Sunday, November 18, 2007

Program Bicara Penulis

Untuk makluman anda, PTS sudah mengaturkan program bicara penulis untuk beberapa penulisnya termasuk diri saya bersempena dengan MPH Book Fair bulan November ini.

Acara itu diadakan mulai 17 hingga 25 November, 2007 di Alpha Angle Wangsa Maju. Giliran saya ialah pada hari Ahad, 18 November, 2007, insyaAllah.

Program saya dijadual bermula jam 2:00 hingga 3:00 petang. Harap dapat bertemu anda di sana. Jangan lupa dapatkan buku Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya dan 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia!!!

4 comments:

  1. Wah...buku kedua sudah nak keluar..buku seterusnya tentu sudah siap kan. Syabas kerana kejayaan Pn. Saya hanya tahu baca buku je...tulisan saya sendiri pun susah orang nak baca..isteri saya kata tulisan saya macam semut mati yang di atur !Ade ke patut..kalau tilis borang memang isteri tolong tuliskan..saya hanya tahu berbual bab menulis ni..kelu tangan. Tahniah lagi sekali.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH PUAN.

    sebuah lagi karya yang wajib dibaca oleh semua peringkat umur bagi memotivasikan diri kita dari kejayaan insan-insan yg telah berjaya.

    bestseller lagi la buku kak lela pas ni....

    ReplyDelete
  3. Ef & Abu Afham,
    Terima kasih. Mudah2an buku ini memberi manafaat kepada para pembaca.

    Abu Afham,
    Panggil saya Puan, itu boleh. Panggil saya Kak, aduh... hehehe... itu tak boleh... jangan panggil begitu lagi ya!!! Umur awak muda daripada anak saya!!!

    ReplyDelete
  4. Puan,

    Tahniah dan semoga lebih berjaya. Selamat hari raya.

    ReplyDelete