Saturday, February 5, 2011

Berapa Nilai Jualan Tuan?

Kategori saiz bisnes menurut definisi MPC (Malaysia Productivity Centre)
Dalam memberi khidmat coaching, saya dapati ada beberapa maklumat yang sangat penting tetapi ia tidak berada di hujung jari sesetengah pemilik bisnes. Antara maklumat yang sesetengah mereka itu kurang pasti atau teragak-agak ketika hendak mengingatkannya ialah nilai jualan bulanan dan nilai jualan tahunan. Samaada pemilik bisnes itu berpura-pura tidak tahu (kerana maklumat itu dianggap rahsia) atau mereka memang betul-betul tidak ingat, waallahua'alam.

Pada kebiasaanya mereka akan memberitahu saya begini, "Jualan saya oklah jugak. Sehari kekadang jualan sekian, kekadang jualan sekian. Tengoklah, kalau musim cuti, banyak. Kalau hari-hari biasa, kurang sikit." Atau pun mereka akan kata, "Saya tahu saya ada untung sebab duit kat tangan saya tak pernah putus. Saya boleh 'rolling' dan beli barang semula, tapi... Pada hujung bulan, saya tak tahu duit saya tu semua pergi ke mana. Bila dah buat 'rolling', saya pun tak pasti, bisnes saya ni untung atau tidak. Kalau untung, kenapa duit saya tak dapat nak disimpan?"

Saya dapati golongan pemilik bisnes mikro dan bisnes kecil pada amnya mempunyai bakat bisnes yang besar. Mereka menjalankan bisnes yang berhasil, cuma mereka tidak membuat simpan kira-kira secara teratur. Sesetengah mereka menganggap kerja menyimpan kira-kira sangat rumit. Sebenarnya ia tidaklah sesusah mana pun. Bahkan ada cara untuk menyimpan kira-kira bisnes kita yang boleh diaplikasi dengan mudah.

Saya akan mencadangkan mereka yang menghadapai isu seperti di atas supaya mula menyimpan buku kira-kira. Saya cadangkan kepada mereka supaya mulakan dengan membuat buku kira-kira yang asas, antaranya ialah mencatit buku jualan harian. Yang paling elok ialah jumlah jualan harian dipecahkan mengikut kategori produk. Jika anda inginkan contoh, sila hantar emel kepada saya : norlelazubir@yahoo.com

3 comments:

  1. assalamualaikum puan...actually sy ni ur son's ex-school-mate masa di MOZAC & SKBB...linda interested nak tahu on how to manage our bisnes account..this is my e-mail:frosties_85@yahoo.com...linda pun face the same problem...thank you...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete