Saturday, July 3, 2010

Khidmat Business Coaching


Di sebelah kiri ini adalah coachee saya, Puan Rusmiati Anang, bersama dua orang puterinya. Saya sempat berkunjung ke butik beliau, Rusmiati Collections, di Pusat Niaga Paka, Terengganu, baru-baru ini.

Di sebelah kanan pula ialah coachee saya, Puan Mazliza Tee. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah sebelah siang dan gigih berniaga pada sebelah malam, dengan dibantu oleh suaminya, En. Ariff. Saya sempat mengunjungi kedai mereka, Chayan Scarves, di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Sebenarnya pemergian saya ke Pantai Timur baru-baru ini adalah atas urusan kerja yang lain. Namun saya mengatur masa agar dapat bertemu dengan kedua-dua orang coachee saya ini. Untuk makluman anda, itulah kali pertama saya bersua muka dengan Puan Mazliza Tee. Selama menjalani sesi coaching bersama saya, kami hanya berkomunikasi melalui telefon, emel dan surat. Saya merasa bangga dengan perkembangan bisnes beliau yang sedang menggebu-gebu.

Kali pertama saya bersua muka dengan Puan Rusmiati ialah pada sesi coaching pertama yang kami aturkan di KLCC. Selepas itu kami hanya berurusan melalui telefon dan emel. Apabila saya melihat sendiri keadaan butik Puan Rusmiati, saya yakin beliau bersungguh-sungguh mengurus bisnesnya supaya berdaya maju. O ya, saya sempat juga membeli-belah di butik dan kedai coachee-coachee saya itu. Tudung-tudung yang dijual sangat cantik.

Bagi anda yang memerlukan khidmat business coaching, silalah hubungi saya di talian 019-6562540 atau hantarkan emel kepada norlelazubir@yahoo.com

1 comment: