Wednesday, December 5, 2007

A Call From Makkah Al Mukarramah

Anda masih ingat kisah cek tangguh yang saya tulis di entri dua hari lalu??? Hmmm... hari ini ada perkembangan terbaru berhubung isu itu...

Ya, pagi ini Zainal menerima panggilan dari Makkah Al Mukarramah. Cuba anda teka panggilan itu daripada siapa? Hmmm... sipemanggil itu ialah En. Bedul, bos Syarikat Alifbata Sdn. Bhd. Beliau sudah dimaklumkan oleh eksekutifnya, En. Tompel bahawa kami hanya akan membuat penghantaran baki Razor Babed Tapes (RBT) yang bernilai RM120,000 pada minggu pertama 2008.

Kata En. Bedul : Tolonglah, Tn. Haji Zainal. Saya berharap sangat. Tolong buat penghantaran RBT itu sebelum 15 Disember, 2007.

Zainal menjawab : Maaf, En. Bedul. Saya tidak boleh tanggung risiko sebesar ini. Amaunnya besar sangat. Andai terjadi apa-apa (bayaran tidak dapat kerana cek tendang), habislah saya.

Balas En. Bedul : Saya ini mahu buat haji. Saya sekarang berada di tanah suci. Masakan saya berani memberi cek tendang kepada Tn. Haji. Tolonglah pertimbangkan permintaan ini. Saya berharap sangat. Fikir-fikirkanlah. Saya akan berdoa di depan Kaabah supaya hati Tn. Haji jadi lembut.

Sejurus kemudian Zainal menerima pesanan SMS daripada En. Bedul. Mesejnya masih sama iaitu beliau meminta kami membuat penghantaran RBT sebelum cek tangguhnya matang pada 31 Disember, 2007.

Zainal menjongketkan keningnya sambil bertanya : Apa macam Mak Aji, anti setuju???

Saya menggeleng : La'!!! Ana la' setuju!!! Ana sudah serik kena tipu. Anta sudah lupakah? Yang tipu kita dulu siapa??? Bangsa Melayu, ada nama, ada kereta mewah, ada pejabat hebat, ada gelaran haji!!! Huhuhu... Ana masih fobia. Only in God ana trust. Others have to pay cash...

Adakah saya ini berhati batu? Adakah saya kejam? Tolong beri pendapat anda ya...

4 comments:

  1. NZ,

    ...ini kisah, ana ingat kasi masuk buku no.3 ante @PTS!

    kasi ta'juuuk 'hati batu: bagaimana mengendali penipu!...'

    ReplyDelete
  2. Tuan Sab2,
    Syukran atas cadangan anta. Ana fun fikir mahu kasi masuk ini qissah dalam buku baru analah... hehehe...

    ReplyDelete
  3. Tahniah, hati batu menjadi kental apabila ada pengajaran yang "terjal" membuatkan hati kita yang lembut menjadi sekeras batu.

    Kisah bengkel saya:

    Ada sebuah kereta dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka yang tersadai di tepi jalan raya di pekan Simpang Renggam, Kluang. Setelah, rakan menelefon pomen saya, mereka bergegas membantu empunya kereta tersebut. Malangnya, kereta itu perlu dibawa ke bengkel.

    Masalahnya, empunya kereta tidak mempunyai wang yang mencukupi setelah anggaran kerosakan dibuat. Maka pomen menghubungi saya menggunakan henset. Ketika itu saya berada di rumah.

    "Tolonglah saya encik, saya tak ada saudara-mara terdekat di kawasan ini. Saya perlu balik ke Melaka malam ini juga" kata empunya kereta itu.

    "Bukan saya tak nak bantu bang...kena pulak sesama kita. Saya dah ada beberapa pengalaman berkaitan membantu sesama kita apabila melibatkan empunya kenderaan yang tidak dikenali! Harap2 abang faham."


    Saya memberi beberapa pilihan:

    "Boleh abang tinggalkan kad pengenalan @ rantai/gelang emas sebagai cagaran?"

    "Setelah meletakkan cagaran, kereta boleh dibawa pulang setelah dibaiki"

    "Juga, abang boleh minta rakan-rakan abang bank-in duit dalam akaun abang. Nanti minta pomen saya bawakan abang ke bank yang abang ada. Boleh?.

    Tiga jam kemudian, saya dihubungi oleh pomen saya bahawa...bayaran dah sattle mengikut anggaran yang dibuat tadi!

    Alamak boleh pulak ye bila kita "berkeras sikit" ye?

    Nampak gayanya bangsa kita ni, tak boleh cakap lembut2 pada individu yang "nak makan" kita....

    Pengalaman perit yang saya tempuhi diawal pembukaan bengkel membuatkan saya 'bercakap lepas' je pada sesapa yang 'nak makan' saya!

    wallahualam...

    ::KITA BERHATI BATU @ HATI KERAS MACAM BATU @ BATU-BATU DI JALANAN YANG MENGERASKAN HATI KITA?

    ReplyDelete
  4. En. Azlan,
    Saya setuju dengan tuan. Hati kita kena terjal dalam bisnes. Hendak buat baik biar kena tempat supaya tidak terjadi situasi 'melepaskan anjing tersepit'.

    ReplyDelete