Wednesday, August 8, 2007

Dr. Rosnani Sabtu

Dr. Rosnani Sabtu amat sinonim dengan jenama Zhulian. Namanya tersohor sebagai Top Distributor of the Year dan Diamond Star iaitu anugerah bagi dua puluh orang terbaik antara ribuan pengedar barangan Zhulian seluruh Malaysia. Beliau menyandang gelaran itu sejak 1999 sehingga kini.

Sebagai ukuran kejayaan beliau dalam Zhulian, Dr. Rosnani memenangi tiga buah kereta mewah iaitu sebuah Mercedes dan dua buah Jaguar di samping pelbagai anugerah lain. Antaranya Zhulian Diamond Forum Award untuk keluar negara sejak 1994 sehingga kini.

Turut berkongsi menempah kejayaan dalam Zhulian adalah adik-beradiknya, Latifah Sabtu dan Norhayati Sabtu. Selain mereka bertiga, dua orang lagi adik-beradik daripada keluarga Sabtu ini turut terlibat dalam Zhulian. Secara berkumpulan mereka sekeluarga memenangi 14 buah kereta mewah menjadikan nama keluarga Sabtu begitu popular dalam Zhulian.

4 comments:

  1. ehhmm...ehhhmmmm,

    hebatnya anak Sabtu tu ye!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete