Di negara kita yang aman makmur ini, kerajaan menyalurkan banyak bantuan kepada golongan usahawan, khususnya untuk membantu kaum Bumiputera. Berbagai-bagai agensi ditubuhkan untuk menyalurkan kemudahan kewangan dan khidmat nasihat.
Menurut tauke Bahulu Warisan, Puan Siti, beliau bermula dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian. Agensi itu turut mengadakan promosi hasil keluaran para usahawan di bawah bimbingannya di pasaraya Jusco, Tesco dan Giant.
"Budi baik pihak yang membantu di peringkat awal sangat saya kenang," kata Puan Siti. "Tapi, janganlah harapkan sangat bantuan-bantuan itu. Sekiranya ada, adalah. Lebih baik kita berusaha dengan duit sendiri. Apabila terlalu berharap, kita kecewa. Malah makan hati berulam jantung," tambah Puan Siti.
Menurut Puan Siti, bantuan yang beliau terima tidaklah mudah memperolehinya. Ia sangat bergantung kepada pegawai yang mengurus permohonan itu. Seandainya pegawai itu 'suka pada kita', dia akan memproses permohonan dengan cepat. Jika sebaliknya, berbulan-bulan permohonan itu tergantung tanpa jawapan.
"Saya sudah melalui saat-saat menyakitkan itu," kata Puan Siti. "Tatkala bantuan modal pusing sangat mendesak, saya terpaksa tebalkan muka menggagau ke sana ke mari. Masa itu bisnes sedang berjalan tapi modal tersekat. Puas saya merayu supaya dicepatkan proses permohonan saya tapi hampa."
Sambungnya lagi, "Pegawai yang bertugas tidak memberi layanan yang diharapkan. Puas saya menunggu tapi jawapan diterima ialah permohonan saya ditolak. Untuk teruskan bisnes saya bergolok bergadai, meminjam di sana-sini. Allah saja yang tahu peritnya penderitaan saya. Hai, apabila diingat-ingat semula terasa serik sangat. Saya tak mahu harapkan bantuan-bantuan itu lagi. Dengar macam senang boleh dapat, tapi tidak mudah sebenarnya."
"Yang banyak dan betul-betul membantu saya ialah peniaga-peniaga Cina. Mereka itulah yang membekal mesin-mesin dan bahan mentah secara kredit ketika saya sangat memerlukan bantuan. Mereka membantu saya bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun sampai saya boleh berdiri sendiri. Saya menjaga hubungan baik kami dengan menepati masa melunaskan hutang kepada mereka," cerita Puan Siti lagi.
"Sekarang ini saya tidak perlu merayu-rayu lagi sebab ramai pembekal yang datang sendiri menawarkan kredit kepada saya. Saya bukan berlagak sombong tapi inilah realitinya. Apabila kita sudah ada nama sedikit, orang sudah kenal, ramai pula yang datang menawarkan itu dan ini. Tapi saya tidak memerlukan lagi semua itu," kata Puan Siti.
Di mata bangsa lain, kaum Bumiputera terkenal sebagai golongan yang suka mengharapkan sabsidi. Juga tersohor sebagai pihak yang sentiasa dimanjakan kerajaan kerana hak istimewanya. Tapi betulkah semua itu?
Jawapannya hanya kita sendiri yang tahu. Situasi seperti dilalui Puan Siti boleh dirumuskan dengan menghayati maksud 2 perumpamaan berikut : (1). indah khabar dari rupa (2). lembu punya susu sapi dapat nama.

saya sudah penah mkn bhulu warisan,ckup sdap.kwn2 sy pn mmuji keenakan bhulu warisan.apakata kalau dperluaskan sampai ke kuantan atau sgamat.sy rasa org d sini pun ingin mcuba bhulu warisan,sbb..dunia kita yg mkin canggih ini rmai yg dah lupa dgn mkanan tradisi kita.so...apakata pihak bhulu warisan mbuka cawangan d pahang atau sgamat.sy sgt myokong mkanan tradisi kita ni yg sdah trun tmurun.
ReplyDeletesememangnya tiada jalan mudah untuk menempah kejayaan. kisah pengusaha bahulu warisan membuktikannya. namun, berkat semangat, kecekalan dan kesabaran akhirnya dia telah berjaya. kudos to bahulu warisan...semoga terus melangkah jauh, aminnn. jauhkan diri dari budaya subsidi!
ReplyDelete