Semalam (31 Disember, 2007) auditor datang mengira stok jam 11:00 pagi. Saya berada di pejabat seharian.
Menjelang petang, badan terasa sudah demam. Aduh, kepala sakit berdenyut. Kaki dan tangan terasa lenguh.
Selepas solat magrib saya pun buat perisytiharan : Malam ini Mak tak boleh memasak...
Menjelang petang, badan terasa sudah demam. Aduh, kepala sakit berdenyut. Kaki dan tangan terasa lenguh.
Selepas solat magrib saya pun buat perisytiharan : Malam ini Mak tak boleh memasak...
Alum menjongket kening kepada abahnya : Ini kes berat, rosak program kita malam ini...
Saya mengerang : Arrrggghhh, cepatlah bentang tilam, Mak sakit ni... Arrrggghhh...
Alum pun membentang tilam kecil di depan TV, siap dengan bantal dan comforter. Mereka dua beranak berbahagi tugas. Sambil saya tergolek menonton Buletin Utama, Alum menyediakan makan malam : ayam paprik dan sambal goreng concord (guna cili padi). Zainal memesin tangan dan kaki saya dengan massager. Dalam hati, saya ketawa : Hihihi!!!
Saya tidur awal di malam tahun baru dan terjaga jam 4:00 pagi. Tahun 2007 sudah menutup tirainya. Ya, sudah 5.5 bulan saya menulis blog ini. Semuanya bermula pada 15 Julai, 2007 lalu dan orang yang mendorong saya ialah Tuan Sabtu, beras... oppsss, biras saya. Terima kasih, bos!!!
Buat anda semua, Selamat Menyambut Tahun Baru 2008. Semoga kita semua dianugerahkan Allah kehidupan yang lebih sejahtera, sihat wal afiat, diberikan kekuatan iman, ketabahan hati, kesungguhan menjalankan tugas serta beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
P/S : Atas permintaan pengunjung setia blog ini (Kak S) dipaparkan gambar sambal concord...
Assalammualaikum
ReplyDeleteKak Lela,
Samo lah kito...Faktor usia mungkin mempengaruhi. Tapi specis ikan seperti kita yang tak berkaki memang sering mengalami masalah kaki. Semalam saya invigilate exam pagi dan petang, lepas itu pergi JJ beli groceries. Balik rumah memang penat, hehehe dan ada tukang urut juga. Moral of the story, I need a good new pair of shoes! Can kah like that? :)
Puan NZ,
ReplyDeletedi masa terdekat mungkin boleh tunjukkan rupa sambal goreng concord tu...keliurrrr lah
...agaknya bila maka 'menciyanuuuuu' macam kapal terbanga concord ke?
Kak S,
ReplyDeleteSambal concord itu sedap walau pun pedas amat. Ramuannya ikan bilis digoreng garing (berderup bila makan), cili padi (lagi banyak bertambah 'concord'nya!), bawang merah, kicap, sos tiram... Cubalah, memang sedap!!!
NZ terima kasih banyak banyak,Begitu rupanya sambal goreng concord...silap makan mahu berperang ye? he he he
ReplyDelete