Sunday, January 20, 2008

Bye!

Dia sudah balik. Puas ku tahan-tahan, namun airmata ini terburai jua. Budak bertuah itu makin galak menyakat saya. Dia menyanyi lagu Johor Tanjung Puteri dengan suara mendayu-dayu : Dari Tebrau orang berakit, singgah Stulang membeli kopi...

Saya cuba menahan gelak sambil menyeka airmata. Pipi saya diciumnya. Airmataku terburai lagi. Dia ketawa terkekek-kekek sambil terus menyakat saya dengan menyanyi lagu Ulik mayang... Telatahnya amat menggelikan hati. Saya menahan ketawa tapi airmata masih menitis. Aduhai, anak nakalku... Semoga selamat sampai ke destinasimu. InsyaAllah.

4 comments:

  1. Assalammualaikum
    Saya boleh rasa perasaan Kak Lela bila melihat kereta Alum keluar perlahan-lahan dari kawasan rumah. Hati kita rasa sayup seperti dibawanya bersama. Saya yang membaca pun mengalirkan airmata. Sabar ya kak... Sekejap lagi boleh telefon dia bertanya khabar.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam.
    Terima kasih, Mun, kerana memahami. Inilah bahananya apabila anak yang ada hanya seorang...

    ReplyDelete
  3. Mak Nah.. anok anesh ok? Etuy shayang Mak Nah.. :)

    ReplyDelete
  4. MN pun sayang Etuy, sayang sangat, count 100 (banyak)!!!

    ReplyDelete