Saya melangkah ke dekad baru minggu lalu… ke permulaan usia siri 5 dan secara rasmi masuk dalam kategori warga emas. Saya bersyukur ke hadrat Illahi di usia ini badan saya masih sihat (on medication), penglihatan masih baik (with glasses), boleh memandu, makan dan tidur tiada masaalah, sangat kamceng dengan suami, ada beberapa orang teman baik, anak ok, hubungan dengan ahli keluarga alhamdulillah dan ada duit kocek yang mencukupi untuk membeli cendol dll. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Beberapa bulan lalu saya terjumpa sebuah buku di celah-celah rak buku saya. Saya tidak ingat bila buku itu dibeli tetapi saya pasti belum lagi membacanya (inilah penyakit orang suka beli buku… jumpa buku terus dibeli kemudian disimpan lalu terlupa membacanya). Tajuk buku itu ialah “Persediaan Menghadapi Hari Tua” tulisan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. Dalam bab 6 ada ditulis tentang aktiviti di usia tua dan salah satu daripadanya ialah berdampingan dengan Al Qur’an. Maksud ‘berdampingan’ ialah membaca, mendengar, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan Kalam Allah itu.
Baru-baru ini di majlis pernikahan anak buah saya, Hidayah, saya bertemu Kak Asiah Ismail yang mengelolakan kelas pengajian Al Qur’an di Akrab Bestari. Adik beliau, Dr. Abu Hasan Ismail mewakafkan sebuah banglo 2 tingkat miliknya terletak di kawasan perumahan eksklusif di Bukit Beruang untuk dimanafaatkan sebagai pusat pengajian agama untuk masyarakat setempat. Mengambil iktibar daripada buku “Persediaan Menghadapi Hari Tua” saya mendaftarkan diri saya ke Akrab Bestari. Sebagai permulaan saya mengambil 2 kelas iaitu Asas Bahasa Al-Qur’an dan Tahsin Al-Qur’an.
Saya suka kedua-dua kelas itu. Rakan-rakan sekelas saya majoritinya orang-orang yang sudah pencen dan suri-rumah. Kata Kak Asiah, kelas orang dewasa seperti yang saya hadiri itu kadar ‘syahid’nya tinggi! Namun saya berazam untuk hadir setiap kelas dan tidak ‘syahid’ di tengah jalan. Sebagai motivasi kepada kami untuk tidak cepat ‘syahid’, Kak Asiah suka memberi ‘flyers’ untuk dibaca. Antaranya seperti berikut (dipetik daripada emel seorang temannya yang dikenali ketika berada di tanah suci)…
CELL PHONE Vs THE QUR’AN
I wonder what would happen if we treat the Qur’an like we treat our cell phones
What if we flip through it several times a day?
What if we turn back to go get it if we forget it?
What if we use it to receive messages from the text?
What if we treat it like we couldn’t live without it?
What if we give it to kids as gifts?
What if we use it when we travel?
What if we use it in case of emergency?
This is something to make you go… Where is my Qur’an?
Oh, and one more thing, unlike our cell phones,
We don’t have to worry about our Qur’an being disconnected,
Because the Almighty has already paid the bill…
Does this make you stop and think – Where are my priorities?
By Amina Fakier, SA.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam puan yang dihormati,
ReplyDeletePada hari Jumaat yang lepas, saya rasa saya terserempak dengan puan dan saya sangat yakin berselisih bahu dengan saya ialah Puan Norlela Zubir.
Pada ketika itu berada dalam bilik pameran Karangkraf.
Saya sangat yakin itu puan, tetapi kurang yakin untuk menegur dan hanya senyum sendiri sahaja.
Salam Puan Masayu. Memang sayalah tuu!!! Saya ke Pesta Buku Jumaat lalu dengan seorang kawan. Kami bertolak dari Melaka selepas subuh dan sampai di PWTC jam 8:30 pagi. Lepas sarapan di cafe, kami pun mulalah bershopping sakan, dari sebuah booth ke booth yang lain. Akhirnya beg-beg di tangan penuh di kiri dan kanan, hohoho... gumbira sungguh hatiku. Masa di Karangkraf itu, kami sudah penat betul, tapi hehehe... kami masih tak mahu melepas peluang, sempat lagi mencapai majalah Laman dan 2-3 buah buku. Lain kali jika kita terserempak lagi, puan tegurlah saya, boleh kita minum kopi bersama ... Saya tidak cam puan, jika tidak pasti saya tegur dahulu...
ReplyDeleteYa, lain kali saya pasti akan tegur.
ReplyDeleteSudah pasti puan lela tidak kenal saya, kerana tidak ada gambar di blog mahupun di face book.
Salam Puan,
ReplyDeleteSemoga sihat sejahtera selalu.. tapi kurangkan makan cendol untuk hidup lebih sihat.