Saturday, January 26, 2008

Hello Coach!

Pagi tadi saya ke kampus bandar UMCCed di Jalan Tun Ismail, KL untuk menghadiri previu program Certified Business/Executive Coach Training. Program 6 bulan itu dijangka bermula Febuari 23, 2008 nanti (bersempena hari jadi saya, insyaAllah).

Kos program ini RM10,500. Aduh, ia bisa merobekkan sakuku! Namun saya berminat untuk enrol supaya nanti saya boleh menjadi seorang trainer + coach untuk usahawan kecil dan sederhana.

Kenalkah anda wanita dalam gambar ini? Wajah menawan itu sudah kerap keluar di TV dan majalah. Namun suara uniknya yang membuat saya pasti dialah wanita berhati mulia yang sanggup memelihara ramai anak malang yang terpinggir kerana HIV dan AIDS serta yang menghadapi masaalah sosial.

Sambil tersenyum, dia memeluk saya dan mengaku dialah Hjh Norlina Alawi, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (PERNIM). InsyaAllah beliau juga akan mendaftar untuk program certified coach ini. Di sebelah beliau ialah Dr. Jamaluddin Mohd. Yunos, bekas peserta program yang turut berkongsi pengalamannya di majlis previu hari ini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Norlela,

    Semoga ilmu yang bakal dipelajari itu dapat dikongsikan bersama. Kalau macam ini ada chance saya menjadi pelajar Puan Norlela.

    "Seorang yang mengajarku walaupun satu ayat adalah guruku." kata Saidina Ali.

    ReplyDelete
  2. 'Alaikumussalam En. Sham,

    InsyaAllah, saya sedia berkongsi apa yang saya pelajari nanti.

    Untuk makluman, saya yang baru hendak bertapak (sebagai trainer) ini sedang belajar banyak perkara daripada tuan. En. Sham adalah mentor saya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan Norlela,

    Seorang yang mengajarku walaupun satu ayat, dia adalah guruku. - Saidina Ali.

    Dalam kes kita, sama-sama menjadi mentor dan sama-sama menjadi mentee.

    ReplyDelete