai di lot 72-79 (bersebelahan Dewan Tun Hussein Onn). Menurut Puan Ainon, pada tahun ini PTS mempamerkan banyak buku-buku baru. Kata hatiku: Rugilah saya kerana tiada buku baru tahun ini... Gambar di atas (sebahagian booth PTS di PBAKL 2009) dipetik daripada blog Unika. Nampaknya buku-buku (lama) saya ada di atas rak-rak itu. Bagi anda yang belum lagi mendapatkan buku-buku saya, anda boleh membelinya di sana dengan harga diskaun. Jomlah ke sana!

2 comments:

  1. Salam,

    Seronoknya...hope to see you there

    ReplyDelete
  2. Salam. Ini coretan ketika di Pesta Buku...

    Saya dan Noridah bertembung dengan Raja Nazrin (yang sedang berjalan di karpet merah) ketika kami sedang mencari booth PTS. Anak raja itu tersenyum manis tatkala bertentang mata Noridah & teman saya itu 'macam nak pitam'... aduhai, peminat bertemu orang yang diminati... Saya sekarang menjadi alibi (ya, daku inilah saksimu, Noridah...), hihihi!

    ReplyDelete