Thursday, February 28, 2008

Morning Walk

Seperti biasa saya dan Zainal ke Taman Botanikal pagi ini. Selesai berjalan laju satu pusingan, kami bertembung dengan Mr. Tan. Kali ini dia bukan saja bersama isterinya tetapi ada 2 pasangan lain bersama mereka. Pasangan Tan itu adalah antara kenalan yang sama-sama beriadah di TB sejak beberapa tahun lalu.

Dia memperkenalkan kawan-kawannya kepada kami. Kesemuanya berusia antara 60an dan 70an. Kawan Mr. Tan berkata : Orang tua macam kami kena jaga 3 perkara. Jikalau 3 perkara ini dijaga betul, badan boleh sihat. Kalau tidak, kena sediakan duit ubat. No. 1, makan mesti betul. No. 2, tidur mesti betul. No. 3, berak mesti betul! Semua yang masuk mesti keluar balik. Kalau tidak, kita sakit!

Sambil berjalan seiring, Mr. Tan meluahkan rasa hatinya : Tempat ini sekarang sudah bagus. Kerajaan buatkan untuk kita selesa. Sayang sekali sikap orang kita suka langgar peraturan. Di depan sana ada tulis kenderaan tidak boleh masuk. Jalan alternatif sebelah belakang disediakan untuk kenderaan. Tapi tengoklah, sikap orang Malaysia. Ramai tidak ambil peduli. Tempat laluan ini pun kereta masuk juga.

Di kawasan parkir kereta, kami bertembung dengan seseorang yang sangat dikenali di Melaka ini. Dia segera menyapa kami dan bersalam-salaman. Mr. Tan yang peramah itu bertanya : Datuk Seri datang seorangkah? Dia tersenyum sambil berkata : Malaysia ini selamat. Apa hendak takut? Sebelum berlalu dia berpesan : Jangan lupa tunaikan tanggung-jawab mengundi.

Tidak sangka hari ini kami bertemu Ketua Menteri Melaka bersendirian di TB. Menurut Mr. Tan dia pernah terserempak dengan Datuk Ali berjogging sebelum ini. Dengar cerita beliau turut menjengah keadaan tandas di sana. Bagus juga KM buat spot check seperti itu. Pokok-pokok bunga di TB pun sudah banyak yang layu dan kekeringan...

2 comments:

  1. 'Terserempak' juga dengan KM pagi Khamis...tetapi selepas dia jogging tu!

    ...Dalam musim (PRU12 ini) bukan sahaja orang politik yang sibuk, CEOs juga lagi sibuk! Saya terpaksa 'bermesyuarat' dengan seorang CEO di Melaka di satu majlis di MITC (yang akan disempurnakan KM Melaka...) sementara mengunggu ketibaan beliau.

    Namun, setelah hampir 'bisnes' akan dimuktamadkan KM tiba... sebagai menghormati majlis (yang tidak dapat jemputan itu - lebih-lebih lagi duduk di kawasan VIP), terpaksalah tunggu sehingga perasmian selesai!

    Rasanya 'keringat' tunggu 2 jam di situ akan menjana RM200k dalam tempoh terdekat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Sabtu,

    Berbaloi menunggu 2 jam dibanding dengan hasilnya RM200K! Syukur Alhamdulillah, murah rezeki Tuan.

    Sudah mulakah program Certified Business Coach dengan Tuan Syaker? Kelas saya di UMCCed bermula esok, 1 Mac, 9 pagi -6 petang. Petang ini bertolak ke KL insyaAllah.

    ReplyDelete